Wednesday, May 05, 2010

Install Granola dan Hijaukan planet kita kembali

Kempen Earth Hour merupakan sesuatu yang sangat berimpak besar dalam menyedarkan penduduk bumi tentang betapa seriusnya masalah kesan rumah hijau. Selain itu, movie termahal dunia, Avatar juga menyampaikan banyak mesej penting iaitu perihal menjaga alam semulajadi. Dalam movie tersebut, Jake Sully telah pergi ke sebatang pokok suci puak Na'vi dan meminta Eywa (tuhan puak Na'vi) melihat kedalam memori Dr. Grace Augustine yang telah bersatu dengannya. Jake mengatakan, tempat asal manusia (bumi) tidak lagi hijau seperti asalnya.

Kesan rumah hijau bukan lagi isu asing yang dianaktirikan. Dalam persidangan perubahan iklim anjuran PBB baru-baru ini, Malaysia mengumumkan untuk mengurangkan 40% pelepasan karbon dioksida ke udara. Ternyata isu alam sekitar bukan sekadar isu yang melibatkan kerajaan semata-mata tetapi rakyat secara keseluruhannya yang hidup dalam ekosistem yang sama. Sekiranya rakyat tidak komited untuk berubah, mana mungkin 40% pengurangan karbon dioksida itu mampu dicapai?

Justeru, sebagai seorang penduduk bumi dan pengguna komputer yang prihatin kepada perubahan iklim global, pencairan ais dikutub, peningkatan aras air laut dan suhu saban tahun, saya mencadangkan supaya semua pengguna komputer samada menggunakan sistem operasi Ubuntu mahupun Windows dapat memasang perisian Granola, yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Impak Pengunaan Granola.

Setiap watt elektrik menyumbang kepada perubahan iklim. Di Amerika, setiap unit kWh elektrik yang dijana akan membebaskan 1.31lbs karbon dioksida ke udara. Laptop biasanya menggunakan 15~45W tenaga elektrik manakala desktop pula ialah 65~250W. Sekiranya kadar purata penggunaan tenaga elektrik bagi setiap laptop dan desktop ialah 65W, bermakna setiap komputer betanggungjawab kepada penjanaan tenaga elektrik sebanyak 569.4W setahun sekaligus menyebabkan kepada pelepasan karbon dioksida ke udara sebanyak 763.6lbs setahun.

Selalunya dalam penggunaan biasa, komputer membazirkan sejumlah tenaga elektrik walaupun ketika ia sedang digunakan. Granola membantu mengurangkan pembaziran ini sekitar 10~35% daripada penggunaan tenaga elektrik keseluruhan tanpa mengurangkan prestasi processor dan kesan sampingan lain. Ini bermakna, untuk setiap komputer yang biasanya menggunakan purata 65W tenaga elektrik, dan Granola mengurangkannya 10%, dalam setahun ia menjimatkan 56.9 kWh tenaga elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 76.4lbs.

Bayangkan jika 1,000,000 pengguna komputer menggunakan Granola bermakna kita mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 76,400,000lbs setahun (= 34 654.457 068 metric ton)!

Install Granola dalam Ubuntu 10.04.
sudo apt-get install apt-transport-https
Download dan install package ini.
sudo apt-get update
apt-cache search MiserWare
sudo apt-get install granola (atau) granola-gui 
Berikut merupakan screenshot bagi granola-gui dalam ubuntu saya;


Pergi ke Settings > Set Energy Price (USD) > dan masukkan tarif elektrik yang sepatutnya.

Nota: Aku cek kat bil api dia kata tarif bagi setiap 1 kWh = RM0.13. Betul ke?

Wariskan kepada anak cucu kita bumi yang sentiasa hijau!

3 comments:

  1. Ada 2 perkara yang aku berminat dalam pos ni.

    pertama, artikel granola.
    kedua, screenshoot tu. Cantik theme tu, theme apa tu? Nak download juga ni.

    ReplyDelete
  2. theme elementary..bleh install melalui ppa..hehe

    ReplyDelete
  3. saya respek artikel melayubuntu..teruskan usaha anda..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...