Hakikat ialah hakikat. Anda tahu yang saya tidak mampu untuk menulis keseorangan dengan cubaan untuk cover kesemua topik berkaitan ubuntu dan perkembangannya. Idea untuk mencari penulis pelapis merupakan satu idea yang bukan baru bagi blog ini kerana sebelum ini saya sudah beberapa kali mengumumkan perkara yang sama. Istiqamah adalah sesuatu yang paling susah untuk dilakukan.
Anda perlu memahami bahawa;
- Tidak ada gaji : seperti juga saya, menulis di blog melayubuntu tidak mendatangkan pulangan wang ringgit kerana kita menulis berasaskan minat dan berkongsi kesemua ilmu ini percuma - kadang kala wang ringgit bukan motivasi paling penting.
- Bebas tanpa tekanan : anda menulis ketika anda ingin berkongsi. Tanpa ada paksaan, tekanan, ketakutan, keseganan, dan sebagainya. Tidak ada lecturer yang suka memotong markah anda =)
- Minat dan bukan kepakaran : Cetusan minat itu yang penting. Kepakaran akan hadir secara berperingkat apabila minat sudah ada. Kalau tidak ada minat dan ingin cuba-cuba untuk sesuatu yang belum pasti mungkin tidak akan membawa anda kemana-mana.
- Kebarangkalian masa depan : saya tidak tahu masa depan akan bagaimana. Tetapi saya percaya, untuk memperolehi sesuatu dimasa depan, anda perlu memberikan sesuatu di masa sekarang.
- Tidak perlu resume : saya tidak perlukan semua itu dan saya tidak tetapkan penulis blog ini harus seseorang yang mempunyai latar belakang IT.
Jika berminat, sila hubungi saya melalui email (zul.malc "at" gmail.com) dan saya akan membuat invitation secepat yang mungkin untuk anda menjadi penulis dan berkongsi apa sahaja berkaitan ubuntu dan dunia komputer disini.
Salam.
ReplyDeleteTersentak sebentar bila membaca apa yang kau tulis. Aku percaya ia terbit dari dalam hati kecil kau. Walau bagaimana pun aku dan yang lainnya percaya bahawa kau masih boleh bertahan dan memiliki azam yang tinggi.
Untuk menulis bukan satu perkara yang mudah, semudah orang yang menatap bahan bacaan didepan mata. Pengamatan, pengalaman dan kemahiran sudah tentu menjadi teraju dalam diri individu bernama penulis.
Dalam dunia (Linux & Ubuntu) ini tidak semua orang sama tahapnya. Malaysia sendiri, tidak memiliki 'geneius' setara kau dan sewaktunya. Selebihnya merupakan 'moderate user' dan 'new-baby' (macam aku-walau pun berumur otai!).
Menyeru mereka ini memerlukan pemahaman terhadap kecenderungan masing-masing. Sebahagian mereka beriltizam penuh demi meng'opensource'kan tanahair ini, sebahagian lagi masih terkial-kial dengan pemasangan yang kurang sempurna dan sebahagian lagi pula adalah kelompok atas pagar dan ikut arus angin.
Kau tentu memiliki kaedah tersendiri untuk mengenalpasti ciri-ciri tersebut. Secara jelasnya, memahami tahap seseorang boleh membantu untuk memenuhi tujuan asal (cari pelapis).
Mungkin juga siapa sahaja yang menawar diri nanti akan kau terima. Kalau dia seorang yang setaraf dan sealiran dengan kau, Alhamdulillah. Kalau dia seorang 'moderate-user' mungkin kau membantu dengan sedikit 'touch-up'; dan kalau dia kelompok yang terakhir - disinilah cabaran untuk memenuhi hajat kau. Kata yang lebih ringkas ialah beri tunjuk ajarlah kepada mereka.
Semuanya itu perlu dilakukan demi penghasilan penulisan yang bakal memberi manfaat kepada Sang Pembaca.
Wallahu'alam.
wow! semoga jumpa apa yang diharapkan :D
ReplyDeleteaku setuju pendapat shafie..sentiasa support ko dan blog melayubuntu ini dari belakang...
ReplyDeleteTq 4 ur comment. =)
ReplyDeletekena cari yang betul2 minat dalam Ubuntu ni hehe
ReplyDeletekan best klu bleh wat kagebunshin...hehehe
ReplyDeleteSaya setuju dgn Shafie bin Darus.
ReplyDeleteApakata buat sementara waktu ini, sebelum saudara Zulmalc jumpa penulis pelapis, saudara teruskan shj penulisa blog ini mengikut "time" yg saudara ada.
Kelak bila dah ada pelapis, atau penyokong, atau pendukung, saudara boleh jadi "Cheif Editor" utk blog ini. Saya harap saudara Zulmalc dapat cari penulis yg menulis secara falsafahnya ubuntu ini, supaya manusia melayu lain faham apa linux.
Kami nih semuanyer "noobs". Lepas install ubuntu tarus tak ingat dunia... Terlalu banyak nak belajor.
hehe..aku xcakap aku nak berenti menulis. Klu ada pelapis ni meriah skit kan dengan pelbagai idea dan point of view. Baru blog ni dan ubuntu beralih ke fasa seterusnya..
ReplyDeleteitulah tujuan sebenar aku tulis entry ni..hehe
Hehe..misi ni jalan balik ke? Ingat dah berkubur..
ReplyDeleteaku faham ada diantara pembaca laman blog ni kecik hati. aku tak pernah rasa la, tapi dulu hairan sekejap masa zul sibuk dengan kerja dia di awalmart, tapi kadang-kadang anda juga haruslah menghormati keputusan "tuan tanah", bukan sebab nak ambil keuntungan atas angin pun. niatnya hanya nak beri ilmu yang memang sedia percuma dalam dunia maya ni.
sebenarnye zul pernah offer kerja ni dekat aku dulu, tapi aku tak dapat nak buat sebab site aku sendiri pun tak terlayan. yang berkunjung pun tak de la ramai sangat, tapi ikhlas kasi ilmu secara percuma sebab macam zul jugak, macam ada rasa satu tanggungjawab dalam diri "memimpin" (cewah) ke jalan yang boleh dibantu.
oleh itu, semoga sukses kepada zul mencari rakan kongsi dan diharap rakan kongsi tu tak ambil kesempatan dengan populariti blog ni. hehe :D
Teruskan usaha murni mu itu...kyo menyokong dari jauh~ hehee, jauh di mata dekat di hati ngehh3x
ReplyDeleteBukan tak nak tolong, tapi takut sekadar lepaskan batuk di tangga.
ReplyDeleteMungkin aku boleh membantu dengan menyelesaikan pertanyaan2 yang diajukan di forum Ubuntu-MY, sekadar yang termampu.
bro zul... slain d sini...xde ke cawangan lain mcm d mirc? mgkin melalui mirc akn bnuk lg user yg akan join melayubuntu ni... channel ubuntu di mirc pn mggunakan b.i dgn ada nya melayubuntu mgkin blh membantu org lain yg xpakar dlam b.i skaligus dpat mencari pengikut baru.. dan mod utk blog ni...
ReplyDeletethanks bro..hehe..ayat last 2 cm aku faham jer...hahhaha
ReplyDeleteno hal bro..buat apa yg termampu jer...hehe
ReplyDeletemirc?irc ke? hmmm aku jarang bukak irc..hhuhu
ReplyDeletebukan ape bro..
ReplyDeleteko dah penat-penat buat nama..
orang gunakan nak pancing orang ke blog dia pulak..
tak ke macam tindakan terdesak? haha
(bagi yang dah tau, senyap-senyap aje) :p
irc pun selalu orang lengang :p
ReplyDelete