Operasi Melayubuntu : Sedang mencari penulis pelapis a.k.a partner!
Bayangkan suatu hari anda cuba melayari laman blog kegemaran anda namun laman blog tersebut telah ditutup atau entry terakhirnya adalah 6 bulan yang lalu. Apa perasaan anda? Namun saya bersyukur dengan keputusan untuk tidak memindahkan blog ini ke server berbayar kalau tidak, melayubuntu tentunya sudah berkubur dan perkongsian ini tidak akan lagi berlaku seperti sekarang. Hakikat ialah hakikat. Anda tahu yang saya tidak mampu untuk menulis keseorangan dengan cubaan untuk cover kesemua topik berkaitan ubuntu dan perkembangannya. Idea untuk mencari penulis pelapis merupakan satu idea yang bukan baru bagi blog ini kerana sebelum ini saya sudah beberapa kali mengumumkan perkara yang sama. Istiqamah adalah sesuatu yang paling susah untuk dilakukan. Anda perlu memahami bahawa; Tidak ada gaji : seperti juga saya, menulis di blog melayubuntu tidak mendatangkan pulangan wang ringgit kerana kita menulis berasaskan minat dan berkongsi kesemua ilmu ini percuma - kadang kala wang ringgit bu...