Sebenarnya kebanyyakkan end user (pengguna) tidak kisah tentang sistem operasi apakah yang sedang digunakannya, atau sistem operasi apakah yang digunakan oleh laptop itu atau handphone itu. Mereka hanya akan kisah apabila sistem operasi yang sedang digunakan buat hal (sucks). Apabila sesuatu sistem operasi buat hal, pengguna akan bertanya macam mana nak baiki. Jika sekiranya ia masih tidak boleh dibaiki, itulah masanya untuk mencari altenatif yang lebih baik.
Sekurang-kurang itulah yang sepatutnya berlaku. Namun oleh kerana sikap monopoli Microsoft, pengguna tidak mengenali Windows sebagai sistem operasi tetapi Windows + Hardware = Komputer (PC). Ketika masih kecil, saya menyangka bahawa Bill Gates lah mencipta komputer dan antara fakta paling menarik yang menjadi gosip dikalangan rakan-rakan ketika itu ialah, orang malaysia tak ada seorang pun yang pandai mencipta komputer!Kebodohan itulah yang berterusan sehinggalah saya mengenali ubuntu, mac osx dan apa itu sistem operasi.
Melalui pengalaman saya yang sedikit ini, disini saya cuba merungkaikan apakah kelebihan ubuntu dan untuk golongan manakah kelebihan ditujukan.
1.Bebas
Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka yang bebas serta percuma untuk digunakan, dikongsi, disebarkan, dibaiki dan disebarkan kembali tanpa apa-apa sekatan akta hakcipta, EULA dan sebagainya. Kelebihan ini bagus kepada Kerajaan, NGO, NPO, universiti, sekolah dan seumpamanya untuk tujuan kegunaan, kajian dan pembelajaran. Ianya dapat menjimatkan wang, selain bebas dari kekangan perlesenan serta EULA.
2.Keselamatan
Ubuntu merupakan sistem operasi berasaskan Linux yang mempunyai struktur sistem yang tidak memungkinkan sebarang kewujudan Virus, Trojan dan seumpamanya. Selain itu, ubuntu sebagai sistem operasi sumber terbuka menjadikan ianya sangat responsif terhadap lubang kelemahan (vulnerabilities) dan cepat menggeluarkan kemaskini dalam bentuk bugs fix. Kelebihan ini tentunya akan mengurangkan kerja juruteknik komputer di pejabat-pejabat kerajaan dan sekaligus menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu lagi membeli perisian antivirus.
3.Komuniti
Ketika populariti Microsoft dan Apple dipusatkan kepada syarikat mereka, populariti ubuntu adalah kerana komuniti ubuntu yang terbina diatas konsep perkongsian yang mengagumkan. Siapa sangka konsep komuniti ini mampu meletakkan Ubuntu sebaris dengan sistem operasi Windows 7 dan Mac OSX Snow Leopard? Sekiranya anda mempunyai masalah dengan sistem operasi ubuntu, taipkan sahaja masalah anda di google.com dengan perkataan "ubuntu" dan anda akan mendapati masalah anda itu sebenarnya dikongsi oleh pengguna lain juga berserta dengan penyelesaian. Inisiatif melayubuntu ialah mengadakan page melayubuntu di facebook supaya anda dapat bertanyakan masalah ubuntu anda secara terus kepada 600 lebih pengguna ubuntu.
Kelebihan itu tentunya menarik minat pengguna baru yang mula berjinak-jinak untuk mengenalinya. Mereka seronok menggunakan ubuntu kerana mereka dapat berkongsi sesuatu dengan komuniti dan menjadi sebahagian dari komuniti.
4.Perisian
Ubuntu merupakan sistem operasi yang paling mudah untuk memasang sesuatu perisian. Taipkan sahaja perisian yang diingini dalam Ubuntu Software Centre dan kemudian klik butang "Install" pada perisian yang diingini dan proses pemasangan akan berlaku secara automatik selepas itu. Tidak perlu memasuki website tertentu, muatturun installer, klik next next agree next next + Desktop Shotcut next bla bla..
Kelebihan ini sesuai bagi mengguna komputer newbie yang suka mencuba perisian baru dan mempelajarinya tanpa perlu melalui proses hack, crack, serial, dan sebagainya.
5.Live CD
Live CD Ubuntu tidak seperti Installer Windows mahupun Mac OSX kerana Live CD Ubuntu dapat digunakan untuk boot ke dalam sistem ubuntu dalam CD dan bukannya harddisk. Ini membolehkan pengguna komputer memasuki sesi live cd ketika sistem operasi lainya tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya melakukan backup yang perlu. Fungsi ini diperlukan bagi semua pengguna komputer yang tidak suka membawa komputer mereka ke pusat servis komputer semata-mata untuk memperbaiki kerosakan yang mudah dibaiki. Bagi mereka yang menggunakan Netbook pula, Ubuntu memudahkan anda membina Live USB yang membolekan komputer boot ke dalam sistem ubuntu yang terdapat dalam USB.
Segmentasi Pengguna
Yup, ubuntu bukan untuk semua orang. Bukan untuk video editor, bukan untuk hardcore gamer (walaupun steam untuk linux akan dilepaskan beberapa bulan lagi), bukan untuk mereka yang terikat dengan monopoli windows dari segi perisian, bukan untuk mereka yang fobia dengan perkataan "buntu" dan sebagainya. Dalam marketing, ianya dipanggil segmentation, iaitu teknik pembahagian pasaran. Contohnya iklan Iphone sebenarnya tidak ditujukan kepada profesyen penoreh getah. Artikel ini pula semestinya bukan untuk video editor, hardcore gamer dan seumpanya.
Namun, cukup sekadar ingin mengatakan bagi segmentasi yang tepat, ubuntu is better than your ex, and will be better than your next. [no hard feelings ok?]
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
dalam banyak2 Linux.. aku sesuai dengan Ubuntu je..
ReplyDeletelain2 tu agak Complicated dan elok utk expert je
tapi tu aku punya pandangan je
paling senang cari Linux yang banyak support macam Ubuntu..
lagi banyak geng guna Ubuntu lagi bagus
boleh kongsi2 hehe
mudah, ringkas dan padat.. berbaloi-baloi...
ReplyDeleteko pun termasuk dalam kebodohan itu juga.Kenapa tak aje ko mula buat komputer bagi free kat semua orang?
ReplyDeletearticle yg bagus...
ReplyDeleteminx pinjam article nie untuk publish dekat note fb bleh?
hope ramai yg berminat...
2 thumbs up utk artikel ini. secara jujurnya sebelum ni saya mmg agak ragu2 juga nk gunakan ubuntu, tapi selepas jumpa blog saudara seminggu yang lepas terus saya yakin nk gunakan nya. terima kasih diatas semua artikel dan tutorial yang disediakan.
ReplyDeletenice article!~Apa2 pun..Linux Ubuntu Still THE BEST !
ReplyDeletenice article!~Apa2 pun..Linux Ubuntu Still THE BEST !
ReplyDeletethanks..hehe =)
ReplyDeletewah, tahniah bro! hehe..
ReplyDeletebleh jer..xde hal bro..hehe
ReplyDeleteerk?
ReplyDeleteSaya sokong oshirix! hehe..
ReplyDeletehebat sunggoh abg kita sorg ni.. masokis selalu follow sebagai anoumous..
Mana ada power… biasa jer..
ReplyDeletekeh3… hebat r abg melayubuntu….
best! ramai gok org negeri kita hok berbakat..
ringkasan yang menarik dan bernas... jangan buntu2...
ReplyDeleteheh :D aku main ubuntu dan sub ada la sikit2 :D
ReplyDeletenow baru nak belajar backtrack4
aper hal ek..
ReplyDeleteyup..jangan buntu2..hehe
ReplyDeletehuyoo..nak jd hacker ke?hehe
ReplyDeleteaku pun biasa jer..xpower pun..huhu
ReplyDeletebodo sombong
ReplyDeleteSalam..sy ni da mula berminat dgn ubuntu,baru2 ni dpt cd dr UK utk install ubuntu,cume x konfiden nk install dlm lappy sy..nk tau smaada sng utk dptkn driver utk lappy sy..adakah cr install sma spt install windows yg lain2...?
ReplyDeletebaru bertatih,terima kasih dgn segala ilmu yg di sebarkn...
kebiasaan nya ubuntu akan terus kesan semua hardware automatik dan akan install driver secara default kecuali anda menggunakan graphic card nvidia atau ati radeon ubuntu akan flagged anda supaya install driver yang di perlukan
ReplyDeletejika anda menggunakan laptop compaq model number CQ40-XXXXXX anda mungkin akan mengalami masalah bluetooth dan wifi ini kerana hardware bluetooth dan wifi di dalam model ini di gabungkan di dalam satu hardware, berbeza dengan model lain yang kedua dua alatan bluetooth dan wifi mempunyai hardware yang berasingan
jadi bagi pengguna laptop COMPAQ model CQ40-XXXXXX anda boleh membetulkan masalah ini menggunakan pendekatan ini:
open terminal:
taip: sudo apt-get install --reinstall bcmwl-kernel-source
semoga berjaya
bukan la.. nak belajar pasal sekuriti je :)
ReplyDeleteadui, bro setan kalau nak maki orang takyah masuk sini la..
ReplyDeleteSalam bro zul. lagi satu kelebihan guna ubuntu (atau dalam kes aku, LinuxMint) yang bro lupa nak bagitau ialah ubuntu + software2 dlmnya takde satu pun yang 'tak halal' :)
ReplyDeletesalam..nak mencelah sikit :) aku plak sesuai dengan linuxmint..tp kut2 mana pun, bagi aku linuxmint adalah ubuntu yang dipermudahkan..sesuai la utk newbie mcm aku ni :) lg satu aku dpt kelebihan dari segi community support..sebab support bagi ubuntu pn aku punya, support linuxmint pn, aku juga ;)
ReplyDeletetak perlu risau tapi yg penting ko follow guide yg betul dan buat cara yang yg betul...bila dah install lepas 2 semua bleh ejas samada driver dan sebagainya..
ReplyDeletesblm tu bleh bgtau pakai komputer ape?
hehe..yg 2 sememangnya..bila dan free mmg lah halal..hehe
ReplyDeleteic2..hehe
ReplyDeletexyah la marah dia. dia salah parking tuh..hehe
ReplyDeleteada 2 jenis noob. noob yang akan improve(#1) and noob yang will never improve(#2). ikut pengalaman aku, bila aku tunjuk istimewanya ubuntu ni, both noob will want to have it. beza nya noob #2 will giveup within 3 days and noob #1 will continue bugging your life bila ada problem.
ReplyDeletemoral of the story : cari noob yang reti guna google. you never want a noob yang akan phone ko time ko tengah dating kat bawah tangga tanya camne nak guna wine. nak promote senang, nak maintain, that's the most hardest thing everrr
bagi itu adalah cabaran kerana tak semua komputer ade masalah sama jadi saya boleh belajar mengatasi masalah pc yang mempunyai aspek yang pelbagai dan menguji tahap kesabaran saya berhadapan dengan owner pc tersebut
ReplyDeletecari noob yang reti guna google pun ssh jgk bro..
ReplyDeletebtw, aku xkisah klu ada noob yg give up tengah jalan at least derang dh ada pengalaman tp maybe blom sampai seru untuk stick with ubuntu..
aku pun tak kisah noob yang giveup half way, tapi noob yang tak reti2 nak guna google nak solve prob sangat la annoying
ReplyDeletehahah..btol2..susa gak kalo ad yg xreti guna google..da pesan bnyk kali kalo ad masalah tnye pak cik google..malu dan segan pulak..bukan kene bayar pon..hahah..=P
ReplyDeletesalam semua.. sebelum ni penah gak masuk sini, tp tak amik pot sgt.. huhu.. tp semalam lepas try pasang ubuntu kt lappy, serius aku ckp UBUNTU MEMANG BEST!! dari semalam tak tido lagi ni dok main2 dengan ubuntu.. keh3..
ReplyDeletemintak tunjuk ajar dr 'otaimer2' kot2 ade masalah pape nanti ek.. TQ.. Ubuntu Best!!
ada ilmu tu kongsi2 la ye.. hehe..
ReplyDeletehuyoo..tido la weh..ubuntu xlari kemane tu..eheheh
ReplyDeletehahah..2 la..tp aku biasa buat xkisah jer..dia annoying sangat aku xlayan la..
ReplyDeleteya mmg benar tuh. sejak install kat lappy teman yg ada turion di dlmnya, ia bertambah sejuk, dan tak perlu di-standby-kan...
ReplyDeletetapi tak der ler sampai tak tidor, yeop. teman tidor jugak. Ubuntu ajer tak tidor-tidor...
dah tido dah.. hehe.. ni sambung berbuntu balik.. tp ade masalah plk lepas buat update smlm.. td maxis berokben x leh connect.. last2 setel gak hasil bantuan pakcik google..
ReplyDeletehaha yeke yeop..igtkan ubuntu ngn tuannya xtido2..agak berat mata memandang yeop..hihi
ReplyDeleteyeke...bagus2 dah pandai mengoogle..cam2 la nak idup..hehehe
ReplyDeleteyaa.. hidup kat dunia online ni memang kene pandai menggoogle.. solution banyak dah yg dikongsi.. jangan selalu sangat tanye org, org lain pon ade life sendiri gak.. tak gitu yeop? kene pandai2 cari dulu, baru senang dapat ilmu.. huhu.. tak jumpe baru bleh tanye.. kalo asyik tanye org je, nanti org tu suruh masuk web http://lmgtfy.com/ baru tau.. perli baik punye.. hahaha..
ReplyDeleteaku makin suko be samo Ubuntu.
ReplyDelete