Tuesday, May 04, 2010

Ubuntu LTS 10.04, Lucid Lynx : Imbasan Kesempurnaan


29 April 2010, sepertimana dijanjikan dan diketahui ramai, Pembangun Ubuntu telah menerbitkan versi terbaru sistem operasi berasaskan linux iaitu Ubuntu memakai nombor versi 10.04 dan dikenali dengan kod nama Lucid Lynx dilepas secara rasmi, bebas untuk dimuatturun, ditempah, digunakan, dikongsi, dan disebarkan.

Saya secara peribadi telah menggunakan versi baru ini sejak versi beta yang diterbitkan kira-kira sebulan yang lepas dan ketika ini sedang menggunakan ubuntu yang diupgrade ke lucid daripada karmic. Jika saya diberi peluang untuk memberikan sekadar sedikit komen untuk mengambarkan ubuntu terbaru ini, saya dengan senang hati ingin menjawab, ianya imbasan kesempurnaan!

Lucid memperkenalkan integrasi sepenuhnya kepada sosial media dengan pengenalan Me Menu dan Broadcast bersama Gwibber. Lucid memperkenalkan brand baru ubuntu, pengubahsuaian tema yang drastik, boot experience menggunakan plymouth, dan paling penting keserasian sistem operasi dalam mana-mana komputer. Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan perubahan ini kerana anda yang menggunakan lucid dapat merasainya dengan pancaindera sendiri dan itulah yang terbaik.

Namun terdapat 2 perkara leceh yang selama ini sangat sukar untuk dilakukan dalam ubuntu iaitu;

  1. Scan
  2. Video Chat
Dalam lucid, saya membuat eksperimen menguji fungsi diatas dan hasilnya adalah seperti dibawah;

1.Scan menggunakan Simple Scan



2.Video Chat menggunakan Empathy menerusi protokol gtalk.


p/s: Pengguna windows mesti nak cakap "wakakak....fungsi ni sejak 2004 lagi aku dah guna...". 

Sifirnya mudah, sekiranya ubuntu dapat melakukan apa yang windows dapat lakukan, untuk apa lagi menggunakan windows? Terutamanya kepada mereka yang menggunakan komputer hanya untuk melayari internet!

Kesimpulan.
Mesej kepada;

Pengguna komputer yang ingin berkenalan dengan linux : Ubuntu ialah starter pakej yang bagus untuk dicuba dan diterokai. Ianya mudah dan tidak perlu kemahiran programming sedikitpun! Download Ubuntu Manual disini.

Pengguna komputer yang bosan dengan virus dalam windows : Udah-udah le tu..

Pengguna windows tegar : Terimalah hakikat benda free sudah semakin bagus!

Komuniti Ubuntu : Release party xde ker??

Sekian.


20 comments:

  1. cayalah ubuntu!

    ReplyDelete
  2. kalau psang ubuntu microsoft office boleh run tak?

    ReplyDelete
  3. secara teorinya boleh guna wine utk install Mic Offce..

    ReplyDelete
  4. mohon kebenaran untuk culik/cilok/ciplak artikel di atas untuk ditampal di halaman unikl.org

    ReplyDelete
  5. klik pd application-->ubuntu software center

    taip PlayOnLinux

    install mic office.done.

    tp power point xleh run.mgkn kna tweak ckit.word n excell xde prob.

    ReplyDelete
  6. @Anonymous : No problemo...give me some credit..ekeke

    ReplyDelete
  7. huh tahniah untuk semua komuniti :D

    kalau pasal tahun 2004 tu, linux leh berbangga dengan compiz effect. heh :)

    ReplyDelete
  8. ade jugak gambar aku tu..hahaha..
    tapi memang benar Lucid bawa satu kelainan..
    sampai aku pun tersuka pakai Gnome kembali..
    setelah 2 distribusi aku melekat dekat KDE..

    p/s: aku rasa kita yang patut gelak dekat pengguna tegar windows; desktop cube dengan workspace boleh bikin ka? (sebab sejak azali diorang tak boleh buat) :p

    ReplyDelete
  9. jom. party buih. eh. party ubuntu. :P

    ReplyDelete
  10. yerp..
    aq bkk komputer..
    nk wat keje..
    bkn keje nk clean virus je..
    panas ati gak guna windows ni..
    huhu

    ReplyDelete
  11. Tapi takleh main Football Manager 2010!
    Outlook ikut Wine pun hancus.
    Sebab tu aku lagi suka guna Mac :)

    ReplyDelete
  12. @Afif : Maknanya ubuntu bkn utk ko bro...aku pun pakai mac secara hardware, tapi aku install ubuntu...jarang masuk mac sbb xbest..i dont know y//

    ReplyDelete
  13. ermmm.. aku tak dapat nak upgrade lagi ubuntu aku. tenet slow sgt. pape pon teruja sangat ni.

    ReplyDelete
  14. Kalau tentang efek desktop, Windows pun sudah ada satu perisian untuk membuat efek-efek macam compiz. Siap setiap desktop boleh bertukar-tukar wallpaper. Tapi sayang, ianya merupakan shareware dan perlu membeli licence key setelah satu tempoh masa..

    Projek Manual Ubuntu, kalau versi bahasa Melayunya sudah siap diterjemah, promosikanlah dalam ni..

    ReplyDelete
  15. yeke...order dr shipit bro..hehe

    ReplyDelete
  16. brape org yg jd translator stakat ni??

    ReplyDelete
  17. Kalau dalam akaun Manual Ubuntu Launchpad setakat ni ada 7 orang. Tapi yang betul-betul aktif 2, 3 orang je. Paling kerja lebih aku..

    ReplyDelete
  18. ic2..
    mesti byk lg yg perlu ditranslate kan...huhu

    ReplyDelete
  19. @melayubuntu : bro, share la camne nk run power point..aku heran gak nape aku xleh.aku install office 2007.thanks in advance..=)

    ReplyDelete
  20. saya gunakan Ubuntu 10.04 LTS + win XP dalam virtualbox via seamless mode

    memang power !!!

    On/Off pun licah katak

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...