Apa gunanya script ini
Script ini adalah jalan pintas kepada banyak perkara dan dengan beberapa klik sahaja, anda dapat mengubah ketetapan, menambah repository, memasang perisian penting, membuang pakej tidak diperlukan dan sebagainya.
Untuk menggunakan script ini, sila buka terminal dan masukkan command2 berikut;
sudo apt-get install zenity
wget http://launchpad.net/ubuntustart/0.4.x/0.4.8/+download/ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz
tar -xvf ubuntu-10.04-start-0.4.8.5.tar.gz
cd ubuntu-10.04-start/
sudo ./ubuntu-10.04-scriptBerikut merupakan screenshot disepanjang proses konfigurasi.
Langkah Pertama: Ubahsuai, pembetulan dan repository
Langkah Ke-2: Pemasangan Pakej
Disini anda boleh memilih perisian yang ingin anda gunakan kemudian klik ok dan tunggu sehingga kesemua perisian tadi terpasang. Selesai.
Jika anda perasan, banyak tutorial yang telah saya ulas sebelum ini dimudahkan oleh script ini tanpa perlu bersusah payah melakukannya satu persatu. Script ini sangat sesuai digunakan samada oleh newbie ubuntu mahupun juga yang telah berpengalaman kerana ia memudahkan dan mempercepatkan banyak perkara.
Sekali lagi, tahniah fossmalaya.
nice! sesuai untuk newbie macam saya..hehe..
ReplyDeleteterima kasih..=)
Salam, nak minta tolong ni. Saya ter'create' panel di sebelah kanan dan kiri desktop. Masalahnya tak dapat nak delete. Bila right klik tak keluar pun menu yang patut ada bila kita right klik kat panel. So, bila tak keluar menu tu tak dapat lah saya nak delete.
ReplyDeleteEfek dia bila saya maximize window chrome misalnya, akan ada gap di sebelah kiri dan kanan window tu, kononnya yang gap tu adalah panel. Tapi bila right klik kat gap tu tak keluar menu panel pun seperti yg saya nyatakan di atas. Yang keluar ialah menu untuk create folder, change desktop bg etc.
Please ajar macam mana nak delete,saya memang buntu ni.
pergi log out pastu log in semula..nanti dah login akan nampak panel tu dan ko boleh delete benda alah tu...
ReplyDeletebest kalau dapat guna bahasa malaysia hehe
ReplyDeleteterima kasih bro... memang banyak membantu untuk semua..
ReplyDeleteTerima kasih fossmalaya dan melayubuntu, saya dah cuba script ini. Memang mudah untuk memasang dan membuat beberapa perubahan dengan beberapa klik sahaja, namun terdapat masalah lain yang timbul iaitu proses muat turun dan beberapa lagi proses lain agak lambat mengambil masa sehingga 1 hari lebih. Saya tak pasti adakah ini masalah server, kelembapan internet atau mungkin saya shj yg mengalaminya?
ReplyDeleteJadi, untuk mengatasinya, saya pasang aplikasi satu persatu sebaik sahaja fresh install ubuntu 10.04, masa yang diambil tidak jauh beza berbanding menggunakan script.. Harap dapat jelaskan sedikit sebanyak tentang perkara ini