7 kata arahan yang memudahkan hari anda bersama ubuntu.
Menggunakan ubuntu, anda sebenarnya tidak dapat lari dari menggunakan terminal. Sebab utamanya ialah kerana terminal memudahkan kerja anda dan bukannya menyusahkan. Kesilapan tanggapan pengguna ubuntu yang baru apabila mengatakan penggunaan terminal menyusahkan mereka sedangkan dengan menggunakan terminal, kita hanya perlu memasukkan kata arahan dan tekan Enter pada keyboard. Persoalannya, adakah kata arahan itu perlu difikirkan terlebih dahulu? Tidak! Kerana blog ini misalnya memberikan anda kata arahan tersebut dan anda hanya perlu copy paste sahaja kata arahan tersebut ke dalam terminal kemudian tekan Enter . Sekiranya anda masih mempunyai tanggapan bahawa penggunaan terminal itu menyusahkan, hari ini saya ingin senaraikan kata arahan yang paling biasa digunakan dalam ubuntu supaya anda dapat baca, ingat, faham dan boleh menggunakannya dikala diperlukan. sudo apt-get update Kata arahan ini berfungsi untuk memeriksa kemaskini paket perisian dalam ubuntu. Ia biasanya digunakan ke...