Menggunakan ubuntu, anda sebenarnya tidak dapat lari dari menggunakan terminal. Sebab utamanya ialah kerana terminal memudahkan kerja anda dan bukannya menyusahkan. Kesilapan tanggapan pengguna ubuntu yang baru apabila mengatakan penggunaan terminal menyusahkan mereka sedangkan dengan menggunakan terminal, kita hanya perlu memasukkan kata arahan dan tekan Enter pada keyboard. Persoalannya, adakah kata arahan itu perlu difikirkan terlebih dahulu? Tidak! Kerana blog ini misalnya memberikan anda kata arahan tersebut dan anda hanya perlu copy paste sahaja kata arahan tersebut ke dalam terminal kemudian tekan Enter. Sekiranya anda masih mempunyai tanggapan bahawa penggunaan terminal itu menyusahkan, hari ini saya ingin senaraikan kata arahan yang paling biasa digunakan dalam ubuntu supaya anda dapat baca, ingat, faham dan boleh menggunakannya dikala diperlukan.
sudo apt-get update
Kata arahan ini berfungsi untuk memeriksa kemaskini paket perisian dalam ubuntu. Ia biasanya digunakan ketika pengguna ubuntu ingin memeriksa kemaskini pakej dan perisian dalam ubuntu yang digunakan dan selepas memasukkan PPA untuk tujuan pemasangan perisian baru. Tahukah anda sekiranya anda ingin melakukan perkara yang sama anda secara grafik (GUI), anda perlu ke menu System - Administration - Update Manager kemudian klik pada butang Check. Ternyata melakukannya secara GUI melibatkan banyak pergerakkan cursor dan klik. Kesimpulannya, menggunakan terminal adalah lebih mudah bukan?
sudo apt-get upgrade
Kata arahan ini pula untuk mengemaskini pakej perisian ubuntu anda. Melakukannya secara GUI sama seperti diatas tetapi anda perlu klik pada butang Install Update. GUI juga melibatkan banyak pergerakkan cursor dan klik.
aptitude show nama_pakej
Anda ingin memasang satu pakej tetapi bagaimana anda tahu ia ada dalam sumber perisian ubuntu anda atau tidak. Ok, mungkin ada yang keliru disini. Perisian dan pakej merupakan 2 benda yang berbeza. Satu perisian terdiri daripada 1 atau lebih pakej. 1 pakej mungkin hanyalah satu dependency untuk perisian tertentu. Mencari perisian dan pakej boleh dilakukan menggunakan Ubuntu Software Center. Menggunakan kata arahan diatas adalah lebih mudah sekiranya terminal sudah terbuka.
sudo apt-get install nama_pakej
Kata arahan ini merupakan antara kata arahan yang biasa ada dalam blog ini. Ia berfungsi untuk memasang pakej atau perisian yang dinyatakan dengan syarat perisian atau pakej tersebut mestilah tersenarai dalam sumber perisian. Jika tidak, anda akan gagal memasangnya.
sudo apt-add-repository ppa:nama-ppa/subdirektori
Akhir-akhir ini pembaca semestinya selalu melihat kata arahan ini dalam blog melayubuntu. Ianya satu cara mudah untuk menambah PPA ke dalam ubuntu diperkenalkan sejak versi ubuntu karmic koala. Apa itu PPA? PPA ialah satu sumber perisian untuk ubuntu. Ia disediakan oleh sukarelawan ubuntu dan bukannya pembangun ubuntu. Selepas memasukkan PPA, anda perlu kemaskini sumber perisian dan barulah memasang perisian. Melakukannya menggunakan GUI memerlukan anda membuka Software Sources dan memerlukan pemahaman yang lebih sedikit tentang PPA.
sudo ppa-purge ppa:nama-ppa/subdirektori
Ini kata arahan yang baru saya perkenalkan hari ini. Ia berfungsi untuk membuang PPA yang telah anda masukkan. Untuk menggunakan kata arahan ini anda perlu muatturun pakej DEB berikut dan memasangnnya dalam ubuntu anda. Download ppa-purge. Untuk melakukan perkara yang sama secara GUI memerlukan anda menggunakan Software Sources.
killall nama-perisian
Akhir sekali, kata arahan ini akan membunuh (menghentikan) perisian yang sedang run dalam ubuntu anda. Ia diperlukan biasanya untuk force quit perisian yang tidak respon atau untuk restart perisian yang baru dikemaskini (seperti ketika pemasangan nautilus-elementary). Menggunakan GUI, anda perlu menambah applet force quit pada panel dan klik pada perisian yang ingin dihentikan. Satu cara lagi ialah menggunakan System Monitor.
Tahukah anda
Anda boleh masukkan 2 kata arahan sekaligus dan dihubungkan dengan &&.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
mule2 mmg r rse cam pakai ms-dos je..tp lme2, lg sng gune sudo2 ni..cume ubuntu ni wajib ade internet r...klu xde, rse cam cacat r...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteterima kasih di atas info yang sangat berguna buat newbie macam saya. baru le dapat pencerahan sikit hehehe.
good info..like..
ReplyDeleteyoutube-dl untuk download video youtube di terminal.. :D
ReplyDeleteyoutube-dl untuk download video youtube di terminal :D
ReplyDeleteklu xnak install sftware ngn update kire okla 2..hehe
ReplyDeletewslm,
ReplyDeletesama2..sile2 la share yer..hehe
thanks bro..
ReplyDeleteaku download guna chrome plugin..hehe
ReplyDeleteaku ada prob...lepas type sudo apt...tetiba kuar [sudo] password for xxxxxx bila aku nak taip password...xkuar pape pun...
ReplyDeleteape pasal ek?
mmg xkua pape..lps tulis tu trus je enter..
ReplyDeletetq..dah berjaya..dua command berjaya digunakan sudo apt-get upgrade dan sudo apt-get update
ReplyDeleteyang len tak tahu nak guna bila...mungkin akan datang...hehehe
macamana kita nk check software yg rosak atau tidak berfungsi dgn betul? Sbb pc saya selalu 'hang' dgn tiba..mouse pn jadi kaku..
ReplyDeleteapa kata pasang ailurus aplikasi, kemudian pilih menu Doctor Computer.. dengan Ailurus aku berjaya menyelesaikan pemasangan yang tidak sempat siap pasang atai yg gagal dipasang..
ReplyDeletekat mana doctor computer tu tak jumpa pund alam ailurus
ReplyDeletedah jumpa doctor computer tu takde error
ReplyDeletetime 2 tgh run software ape? msti ada tanda2 dia kan? ni mgkin sbb grafik kad kot..guna grafik kad ape?
ReplyDeleteinilah command yang aku belajar mula2 guna Ubuntu hehe
ReplyDeletegafik ati radeon 4650
ReplyDeletepa cmd nk download Ailurus?
ReplyDeleterujuk entry sblm ni utk install ailurus..bleh guna fgsi search..tq
ReplyDeleteptt la..grafik kad ati mmg prob bro...aku no idea camne nk solve..
ReplyDeleteterima kasih bro.. da masalah system yg telah selesai dgn mengunakan Ailurus
ReplyDeleteyeke..bgs2..enjoy bro..hehe
ReplyDeleteoh best2..
ReplyDeletelagi apa yang patut tahu...
dah boleh guna ubuntu dengan CSL 3.5 G..http://syahrilhafiz.com/blog/2010/06/14/cara-sambung-internet-guna-csl-3-5g/
yah.ini lah yang kita selalu buat.
ReplyDeleteT SO HAPPY
ReplyDeleteKORANG SEMUA TAK DE KEJE . KALAU TAK DE KEJE JANGAN NAK BEDAILAK
ReplyDelete