Semoga ada yang mengambil kebaikan dari senarai ini. Saya cuba menterjemahkannya kepada bahasa malaysia untuk memberi kefahaman kepada mereka yang tidak begitu memahami bahasa inggeris. Dalam senarai ini saya tidak sertakan hadis, kata-kata hikmah para ulama yang lebih hebat dan mantap. Insyaallah lain kali =)
1. “Courage is the discovery that you may not win, and trying when you know you can lose.” – Tom Krause
Maksud : Keberanian adalah satu penemuan yang anda mungkin tidak akan menang, dan mencuba walaupun apabila anda tahu anda akan kalah.
2. “The greatest barrier to success is the fear of failure.” – Sven Goran Eriksson
Maksud : Halangan terhebat untuk berjaya ialah takut untuk gagal.
3. “Every accomplishment starts with the decision to try.” – Unknown
Maksud : Setiap pencapaian bermula dari keputusan untuk mencuba.
4. “Shoot for the moon. Even if you miss, you’ll land among the stars.” – Brian Littrell
Maksud : Jadikan bulan sebagai target. Sekiranya anda tersasar, anda mungkin akan mendarat di kalangan bintang-bintang.
5. “Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts.” – Winston Churchill
Maksud : Kejayaan bukanlah penghabisan, kegagalan bukannya noktah, apabila yang dikira ialah keberanian untuk meneruskan.
6. “Motivation is what gets you started. Habit is what keeps you going.” – Jim Rohn
Maksud : Motivasi menjadikan anda bermula, kebiasaan menjadikan anda istiqamah.
7. “When it is obvious that the goals cannot be reached, don’t adjust the goals, adjust the action steps.” – Confucius
Maksud : Apabila ianya jelas matlamat mustahil untuk dicapai, jangan ubah matlamat tetapi ubahlah cara mencapainya.
8. “Trust yourself. You know more than you think you do.” – Benjamin Spock
Maksud : Percayakahlan diri anda. Anda tahu lebih dari apa yang anda fikir anda tahu.
9. “Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending.” – Maria Robinson
Maksud : Tiada siapa yang boleh balik ke masa silam dan memulakan permulaan yang baru, tetapi sesiapa sahaja boleh bermula hari ini untuk menghasilkan penghabisan yang baru.
10. “A goal is not always meant to be reached, it often serves simply as something to aim at.” – Bruce Lee
Maksud : Matlamat tidak semestinya menjadi sesuatu yang harus dicapai, tetapi ia mungkin sesuatu yang anda selalunya harus target.
11. “Fall seven times, Stand up eight.” – Japanese Proverb
Maksud : Anda jatuh 7 kali, bangkit 8 kali.
12. “Every choice you make has an end result.” – Zig Ziglar
Maksud : Setiap pilihan yang anda buat mempunyai keputusan di akhirnya.
13. “I’ve failed over and over and over again in my life and that is why I succeed.” – Michael Jordan
Maksud : Saya telah gagal, dan gagal, dan gagal dalam kehidupan saya dan oleh kerana itu saya berjaya.
14. “Don’t let the past steal your present” – Cherralea Morgen
Maksud : Jangan biarkan masa silam anda mencuri masa sekarang anda.
15.“The great danger for most of us is not that our aim is too high and we miss it, but that it is too low and we reach it” - Michelangelo
Maksud : Ancaman terhebat kepada kita semua bukanlah impian kita yang terlalu tinggi dan kita tidak mampu mencapainya, tetapi impian kita terlalu rendah dan kita akan mencapainya.
16."Your mind is for having ideas, not for holding them" – David Allen.
Maksud : Minda anda ialah untuk mempunyai idea, dan bukannya "menyimpan" idea.
Monday, June 14, 2010
Kata-kata yang mungkin akan mengubah hidup anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
1st komen... hehehe
ReplyDeletehttp://www.masokis.com
BAGUS SEBAGAI 1 MOTIVASI..
ReplyDeleteyup..utk yg sedang mncari motivasi..
ReplyDelete