Saturday, June 26, 2010

Hantar E-mel Dari Terminal


Bunyi macam geek kan? Tetapi sebenarnya mudah je. Alpine 2.0, bukan pokok pine mahupun produk stereo kereta tetapi ia adalah perisian client mail. Namun ia berbeza dengan client mail yang lain kerana ia hanya memerlukan Command Line Interface(CLI) berbanding Graphical User Interface(GUI). Ini bermakna emel juga boleh dihantar tanpa login ke Gnome pun. Alpine dilesen bawah Apache License.

Cara instalasi:
sudo apt-get install alpine

sesudah instal, buka terminal dan taipkan alpine, masukkan ini ke dalam seksyen Config jika emel anda adalah indie.gmail.com:

Personal name=indie

User domain=gmail.com

SMTP server=smtp.gmail.com:587/tls/user=indie@gmail.com

Inbox path={pop.gmail.com/pop3/ssl/novalidate-cert/user=indie@gmail.com}INBOX

Dah siap. Sekarang sudah boleh periksa emel anda dan hantar emel.

Ciri-ciri:
-Menyokong pop3 dan IMAP
-Minimal client emel
-kebolehan menghantar emel menerusi SMTP

Baik:
-Senang digunakan bagi noob macam saya
-Interface mudah yang tidak memakan RAM yang banyak
-Mempunyai fail HELP yang tersusun

Buruk:
-Kadang-kadang Server lambat reply

Pendapat:
-Tidak banyak pengguna Ubuntu menggunakan CLI sedangkan itu adalah kelebihan yang ada pada pengguna Ubuntu berbanding pengguna Win...

Maklumat lanjut:
  1. http://www.washington.edu/alpine/
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Alpine_(e-mail_client)

6 comments:

  1. lolz.. ada jugak mende camnie.. tak sangka plak

    ReplyDelete
  2. white hacker xpe kan...jgn black hat hacker sudah ;)

    ReplyDelete
  3. Ingatkan guna command utk hantar email. CLI pun smart gak hehehe.

    ReplyDelete
  4. setup untuk yahoo mail bagaimana erk .

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...