Monday, June 07, 2010

Aplikasi Piala Dunia Afrika Selatan 2010 dalam Ubuntu Lucid (Juga untuk Windows & Mac OSX)

Pasukan negara manakah pilihan anda dalam piala dunia kali ini yer? Brazil? Argentina? Spain? atau juga England? Tidak dapat dinafikan, piala dunia menjanjikan satu hiburan istimewa setiap kali, dan dimana sahaja ia dianjurkan bukan sehaja kepada kaki bola tetapi juga kepada kaum-kaum yang biasanya agak kureng meminati sukan tersebut.

Aktiviti klasik yang selalu diamalkan ketika menjelangnya kejohanan piala dunia ialah mengumpulkan keratan akhbar dalam bentuk poster (atau dalam majalan sukan) yang memaparkan satu jadual penuh perlawanan-perlawanan bola sepak berserta jaringan gol yang perlu diisi dalam petak kosong. Kemudian kaki bola akan mengira secara manual berapa bilangan mata kemudian membuat jangkaan tentang jadual peringkat seterusnya. Ahaks! Klasik!

Di tahun 2010, anda tidak perlu lagi melakukan perkara yang sama. Ini kerana teknologi telah memudahkannya untuk anda beralih ke dunia paperless. Saksikan Aplikasi Piala Dunia 2010 dalam desktop Ubuntu Lucid Lynx saya;


Pemasangan Aplikasi Piala Dunia Dalam Ubuntu

1.Pergi ke http://www.e-link.it/southafrica2010/ kemudian muatturun versi linux dalam bentuk .ZIP

2.Unizp ke suatu tempat. Buka folder berkenaan dan anda akan mendapati terdapat satu fail South Africa 2010 1.1. Buatkan fail itu menjadi executable (right click - properties - permissions - allow executing file as program).

3.Double click file tersebut dan anda telah sedia.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi yang sama juga boleh digunakan dalam Mac OSX dan Windows.

Paling best kerana anda boleh mengubah timezone supaya ia selari dengan masa di tempat anda berada. Amacam? Sekiranya anda sukakan entry ini, sila share kepada rakan-rakan anda juga. Terima kasih.

10 comments:

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...