Penyelesaian
Bermacam pernyelesaian telah saya temui dan telah saya cuba antaranya convert video ogv tersebut ke format mkv, avi dan sebagainya. Namun saya akan ulas mengenai penyelesaian terbaik, dengan cara terbaik dan memudahkan anda =).
Convert ke .avi menggunakan mencoder.
Anda terlebih dahulu perlu memasang mencoder ke dalam ubuntu anda dengan menggunakan command;
sudo apt-get install mencoderKemudian, dalam folder yang mengandungi fail video yang ingin anda convert ke .avi, buka terminal dan masukkan command;
mencoder namafail.ogv -o output.avi -ovc lavc -oac mp3lameAnda sepatutnya akan memperolehi output video yang tidak mengurangkan kualiti dalam folder yang sama dalam saiz yang lebih kecil (yang mana ianya satu berita baik).
Jadikannya nautilus script
Cabarannya disini. Kita ingin menukarkan command diatas kepada nautilus script yang berfungsi tanpa menggunakan terminal dan tanpa memasukkan command yang sama setiap kali kita ingin convert video .ogv yang dihasilkan oleh gtk-recordmydesktop.
Buka gedit dan taipkan seperti dalam screenshot berikut;
Saya menggunakan $@ untuk memberitahu komputer supaya "bertindak keatas fail ini" dan kemudian outputnya juga dalam nama fail yang sama tetapi dengan extension .avi.
Save file ini dalam dengan nama ogv2avi.sh, letakkan dalam /home/namaanda/.gnome2/nautilus-scripts/ kemudian jadikan fail ini executable (sila baca tutorial sebelum ini untuk menetapkan sesuatu file menjadi executable). Sekarang, dalam nautilus anda boleh right klik pada mana-mana video dalam format .ogv dan pilih Script - ogv2avi.sh untuk proses convert.
Dengan fail .avi yang terhasil, anda boleh muatnaik ke facebook dan berkongsinya dengan rakan tanpa masalah. Script ini masih lagi mempunyai kelemahan namun, ia sudah cukup untuk memudahkan kerja seharian saya =)
wahhh.
ReplyDeletenice...
mmg dok cr pun cr nk cnvert
yeke..hehe..bagus2
ReplyDeletejgn lupe share =P
yup betul kena guna mencoder ...
ReplyDeletepernah skali download yang ogv..ok jer...sebelum tu convert ke avi...jadi tak ok...kuar kotak kotak hijau..haha
ReplyDeleteSaya baru gak cuba gtk-recordMyDesktop. Tp saya convert guna command ni:
ReplyDeletemencoder -o output_file.avi -ovc lavc -lavcopts vbitrate=5000:vhq -ffourcc DX50 -oac pcm -srate 48000 -ofps 25 your_movie.ogv
Kemudian upload AVI ke youtube. Dah siap proses, hasilnya camni:
http://www.youtube.com/watch?v=0kNcpc3yy14
Sebelum ni guna Kdenlive untuk record dan boleh convert terus ke OGG HD tanpa masalah bila upload ke YouTube. Tp sejak Ubuntu 10.04, nmpknya Kdenlive ada pepijat jd takleh buat record.
ReplyDeleteJd bila guna recordmydesktop mmg jd haru biru bila upload. bagus Zul buat artikel ni. teruskan usaha!