Thursday, June 03, 2010

Autokey : Kerja menaip menjadi semakin cepat [Video Didalam]

Saya menemui satu perisian yang selama ini saya cari-cari. Ia hanya aplikasi kecil tetapi ia juga memudahkan, mempercepatkan, dan sangat berguna terutama sekali kepada saya. Sebelum saya menerangkan tentang fungsi perisian itu dengan lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada anda apakah frasa atau ayat yang sering kali ada taip? Tentunya alamat rumah, nama penuh, alamat email dan bermacam lagi merupakan antara perkara yang sering anda taip bukan? Menaip perkara yang sama berulang-ulang kali kadang kala melecehkan bukan?

Ok, aplikasi yang ingin saya ulas hari ini iaitu Autokey akan memudahkan kerja-kerja menaip sesuatu yang berulang-ulang. Katakan saya perlu menaip alamat rumah saya;

231, Kg Bukit Chempaka,
Batu Rakit,
21060 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Panjang bukan? Namun dengan Autokey, saya boleh setkan supaya apabila saya menaip "adr" misalnya, dengan automatik alamat saya yang panjang diatas tertaip sendirinya. Blurr atau masih tidak faham? Ok kita lihat video dibawah;


Macam mana?

Anda boleh membuat ketetapan tentang ayat apa, kemudian abbreviation (contohnya dlm video diatas disetkan adr untuk alamat) dan sebagainya. Bagi programmer yang selalu mengulangi menaip sesuatu yang sama berulang-ulang kali juga dapat mengambil manfaat dari aplikasi kecil ini.

Memasang Autokey dalam Ubuntu

1. Buka terminal dan masukkan command
sudo apt-add-repository ppa:cdekter/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install autokey
2.Seleasi pemasangan, pergi ke Applications - Accessories - Autokey. Ia akan muncul pada panel apabila dilancarkan dan anda boleh right click dan pilih configure untuk mengubah ketetapan.


Pada tetingkap configure, anda mempunyai begitu banyak pilihan untuk ditetapkan. Sila cuba jaya untuk menemui ketetapan yang paling sesuai dengan anda. Selamat mencuba!

9 comments:

  1. wahhh buat assignment makin cepat ni haha

    ReplyDelete
  2. salam,

    really helpful for me. thx bro.

    ReplyDelete
  3. sudo apt-get autokey = E: Invalid operation autokey

    ReplyDelete
  4. sori bro..spatutnya sudo apt-get install autokey
    aku typo td..skrg dh ok..hehe

    ReplyDelete
  5. laaaa...zulmalc dok batu rakit ka....dekat ja kita rupanya...

    ReplyDelete
  6. Saya dah install Autokey nie dgn mgunakan Ubuntu Software Center. tapi keluar satu box mengatakan "AUTOKEY ERROR - Autokey is already running ad pid : 4683". Dan apa bezanya GTK dengan QT? Ada sesiapa boleh tolong?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...