Thursday, June 24, 2010

Ubuntu Free Culture Showcase!

Adakah anda ahli muzik?
Adakah anda kreatif dalam menghasilkan illustrasi wallpaper?
Adakah anda gemar mengambil gambar menarik?
Atau adakah anda pandai menghasilkan video animasi yang hebat?

Sekiranya anda sedang menggunakan ubuntu, sila buka direktori home kemudian buka folder dengan nama example. Dalam folder example terdapat satu folder dengan nama Ubuntu_Free_Culture_Showcase dan didalamnya terdapat 2 fail (bagi kes saya) iaitu satu fail audio dan satu lagi video. Fail ini merupakan hasil tangan komuniti pengguna ubuntu yang menyumbangkan hasil kerja mereka untuk Ubuntu Free Culture Showcase.

Sertai Ubuntu Free Culture Showcase dengan menyumbang hasil kerja anda dan ianya akan disertakan ke dalam distro ubuntu yang bakal dilancarkan pada 10.10.10 ini.

Keterangan lanjutan boleh didapati dari laman berikut : https://wiki.ubuntu.com/UbuntuFreeCultureShowcase

Anda pasti berminat untuk melihat hasil tangan komuniti ubuntu yang lain dan ianya boleh diakses dari laman berikut; flickr, soundcloud, vimeo, deviantart

Ops, satu lagi perkara. Hasil kerja anda itu harus menggunakan 100% perisian sumber terbuka =)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...