Semalam saya memasang global menu, iaitu satu applet yang meletakkan menu program pada panel untuk menambahkan lagi ruang vertikal pada skrin. Namun saya dapati global menu tidak begitu ngam dengan applet menu default ubuntu mahupun gnome main menu yang seterusnya mendorong saya mencari altenatif lain. Disitu saya bertemu Cardapio, yang telah direview oleh blog Omgubuntu!
Seperti yang dapat anda lihat diatas, cardapio sangat sesuai digunakan jika sekiranya anda menggunakan global menu dalam ubuntu. Cardapio ini pula sedikit mirip dengan menu dalam windows tetapi perisian masih dikategorikan mengikut fungsi dan bukan syarikat pengeluar sepertimana dalam windows.
Pemasangan Cardapio
Untuk memasang cardapio dalam ubuntu, sila ikuti langkah berikut;
1.Buka terminal dan copypaste command berikut;
sudo add-apt-repository ppa:tvst-hotmail/cardapio
sudo apt-get update
sudo apt-get install python-keybinder cardapioSelesai proses diatas, klik pada panel dan pilih add to panel dan add cardapio. Right click pada applet tersebut untuk mengubah kedudukan dan sebagainya.
ini baru rox! best best!
ReplyDeletepeminat mac mmg sker..ekeke :p
ReplyDeletewah..mengembalikan memori tetingkap...
ReplyDelete