Saturday, June 19, 2010

Mendapatkan kembali grub 2 dalam komputer anda [baiki masalah grub error]


Ini adalah entry penting yang harus di bookmark sekiranya anda dualboot komputer anda. Saya pernah menulis perkara yang hampir sama sebelum ini tetapi memandangkan sejak ubuntu karmic menggunakan grub versi 2, maka caranya juga telah berubah.

Anda berpotensi mempunyai masalah dengan grub sekiranya anda memasang sistem operasi lain ke dalam komputer yang mempunyai sistem operasi ubuntu atau dengan sambil lewa mencuba sesuatu yang boleh membunuh si kucing.hehe.. Setakat ini saya belum mengalami masalah grub kerana komputer saya adalah 100% ubuntu sahaja. Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dengan grub, sila cuba cara dalam entry ini.

1.Anda perlukan ubuntu live cd (atau apa-apa linux live cd). Masukkan ke dalam tray dan boot ke dalam live cd.

2.Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut;
a.kata arahan ini ialah untuk mencari partition mana sistem operasi ubuntu anda berada.
sudo fdisk -l
katakan sistem ubuntu berada dalam partition sda1

b.kata arahan kedua akan mount partition yang anda kenalpasti di "a"
sudo mount /dev/sda1 /mnt
c.kata arahan ini akan memasang grub ke dalam HD yang mempunyai partition ubuntu yang anda kenalpasti tadi
sudo grub-install --root-directory=/mnt/ /dev/sda
3.Restart komputer dan anda sepatutnya boleh melihat grub loader.

4.Oleh kerana kata arahan diatas akan membuang entry pada grub asal, anda perlu update grub yang baru dipasang tadi dengan kata arahan berikut;
sudo update-grub
Saya harap maklumat ini membantu anda =)

9 comments:

  1. thanks bro....
    mmg membantu...
    tp skang dah 100% linux dah..
    haha....
    so xde mslh grub g da....

    ReplyDelete
  2. errrrr bukan command yang last tu sepatutnya macam ni ke???

    sudo update-grub2

    maaf la kalau salah hehehe

    ReplyDelete
  3. yeah menjadi bro..thanks...
    ini ku cari selama ini..hehe..

    ReplyDelete
  4. hehe..br je ade masalah ngan nie pagi tadi..sekrang dah ok...

    http://luqmanmaat.blogspot.com/2010/06/ubuntu-experience.html

    ReplyDelete
  5. aku semak balik mmg xde "2"..try check.

    ReplyDelete
  6. ni lah step yg sya buat selepas sya install windows 7 dan windows xp, Multipe boot in one komputer
    http://tnkhairi.tk/2010/reinstall-grub-after-windows-wipe-out-your-grub.htm

    ReplyDelete
  7. "katakan sistem ubuntu berada dalam partition sda1"

    kalau kita tak tau?mcm mane nk buat ek...utk kenalpasti location ubuntu.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, saya cuba menggunakan command ni & berhasil.

    sudo mount /dev/sda8 /mnt

    sudo grub-install --root-directory=/mnt /dev/sda

    sudo umount /mnt

    exit

    reboot
    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    pada sda8 tu pastikan di mana letaknya partition utk ubuntu. jika saudara2 punya pada sda3, taip sda3.

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...