Mendapatkan kembali grub 2 dalam komputer anda [baiki masalah grub error]
Ini adalah entry penting yang harus di bookmark sekiranya anda dualboot komputer anda. Saya pernah menulis perkara yang hampir sama sebelum ini tetapi memandangkan sejak ubuntu karmic menggunakan grub versi 2, maka caranya juga telah berubah. Anda berpotensi mempunyai masalah dengan grub sekiranya anda memasang sistem operasi lain ke dalam komputer yang mempunyai sistem operasi ubuntu atau dengan sambil lewa mencuba sesuatu yang boleh membunuh si kucing.hehe.. Setakat ini saya belum mengalami masalah grub kerana komputer saya adalah 100% ubuntu sahaja. Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dengan grub, sila cuba cara dalam entry ini. 1.Anda perlukan ubuntu live cd (atau apa-apa linux live cd). Masukkan ke dalam tray dan boot ke dalam live cd. 2.Buka terminal dan masukkan kata arahan berikut; a.kata arahan ini ialah untuk mencari partition mana sistem operasi ubuntu anda berada. sudo fdisk -l katakan sistem ubuntu berada dalam partition sda1 b.kata arahan kedua akan mount...