Friday, June 26, 2009

Tutorial: Tukar Gambar GRUB Loader & Usplash.

Banyak pertanyaan yang keluar dari para pembaca blog ini, bertanyakan tentang cara untuk menukar gambar pada Grub Loader dan usplash. Walaupun zulmalc banyak menulis tentang perkara ini, saya pasti ramai antara kita yang tidak faham atau tidak tahu bagaimana untuk menukarnya dengan cara yang betul.

Antara contoh post beliau:

http://melayubuntu.blogspot.com/2008/12/memperkenalkan-epidermis-tukar-tema.html

http://melayubuntu.blogspot.com/2008/11/background-pada-grub-loader-ubuntu.html

Pada sesi tutorial kali ini, saya ingin menyentuh tentang satu lagi perisian yang tidak kurang hebatnya berbanding epidermis dan cara manual untuk menukar GRUB Loader & usplash, iaitu Startup-Manager & Ubuntu Tweak.

Seperti mana yang kita ketahui, Startup-Manager dan Ubuntu Tweak merupakan satu perisian yang akan mengawal resolusi skrin GRUB, skrin splash, gambar GRUB & gambar splash. Apa yang menjadi masalah, ramai di antara kita yang tidak pernah atau tidak berani untuk menggunakan perisian yang bagus ini. Bagi saya, secara personal, belum cuba belum tahu, dan saya berani mengambil risiko menggunakan perisian Windows yang telah di-crack tanpa rasa bersalah. Oleh sebab itu, perlukah kita takut dengan perisian sebegini?

Tanpa membuang masa, mari kita tukar gambar GRUB Loader dan splash kita!

p/s: Untuk tutorial kali ini, saya menggunakan GRUB dan splash Mac4Lin


1) Muat-turun Startup-Manager:

sudo aptitude install startupmanager

2) Tunggu sehingga perisian habis diinstall.
3) Buka terminal dan taipkan sudo nautilus.
4) Setelah satu Window terbuka, taipkan /boot/grub pada bar address.
5) Klik kanan, dan create satu folder baru, namakannya "splash".
6) Copy dan Paste semua fail *.xmp.gz dan folder Mac4Lin>GRUB ke dalam folder yang telah dicreate tadi.
7) OK, berbalik pada Startup-Manager kita, ia terletak di System>Administration>Startup-Manager.
8) Buka perisian tersebut dan pergi ke tab Appearance.
9) Klik pada Manage Bootloader Themes... dan klik Add. Cari lokasi *xpm.gz kita tadi dan masukkan.
10) Sekarang klik pada Grub background image dan pilih gambar kegemaran kita.
11) Oh ya, jangan lupa untuk tick pada "Use background image for bootloader menu".



Untuk skrin splash pula, mari kita gunakan Ubuntu Tweak.

1) Install ubuntu-tweak di sini.
2) Sekali lagi, buka terminal, dan taipkan sudo nautilus.
3) Copy semua fail yang berada dalam Mac4Lin>GTK dan paste ke dalam /usr/share/pixmps/splash.
4) Sekarang buka Ubuntu Tweak pada direktori System Tools>Ubuntu Tweak.
5) Pada sidebar sebelah kiri, pergi ke Startup>Session Control.
6) Klik pada imej besar dan pilih usplash anda.



SIAP!!

Sebarang komen atau pertanyaan, boleh diajukan.

7 comments:

  1. syah..tq for da post...
    now i know how to changed my boot...
    n now i know that we used grub loader n splash..
    this is a new term for me....
    coz bfore i usnig boot screen....
    thnks anywhre

    ReplyDelete
  2. @RyuJi SaTo: Erm, my name is not syah~~haha!! gudluck for you anyway...

    ReplyDelete
  3. lol...
    so syahid is not same person to ahmad dean....
    by da way...thnks for da post....
    i help me a lots....

    ReplyDelete
  4. Nak tambah siket kalo bermanfaat.

    Di samping guna Ubuntu Tweak dan Startup Manager ni, saya cadangkan guna lagi satu applikasi berasaskan KDE iaitu...

    Sila search dan install di Synaptic Pakej Manager 'kgrubeditor'.

    Dengan aplikasi ini bukan saja dapat memasang latar belakang GRUB dengan mudah malah dapat mencipta imej latar belakang dari sebarang imej yang kita suka, yang pentingnya ia dapat dilakukan dengan mudah sekali.

    Cuma perlu berhati-hati sedikit kerana kgrubeditor merupakan aplikasi bertaraf administrator task. Trial & error bagi yang kurang mahir memungkinkan GRUB anda gagal diakses sama sekali. Tapi jangan takut, yang pentingnya kita kena tahu apa yang kita buat.

    Seperkara lagi, saya rasa apa yang di maksudkan 'usplash' oleh penulis entri ini adalah sesuatu yang lain. 'usplash' itu kalo tak silap saya ialah imej beranimasi yang muncul selepas kita boot pada GRUB. Atau kalo dalm Winduz, ianya dikenali sebagai 'boot image' (kalo tak silap saya lagilah..)

    Sebenarnya yang dimaksudkan oleh penulis entri bagi bab menukar imej menerusi Ubuntu Tweak itu ialah 'Splash Screen'. Splash Screen ini muncul berserta dengan login sound sebaik saja sistem memasuki Desktop.

    Maaflah panjang siket tulis. Saya ni tak lah pandai tapi tahu serba sikit. Dah tu tak ada blog pulak... Hu hu. Sekian.

    PS: Harap ditegur kalo saya silap.

    ReplyDelete
  5. @Abu Qush: Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Tapi apa yang saya maksudkan ialah usplash, dan bukan GDM. Skrin beranimasi bersama sound itu ialah GDM (betulkan saya kalau saya silap).

    ReplyDelete
  6. hahaha.. abg zul jugak yang dapat nama.. kuang3.. hahaha..
    btw, dalam blog ni ade ramai penulis.. so, tgk dulu siapa yang postkan sesebuah entri tuh..

    rujuk ni lau nak tgk member team blog nih.. http://www.blogger.com/profile/01373607330084911718

    ReplyDelete
  7. mcm mana nak selesaikan masalah grubloader ubuntu 9.10 ni....
    pening..
    selepas beberapa kali buat update,terus takboleh boot ubuntu tu

    azmi

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...