Tuesday, June 09, 2009

Kesalahan Ejaan...Disengajakan Atau Tidak?


Hal ini berlaku kepada saya beberapa hari lepas, dan saya juga terasa agak malu apabila perkara ini berlaku. Perkara ini timbul apabila saya ingin melakukan instalasi cairo-dock ke dalam ubuntu 9.04 saya.

Mungkin anda memikirkan bahawa kesalahan ini adalah kecil dan tidak patut diketengahkan dalam blog ini, tetapi bagi saya, ejaan adalah satu faktor mengapa sesuatu produk itu berkesan dan mempunyai ramai pengikut, seperti ubuntu. Bahkan, jika anda mempelajari mata pelajaran grafik (saya lupa nama subjek apa...), anda tentu faham bagaimanakah ejaan memainkan peranan dalam mempromosikan satu-satu produk.

Perasankah anda pada perkataan-perkataan ini?
Malicous
Therefor

Ia sepatutnya:
Malicious
Therefore

Buat pengetahuan semua, saya masih belum menghantar repot ke laman web launchpad. Saya berharap agar seseorang di sini boleh mengetengahkan lagi perkara ini, bagi masyarakat ubuntu Malaysia menikmati distro terbaik ini tanpa sebarang masalah pada EJAAN, sekaligus masyarakat dunia pada umumnya.

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Adakah perkara ini terlalu kecil untuk diambil-kira? Ataupun anda bersependapat dengan saya?

10 comments:

  1. betul ker cam tu..cam tak logik lak..hahaha ;) cuba try gune theme lain..kdang mmg jadi cam tu..tapi aku pun xsure xpernah jumpa...

    ReplyDelete
  2. mcm x berapa percaya.. tp klau betul sy juga bersependapat mcm saudara

    ReplyDelete
  3. wow, spelling error yg sekecil macam ni u pun dapat cam.
    i salute u, bro

    kesalahan ejaan ni patut dilaporkan kat launchpad agar M$ tidak dapat gunakan mistake ni untuk kutuk kita

    ReplyDelete
  4. so saya mintak tolong otai2 kat sini, boleh x tolong report kat launchpad?

    terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu...

    ReplyDelete
  5. @akuadi: maafkan saya di atas kejahilan saya, tetapi adakah theme dalam ubuntu melibatkan perbezaan ejaan? bagi saya, ini adalah kesalahan ejaan masa proses melakukan translation...betulkan saya jika saya silap...

    ReplyDelete
  6. uih.. ak pon xprasan bnda ni....

    ReplyDelete
  7. ari tu gua ader baca tentang linux dalam satu site xingat dah melayu jugakla ,tentang virus untuk linux nie dah dikesan tahun 2008 ari x ingat nama die palax xbrutal la sederhana dari sumber yang gua tengok, isau gak aku,please komen>>>>>>>>

    ReplyDelete
  8. dulu aku pernah g try....gune theme pelik2 ntah kat mana2 jumpa..jadi ejaan dia mmg terang2 salah/font pun jadi gila......tapi problem yg kat atas ni aku mmg tak sure ar...mmg confirm kot bug typo... ;)

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Saya baru install UBuntu 9.04. Sebelum nie pakai windows xp. Jelas berbeza dr kelajuan, reboot dan senang hati bila memikirkan xde virus (correct me if I am wrong).

    & java run smoothly kat Linux berbanding windows. Install by command "apt-get" pun mmg senang, cuma actually x tau die install dimana. Guna command whereis pun actually package yg kita install tu dah dipecah2kan (kan?).

    Saya mmg akan setia dgn Linux khasnya UBuntu sbb senang dr versi linux2 yg lain.
    Dan harapan saya blog saudara akan sentiasa postkan maklumat mengenai UBuntu and juga dr aspek teknikal.

    Azizi Yazit

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...