Sunday, June 21, 2009

Mac4Lin: Macam Mana Untuk Melakukan Proses Instalasi.

Di atas permintaan ramai, saya ingin review sedikit tentang cara untuk melakukan proses instalasi Mac4Lin. Saya tahu, ramai yang ingin menggunakan tema ini, tetapi tidak tahu cara untuk melakukan proses instalasi. Di sini, saya ingin menerangkan serba-sedikit tentang cara-cara nya. (Saya beranggapan anda telah memuat-turun Mac4Lin versi 1.0 Final. jika tidak, anda boleh memuat-turunnya di sini).

Sudahkah anda memuat-turunnya? Jika sudah, mari mulakan....

Cara Pertama: Cara mudah dan mesra pengguna.

1) Beranggapan muat-turun anda siap, extract (saya tidak tahu untuk translate!)Mac4Lin.tar.gz anda ke Desktop.
2) Dalam folder yang sudah diextract, terdapat beberapa folder, dan 2 fail *.sh (Mac4Lin_Install_v1.0.sh & Mac4Lin_Uninstall_v1.0.sh)
3) Klik dua kali pada Mac4Lin_Install_v1.0.sh, dan tunggu dalam masa beberapa minit, dan SIAP!!

Cara Kedua: Menggunakan Terminal.

Cara kedua ini dilakukan oleh pengguna-pengguna Terminal yang pro dan kurang gemar pada fail-fail seperti *.deb dan sebagainya (otai laa mudah...haha!!).

1) Download dan extract Mac4Lin_Install_v1.0.tar.gz (contoh: ke Documents).
2) Buka terminal, dan pointkan terminal ke folder Mac4Lin_Install_v1.0.
3) Mengandaikan anda cut dan paste ke dalam folder Documents, menggunakan Terminal:

- cd Documents
- ls
- cd Mac4Lin_Install_v1.0
- sh Mac4Lin_Install_v1.0.sh
- Anda akan dapati Terminal akan meminta password untuk melakukan proses instalasi Sound dan GDM Login Theme dan juga GDM Theme.
- Masukkan password sudo anda, dan selesai!!




Bagaimana Untuk Tukar Ikon Apple Pada Start Menu:

Saya tahu, ramai pengguna yang ingin menukar pandangan desktop mereka kepada Mac 100%. Dengan ini, ikon pada start menu juga perlu diubah, bukan? Setelah melakukan beberapa eksperimen, kini saya ingin berkongsi cara saya untuk menukar ikon asal kepada ikon Apple.

(Amaran: Cara yang saya guna ini boleh membuatkan ubuntu anda crash dan terpaksa diinstall semula!!)

Jangan takut, kerana saya hanya melakukan sekali sahaja proses ini, dan tiada apa-apa yang berlaku pada distro saya. Tak cuba, tak tahu bukan?

p/s: Cara ini berkesan jika anda guna satu ikon pada Menu Bar (Main Menu pada Add to Panel, bukan Menu Bar)

1) Tekan alt+F2, masukkan gconf-editor, tekan ENTER.
2) Satu Window akan keluar. Pergi ke apps > panel > objects
3) Anda dapat perhatikan terdapat dua object pada menu tersebut, dan salah satu daripadanya adalah Main Menu anda.

Tip: Untuk mengetahui yang mana Main Menu anda, gerakkan Main Menu anda, dan lihat perubahan pada Position Parameter dalam conf-editor

4) Saya mengandaikan bahawa anda sudah mengetahui yang mana Main Menu anda, tick pada use_custom_icon. Klik dua kali pada custom_icon, dan pilih icon Apple yang menjadi pilihan anda.


Dan SIAP!! Di bawah adalah screenshot desktop saya setelah diubahsuai~~


Ada sebarang soalan? Komen di sini....

6 comments:

  1. K dah ubah gak logo, tapi tak guna cara neh.. takut.. :D
    K masuk dalam /home/.icons/Mac4Lin_Icons_v1.0/scalable/places dan ubah mana yang patut. just tukar gambar, rename ikut nama asal. wakakka kalau salah tak pe kat situ.. lebih selamat K rasa

    ReplyDelete
  2. @TMUkmkd: wah, satu lagi ilmu dikongsi...terima kasih saya ucapkan...xde hal...saya dah try install dgn cara ni, dan tiada apa2yang berlaku pada distro saya...

    ReplyDelete
  3. dah install tak bleh ubah pun

    ReplyDelete
  4. slm...
    yg value 2 nk msuk kn ape?
    lepas double click kt custom_icon

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...