Monday, June 08, 2009

Perbezaan KDE dan GNOME




Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lama blog melayubuntu ini tidak dikemaskini. Hadirnya saya di sini adalah untuk memberikan sedikit penjelasan tentang perbezaan antara KDE & GNOME. Dan saya percaya, bagi yang dah otai-otai, anda tidaklah perlu membaca post ini, kerana anda sudah tentu lebih arif tentang perkara ini. Post kali ini saya tujukan khas buat newbie-newbie macam saya, yang tidak tahu apakah KDE,GNOME dan perbezaan antara keduanya.

Fokus post kali ini adalah pada dua distro yang terkenal iaitu ubuntu dan kubuntu.

Dimaklumkan bahawa tujuan post kali ini diwujudkan bukan untuk membandingkan mana-mana distro, apatah lagi membeza-bezakan antara keduanya. Ianya sekadar pengetahuan. Bak kata orang tua-tua, "Tepuk Dada, Tanya Selera".

Ok, sekarang kita beralih kepada perbezaan keduanya...

Perbezaan pertama : Paparan Asal

Sepertimana yang kita dapat lihat di atas (kanan=ubuntu,kiri=kubuntu), perbezaan ketara dapat dilihat ialah warna tema distro itu sendiri. kubuntu hadir dengan warna biru dan hitam (asal), manakala ubuntu pula hadir dengan warna coklat dan perang (asal). kubuntu mempunyai satu toolbar pada bahagian bawah skrin, dan mempunyai satu sahaja menu. Bagi ubuntu pula, ia mempunyai dua toolbar, iaitu pada bahagian atas dan bawah skrin, dan dipecahkan kepada tiga menu utama, iaitu Applications, Places dan System.

Perbezaan Kedua : Navigasi Menu



Dalam KDE (kubuntu), terdapat menu yang dipanggil KMenu, yang mana digunakan untuk mengakses semua program yang terdapat dalam kubuntu. Sebagai contoh, jika anda ingin pergi ke folder Documents, hanya perlu klik KMenu>Documents>Open untuk membukanya.

Berbeza pula dengan gnome(ubuntu), gnome datang dalam tiga butang navigasi berlainan (boleh ditukar kepada satu butang sahaja), iaitu butang aplikasi (Applications), butang lokasi (Places) dan butang sistem (System). Jika anda ingin ke folder Documents sebagai contoh, anda hanya perlu klik Places>Documents sahaja. Mudah bukan?

Perbezaan Ketiga : Penamaan Fail dan Folder



Buat pengetahuan anda, kedua-dua KDE & GNOME menggunakan butang F2 untuk penamaan fail dan folder. Akan tetapi, dalam versi KDE yang lama, penamaan fail atau folder membabitkan keseluruhan nama fail tersebut, sebagai contoh: index.php. Ini bermakna kita dapat menukar extension fail tersebut kepada apa sahaja bentuk yang kita kehendaki, seperti index.html dan sebagainya. Berbeza dengan KDE baru, kita hanya dibenarkan menukar namanya sahaja, bukan extension. Oh ya, penukaran nama fail dan folder akan hadir dalam bentuk popup window.

Dalam GNOME pula, penukaran nama fail dan folder tidak membabitkan sebarang kehadiran popup. Hanya tekan F2 pada fail atau folder yang dikehendaki, tuliskan nama yang anda mahu dan tekan ENTER. Mudah, cepat dan kemas.

Perbezaan Keempat : Proses Shut Down



Dan yang terakhir ingin saya kongsi di sini ialah, cara untuk Shut Down kedua-dua distro ini. Kita mulakan dengan kubuntu terlebih dahulu. Untuk shut down, kita perlu menekan KMenu>Leave. Saya kurang pasti, sama ada KDE4 atau kubuntu sahaja yang mempunyai sistem ini, tetapi kebiasaannya, jika anda Leave, anda juga diminta untuk menutup Terminal Maya (Virtual Terminal). Bagi otai-otai yang biasa menggunakan Terminal Maya ini, saya rasa anda tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam memahami Terminal Maya ini. Bagi newbie seperti saya, ianya merupakan permulaan bagi satu masalah baru.....

Dalam ubuntu (GNOME) pula, cara untuk shut down mudah difahami. Sistem shut down ia juga telah diubah kepada satu applet, yang mana ianya memudahkan pengguna GNOME. Anda hanya perlu menekan applet tersebut dan pilih butang Shut Down...

Kesimpulannya...


Kedua-dua distro ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ramai pengguna KDE menyokong fungsi yang ditawarkan di dalam kubuntu. Manakala pengkritik kubuntu pula menyatakan bahawa menunya agak memeningkan.

Begitu juga dengan ubuntu. Terdapat peminat-peminat dan tidak kurang juga pengkritik distro ini. Dan topik bagi peminat dan pengkritik juga tidak lari, kebolehgunaan dan rupa bentuk distro itu sendiri, sama seperti kubuntu.

Akhir kata, TEPUK DADA, TANYA SELERA...Yang manakah menjadi pilihan anda? Sila nyatakan sama ada KDE atau GNOME dan nyatakan sebab anda~~

16 comments:

  1. Salam.

    Terima kasih atas penjelasan yang saya tercari-cari selama ini. Walaupun tidak detail tapi cukup buat mengubat sedikit kejahilan diri.

    Baru-baru ini saya telah fresh intallkan Kubuntu 9.04 ke salah satu partition hardisk saya. Ianya saya dual-bootkan dengan Ubuntu 9.04.

    Namun semangat berkobar-kobar untuk membuat ekplorasi ke Kubuntu ini telah terbantut disebabkan masalah nak connect ke Internet yang tak boleh-boleh. Saya menggunakan USB modem Huawaei E220 dengan SIM Selkom Brudband. Tak sangka pulak begitu rumit sekali hendak berkoneksi dengan sistem KDE ni walaupun dengan Kubuntu versi terkini.

    Carian di Internet bagi menyelesaikan permasalahan ini pula menemukan tunjuk ajar-tunjuk ajar yang terlalu teknikal. Dalam bahasa British dan bukan dari pengguna-pengguna jalur lebar mudahalih dari negara ini. Lalu saya tak ada masa hendak mencubanya. Kalau saya nak cuba juga, maknanya saya kena godek sana sini macam mula-mula nak berUSB modem dengan Gutsy Gibbon dulu. Kira buang masa jugak tu...

    Akhirnya terpaksa saya abaikan Kubuntu tersebut. Kalau blog ini boleh sediakan tutorial mudah macam mana hendak berinternet dengan USB modem khususnya dengan pembekal jalurlebor mudahalih tempatan, mungkin saya akan kembali mencuba Kubuntu.

    Untuk itu, terima kasih saya dahulukan.

    ReplyDelete
  2. Thanks tuan tanah.. walau x berapa nak faham sebab belum pernah guna OS ni (sbb xder cikgu).. namun sedikit kefahaman tu lebih baik dari langsung x faham..

    ReplyDelete
  3. Bagi saya, gnome adalah lebih simple dan agak mesra berbanding KDE. Entah, kemungkinan KDE mempunyai paparan yang sleek seakan akan Vista yang mungkin menyebabkan ia agak "biasa" dilihat di mana mana.

    Dari awal lagi, memang Gnome menjadi pilihan utama.

    ReplyDelete
  4. @Abu Qush: InsyaAllah, akan saya usahakan.

    @BUJANG SUSAH: Sama2...try download manual ubuntu. ANda boleh gunakan box "Search" pada bahagian atas ruang kanan.

    @Andy: Bagi saya, gnome adalah satu pilihan yang baik untuk saya, selaku orang baru dalam dunia opensource ini. Bagi yang sudah biasa dengan "K", saya rasa tiada masalah dalam menggunakan kubuntu.

    ReplyDelete
  5. KDE dan GNOME, dua-dua bukan pilihan aku..
    dua-dua DE ni terlalu berat utk laptop kuno aku..
    aku lebih prefer guna Openbox..

    kalau aku dapat laptop baru aku akan guna GNOME :D

    ReplyDelete
  6. salam..
    aku ne betul newbie n tak tau aper2 pasl linux...
    juz penah dgr...n aku tau ader ubuntu je....
    n smlm hasil research aku....
    aku jumpe mcm2 lagi linux nie...
    fedora, suse, xandros n mcm2 lagi...
    n aku ingt ader ubuntu jer....
    so aku baru jer instll ubuntu dlm windows...
    so langkah pertama aku yg aku buat ialah instll modem aku....
    senang coz pas jer plug in dye terus dtect....
    bgs....
    n skunk aku tak tau nak watper....
    grafic cam tak best..aku nak tnyer..kene istall grafic ker or vga cam windows ker???
    ader ker prisian nvidia tuk linux....
    aku nak tanye otai2 yg kt cini...
    plez help me....
    aku betul2 nak blja guna linux nie...
    n satu hari nnti aku nak gune linux sepenuhnya kt lptp aku nie...

    ReplyDelete
  7. bagi saya Gnome lagi baik kerana ia simple,KDE lak mmg cantik,tp leceh sket.bgi yg suka cam aero leh lah guna

    ReplyDelete
  8. bagi saya, saya lebih gemar kde.. walaupun sekadar pakai linux dalam virtualbox, bagi saya kde lebih user friendly (macam windows sikit) berbanding gnome..

    @BUJANG SUSAH: boleh try test dalam virtual machine dulu.. pakai vmware server atau virtualbox.. boleh run linux atas windows

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. @RyuJi SaTo cuba install nvidia-glx-180 kalau anda gunakan nvidia.

    ReplyDelete
  11. Aku suka lagi gnome.. hehe... even pada aku nampak biasa... tp cukup power utk buta task2 kat internet....
    Kde xtahu la plak... baca kat sini baru nampak...

    mungkin lpas ni byk lagi artikel2 yang membuat perbandingan.... tapi perbandingan yang adil la...

    ReplyDelete
  12. boley tak kasi aku link...
    ape2 link la tuk aku balja guna linux nie
    manual ker...ape ker....
    lagi satu link tuk driver....
    snng ckit aku nak balaja...

    ReplyDelete
  13. KDE dan Gnome ade kebaikan masing-masing..malahan aku sendiri pun guna kedua-dua environment dalam komputer kat bilik aku ni, plus lagi Xubuntu yang gunakan xfce4 dan Lubuntu (baru lagi ni) menggunakan environment LXDE (dikatakan lebih ringan berbanding xfce4)..ikut minat koranglah nak pakai environment ape yang korang minat, plus boleh tukar-tukar environment lagi..bosan Gnome pakai KDE..

    p/s: my blog has been change url to blog.ubuntuseekers.com..berkunjung2lah selalu

    ReplyDelete
  14. Post yang menarik. Tapi mengikut citarasa saya, saya lebih gemarkan Kubuntu(KDE) oleh sebab interface nye yang menarik. Rasanya Gnome and KDE sama je kot. entahlah saya lebih gemar guna Kubuntu.

    cuma Web Browser Konqueror je yang bermasalah skit bagi saya. sebab tak boleh main Video Youtube. So terpaksa lah guna FF. setakat nie yang lain takde masalah.

    Saya berharap semakin ramai pengguna computer menggunakan OS Linux sebab ia tidak berisiko dan Percuma.

    ReplyDelete
  15. setelah sekian lama teringin dan akhirnya sy berjaya install ubuntu.. itu pun gara2 ubuntu versi baru (v10) dan wubi yg memudahkan installation.. terus terang, sy sangat kagum dgn ubuntu 10.. boot & shutdown sangat pantas.. plugin usb broadband & printer dgn mudah & pantas sbb tak perlu cd utk install driver.. kesemua softwarenya foc sbb open source serta mudah utk d install pd bila2 masa (asalkan online).. aplikasi wine membolehkan melancarkan aplikasi windows d linux enviroment.

    sy ke sini sbb nak mencari maklumat tentang kubuntu, edubuntu & xbuntu sbb nak tahu apa bezanya dgn ubuntu.. klu blh nak pilih yg paling bagus.. ttp berdasarkan entry yg sy baca ni, nampaknya sy akan terus kekal dgn ubuntu

    ada sesuatu yg pelik dgn wubi.. nampaknya ia sesuai utk amd sahaja sbb dah berjaya menginstall dua pc amd tetapi gagal di pc pentium.. kenapa ya?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...