Saturday, January 02, 2010

Menyelesaikan Masalah sh:grub Dalam Wubi

Pertamanya, syah ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca setia MelayuBuntu, agaknya masih belum terlewat kan? dan mungkin tutorial ini menjadi entri pertama blog ini pada tahun 2010 ini.

Berbalik kepada tajuk entri ni, beberapa minggu lepas syah telah update ubuntu dalam laptop ayah syah yang menggunakan wubi untuk instalasi ubuntu karmic. Dan setelah selesai proses update, syah tutup laptop macam biasa dan apabila buka sekali lagi, ubuntu tidak dapat dibuka dan keluar command prompt grub.
sh:grub>
Masalah ni terjadi apabila ubuntu update pakej grub-pc kepada versi 2.0 dan perkara ni sekali gus akan "membinasakan" instalasi wubi. Dan setelah beberapa jam mengadap ubuntuforums, akhirnya syah telah berjaya menemukan penyelesaiannya.

Dalam command prompt grub tadi, anda cuma perlu taip command dibawah.

Windowz Vista @ Se7en:
sh:grub>set root=(loop0)
sh:grub>linux /boot/vmlinuz-2.6.31-14-generic root=/dev/sda2 loop=/ubuntu/disks/root.disk ro
sh:grub>initrd /boot/initrd.img-2.6.31-14-generic
sh:grub>boot
Windowz ME @ XP
sh:grub>set root=(loop0)
sh:grub>linux /boot/vmlinuz-2.6.31-14-generic root=/dev/sda1 loop=/ubuntu/disks/root.disk ro
sh:grub>initrd /boot/initrd.img-26.31-14-generic
sh:grub>boot
Dan apabila anda telah berjaya boot kedalam ubuntu anda, anda cuma perlu membuka Terminal, dan taip command ini.
sudo update-grub2
Selesai! kini ubuntu anda kembali beraksi.
@Layanzzz n enjoyzz..

19 comments:

  1. Salam....

    Shah, camno ngan exam spm baru2 ni? Ada ok?

    ReplyDelete
  2. wasalam..
    alhamdulillah, segalanya telah berakhir.. hahaha..
    sumernyer ok.. syah boleh jawab..

    ReplyDelete
  3. lolz.. aku dah remove dah karmic baru ko buat tutor.. lolz

    ReplyDelete
  4. @Frantz: hahaha.. geek la sikit bro.. selesaikan masalah same macam ko amik paper math dalam dewan pekse.. selesaikan sendirik masalah anda.. muahaha..

    ReplyDelete
  5. kalau pakai wubi nak masuk ubuntu kena masuk windows dulu ke?aku dah buat dual boot windows xp dan ubuntu 8.10 sekarang ni aku ada cd ubuntu 9.1 boleh tak aku install 3 os sekali iaitu windows xp,ubuntu 8.10 dan 9.1? kalau aku pakai wubi boleh tak aku install ubuntu 9.1 dalam windows yang dah ada tu?

    ReplyDelete
  6. bro? tgk la link (kat nme aku tuh).. hahaha.. ko pown satu, ble nak mari rumah aku?

    ReplyDelete
  7. kenapa ada berbezaan antara partition winXP dan win7?

    ReplyDelete
  8. GoogleBot: perbezaannyer ialah bootloader

    ReplyDelete
  9. hebat, tapi leceh la nak kena taip benda ni setiap kali update, lebih baik dual boot je, lagipun ubuntu akan lem sket dalam wubi

    ReplyDelete
  10. semoga panjang umur bloq ni,amin

    ramzi

    ReplyDelete
  11. kenapa ramai yang masih menggunakan windows?
    bukankah sepatutnya dipromotekan ubuntu?
    dan saya nak promote Sabily... good bye windows.. http://linuxsabily.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. dah try bt.. tp xjd.. wubi 2 install dlm partion F.. mcm mana ya

    ReplyDelete
  13. tak jadi bro...no such disk...windows xp...dah ikut satu-satu,ada yang space tu confius cam linux(space)/boot...ada space ker tepi lepas linux tu?tolong.....

    ReplyDelete
  14. ok. aku dah ada pengalaman dengan benda nie..
    hampir nak putus harapan!!! so, nak share skit pangalaman nie.

    aku gunakan dual boot win Xp dan ubuntu 9.10.
    drive c: utk win xp dan drive d: utk ubuntu 9.10.

    jadi, apabila masalah ni menjelma, aku ikut semua arahan seperti di atas. tapi masih lagi tak dapat nak msk dalam ubuntu. masih tersekat di screen hitam dan aku tak tahu apa makna tulisan dalam screen hitam tu...

    Perhatikan kepada command untuk Windowz ME @ XP.

    kemudian aku perasan "sh:grub>initrd /boot/initrd.img-26.31-14-generic" macam ada yang tak kena, jadi aku tukar kepada "sh:grub>initrd /boot/initrd.img-2.6.31-14-generic" pun masih lagi tak jalan.

    last sekali aku tukar sda1 kepada sda2 dalam command "sh:grub>linux /boot/vmlinuz-2.6.31-14-generic root=/dev/sda1". alhamdulliah ubuntu splash terus muncul selepas itu.

    apa2 pun terima kasih bebanyak kepada syah dan zul terangkan pasal benda nie..
    kawan2 yang lain pun jasa mu tetap ku kenang!

    ReplyDelete
  15. @wathahir: kenapa ko ikut satu-satu command kat atas tu? ubah la mengikut keadaan kat partition mane ko install wubi tu.. huhuhu.. guna kan command "ls" untuk tahu kat partition mana ko install wubi tuh.. sda1, sda2, sda3, etc.. aku kat command tuh untuk contoh jew..

    ReplyDelete
  16. @taufik: guna command "ls" untuk tahu partiton F ko tu nama ape.. sda2 or sda3?

    ReplyDelete
  17. Gambar korang dalam ipod aku.X caye ? klik sini skrg http://tolongsenyap.blogspot.com ,,,

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...