Posts

Showing posts with the label karmic koala

Menyelesaikan Masalah sh:grub Dalam Wubi

Image
Pertamanya, syah ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua pembaca setia MelayuBuntu, agaknya masih belum terlewat kan? dan mungkin tutorial ini menjadi entri pertama blog ini pada tahun 2010 ini. Berbalik kepada tajuk entri ni, beberapa minggu lepas syah telah update ubuntu dalam laptop ayah syah yang menggunakan wubi untuk instalasi ubuntu karmic. Dan setelah selesai proses update, syah tutup laptop macam biasa dan apabila buka sekali lagi, ubuntu tidak dapat dibuka dan keluar command prompt grub. sh:grub> Masalah ni terjadi apabila ubuntu update pakej grub-pc kepada versi 2.0 dan perkara ni sekali gus akan "membinasakan" instalasi wubi. Dan setelah beberapa jam mengadap ubuntuforums, akhirnya syah telah berjaya menemukan penyelesaiannya. Dalam command prompt grub tadi, anda cuma perlu taip command dibawah. Windowz Vista @ Se7en: sh:grub>set root=(loop0) sh:grub>linux /boot/vmlinuz- 2.6 . 31 - 14 -generic root=/dev/sda2 loop=/ubuntu/disks/root.disk ro...

Melancongi Karmic Koala - 9.10

Image
5 tahun dan selama itulah pengguna ubuntu terpaksa menunggu untuk pembangun ubuntu mengubah tema asas (default) nya. 5 tahun dan berselang beberapa hari lagi impian itu akan tercapai dengan terbitnya Ubuntu Karmic Koala memakai nombor versi 9.10. Ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia ubuntu, namun apa yang menanti bukan sekadar perubahan tema semata-mata. Saya mencuba Karmic Koala sejak versi alpha (tahap pembangunan) lagi dan saya dapat pastikan bahawa versi kali ini mungkin antara versi terbaik pernah pembangun ubuntu keluarkan. imej terkini desktop karmic koala zulmalc Perubahan dalam Karmic Koala

>>> Hanya yang terbaru dalam Karmic Koala!

Image
Akhirnya, apa yang diwar-warkan sebelum ini telah menjadi kenyataan. Kemaskini terbaru dalam Ubuntu Karmic Koala Alpha 6 menyaksikan beberapa perubahan yang mengujakan setelah penantian sejak Hardy Heron 8.04! Tema default serba baru! Apa yang dapat anda lihat sebenarnya ialah, tema "Human" yang sama sekali diperbaharui dengan perubahan warna kepada coklat mengantikan legasi brown yang sebelum ini. Tema ikon juga telah memperlihatkan perubahan yang menarik. Nama kepada tema ikon ini ialah, Humanity ! Screenshot diatas merupakan gabungan tema ikon serba baru, tema desktop beserta rupa panel yang sangat menarik dan kemas. Kelihatan pihak pembangun ubuntu telah mengambil kira beberapa idea dan cadangan daripada penggguna ubuntu sebelum ini dan mengaplikasikan idea tersebut ke dalam karmic koala yang serba baru. Wallpaper? Ini ialah wallpaper terbaru Karmic Koala tetapi tidak pasti adakah ianya adalah wallpaper yang default dalam versi akhir yang akan terbit oktober i...

Paparan dari Karmic Koala : Boot Demo.

Image
Berikut merupakan beberapa paparan demo bagi skrin boot versi terbaru ubuntu karmic koala yang bakal muncul oktober ini. Flash Demo Amacam? Memang menarik sekali dengan interface yang simple dan mudah difahami. via : http://www.yquejue.com sumber : https://wiki.ubuntu.com/Artwork/Incoming/Karmic/Boot/Demo