Tuesday, October 27, 2009

Melancongi Karmic Koala - 9.10



5 tahun dan selama itulah pengguna ubuntu terpaksa menunggu untuk pembangun ubuntu mengubah tema asas (default) nya. 5 tahun dan berselang beberapa hari lagi impian itu akan tercapai dengan terbitnya Ubuntu Karmic Koala memakai nombor versi 9.10. Ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia ubuntu, namun apa yang menanti bukan sekadar perubahan tema semata-mata.

Saya mencuba Karmic Koala sejak versi alpha (tahap pembangunan) lagi dan saya dapat pastikan bahawa versi kali ini mungkin antara versi terbaik pernah pembangun ubuntu keluarkan.


imej terkini desktop karmic koala zulmalc

Perubahan dalam Karmic Koala

1.Tahap Pemasangan
Proses pemasangan ubuntu karmic koala memperkenalkan beberapa pembaharuan iaitu pada proses "where are you" iaitu langkan penetapan lokasi pengguna, pilihan untuk encrypt home partition, dan juga slideshow ketika proses pemasangan.



 Ext4 & Grub2
Karmic Koala menggunakan format partition Ext4 secara default. Kelihatannya filesystem ini sudah stabil untuk digunakan ditahap pengguna biasa dan usah risaukan lagi tentang khabar angin yang lalu. Karmic Koala juga memperkenalkan penggunaan Grub2 dan siapa sangka Grub2 dapat mengesan kehadiran Mac OSX dalam MacBook saya!

Tema dan Art.
Akhirnya tema "human" dikemaskini kepada sesuatu yang bukan "brown" tetapi coklat!(rujuk screenshot diatas) Walaupun tidak begitu "WOW" dari segi penampilan, perubahan ini harus dilihat dari aspek kesediaan tema asas untuk ditukarkan ke tema yang lain. Dan dengar khabar pihak pembangun ubuntu ingin menukar tema ini sekali lagi dalam versi akan datang 10.04, Lucid Lynx.

Saya tertarik dengan tema ikon yang dikenali sebagai humanity dan juga paparan antaramuka baru panel dalam karmic koala. Ianya kelihatan lebih stylo & versatile dengan paparan yang minimalis (tetapi kadang-kala ada ikon yang menggangu-perhatikan screenshot dibawah bagaimana ikon shutter menganggu.




Ubuntu Software Center
Software Center merupakan pembaharuan yang sangat menarik dan ia menggantikan Add & Remove App dalam ubuntu karmic koala. Antaramuka untuk pemasangan perisian menggunakan Software Center memberikan anda pilihan untuk 1-klik-install, melihat screenshot perisian yang ingin dipasang, dan melawat laman web perisian yang ingin dipasang. Anda boleh menambah seberapa banyak perisian yang ingin dipasang kedalam sistem urutan pemasangan tanpa menganggu perisian yang sedang dipasang!



Empathy mengantikan pidgin
Sayounara Pidgin! Itulah yang boleh diperkatakan apabila Karmic Koala secara muktamat telah mengantikan pidgin dengan empathy. Empathy kini menyokong fungsi tema seakan adium (dalam mac osx), video & audio chat (xmpp protocol - saya belum berjaya cuba fungsi ni), dan sebagainya.



Palimpsest Disk Utility
Wow, disk utility? Ianya digunakan untuk monitor, mengawal, penambahan dan pengurangan partition, kerja-kerja format partition (ubah filesystem sbg) bagi cakera keras yang disambungkan ke komputer.



UbuntuOne
Saya baru sahaja berpeluang menggunaan UbuntuOne, satu fungsi penyimpanan maya dan diintegrasikan ke desktop ubuntu untuk membolehkan penyamarataan data (sync - fuhh punyalah pendek perkataan dalam BI) antara server ubuntuone dan folder ubuntuone dalam cakera keras komputer ubuntu. Setakat ini, UbuntuOne hanya menyokong sistem operasi ubuntu dan ini agak leceh bagi mereka yang menggunakan pelbagai sistem operasi.

...dan beberapa perubahan minor lain yang akan diperbincangkan dalam blog ini dari masa ke semasa...

Seperti yang dapat anda baca diatas, ubuntu karmic koala menawarkan begitu banyak pembaharuan yang secara terus menyenangkan pengguna biasa untuk menguasai desktop ubuntu.

Soalan saya, apabila ubuntu karmic koala 9.10 terbit, adakah anda akan mencubanya?

30 comments:

  1. sync tu kependekan kepada synchronise, panjang juga. he he..
    tunggu lusa. mahu naiktaraf. :)

    ReplyDelete
  2. zul, simpan kt aku 2 keping...huh..

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak tunggu official punya...

    ReplyDelete
  4. menarik. kena try ni..

    ReplyDelete
  5. aku lebih gembira akhirnya fungsi format flash drive macam dalam windows boleh dilakukan dengan Palimpsest Disk Utility.

    ReplyDelete
  6. sedihnyer xleh nak cuba dalam masa yg terdekat nih.. huhuhu.. spm dah dekat la..
    satu lagi, komputer kat umah rusak.. ntah ape yang rusak.. prossessor kot..

    @Ahmad deaN: weh.. lama xdengor kabor.. amacam sekarang?

    ReplyDelete
  7. Memang default Karmic ni ada Dock macam kat atas tu ke?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum semua...

    cepat2 la request CD ubuntu Karmic Koala 9.10..
    saya da request da..semalam..
    huhuhu..4 hingga 6 minggu bru smpai..
    ni kali ke-2 saya request..berbaloi pkai ubuntu..
    bru je pkai ubuntu ni..sejak 8.04..
    nak donlod pon boleh..
    sungguh mudah..
    xpayah guna duit..

    -bekas pengguna windows yang hampeh thp dewa-

    ReplyDelete
  9. 1 hari saja lagi untuk KK... bersedia untuk mengupdate.... tingkat kan permintaan untuk Ubuntu berbanding permintaan terhadap 7...

    Beyta
    Feel Free To Visit Beyta.net

    ReplyDelete
  10. Palimpsest Disk Utility sudah digunakan oleh fedora 11
    ext4 sudah digunakan oleh fedora 11
    distro lain sudah ada encrepsi hard disk
    dock adalah salah satu trojan horse mono. adakah debian juga dijangkiti trojan mono dari novell suse ?

    pulse audio ubuntu 9.10 ada bug. maintaner PA juga dari red hat tak puas hati dgn cara ubuntu merosakkan PA beliau.

    pada aku, tiada yg istimewa atau inovasi mengkagumkan dari ubuntu. ubuntu cuma pengikut apa distro lain sudah lama buat. hanya sekadar update untuk 9.04. nanti april tahun depan update lagi dgn ubuntu 10.04

    yg sudah ada karmic boleh tak tengok :
    wvdial - ada tak benda penting ini ?
    sudo apt-get remove --purge mono-common libmono0 - ada berapa banyak trojan mono dalam karmic ?
    boleh tidak deb jaunty jalan dalam karmic ?
    networkmanager applet - kalau guna 3g modem/hpone adakah ada signal strengh (dalam %)
    ada lagi penyakit bila update repo, synaptic tak ikut update ?
    ada setting kat mana2 untuk disable IPv6 ?

    ReplyDelete
  11. @khamis : sedihnyer, benda2 teknikal cam2 newbie dalam blog ni xkisah pun..asalkan boleh guna yang percuma dan senang nak guna..

    satu soalan cepumas, kata pergerakan perisian bebas, tetapi nape nak berpuak? aku heran, ko heran x?

    aku rasa aku xpnah kutuk distro lain dalam blog ni sbb bagi aku pergerakkan perisian bebas bukan sekadar nama tetapi kita berkongsi sentimen kebebasan yang sepatutnya menjadi titik persamaan yang kukuh...

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera semua....

    dah lama tak mengomen kat sini...

    Apa yg khamis komen tu memang ada betulnya. Saya pun ada try gak distro lain. tapi tahap mere user jer.

    Bidang kejer saya lebih kepada analisis data (SPSS) yang simple - simple jer. banyak masa dihabiskan untuk mencari penyelesaian dalam distro lain.

    pada pendapat saya (mungkin la) ubuntu saya suka sebab dia pentingkan pengalaman pengguna seperti theme dan desktop sebagai daya penarik.

    takut gak nanti bila update, tak leh jalan SPSS tu.


    Sekadar komen 10sen.

    ReplyDelete
  13. Salam semua,

    Tertarik dgn komen khamis. Saya rasa komen beliau banyak betulnya. Saya rakyat marhaen saja dlm bidang Linux-meLinux nih, bukan budak IT, cuma guna utk belajar dan memudahkan hidup (sbb free).

    Saya pernah pakai ubuntu selama 2 tahun semasa versi 6.04 LTS. Masa tu pakai utk web/ftp server utk blog, install kat server sendiri. Semua bagus, tapi buat masalah bila apt-get upgrade selepas tu, ada problem dgn repository, dan kernel crash lepas update. Boot dgn kernel lain pun, semua system kat dlm dah rosak oleh sbb apt-get tu.

    Saya stop pakai ubuntu lepas tu, dan berpindah ke fedora utk kerja2 biasa kat rumah dan testing2 server. Fedora agak stabil, dan yum update memang tak pernah buat masalah. Lepas belajar sket saya tau yum lebih stabil dari apt-get.

    Pernah jugak pakai Debian utk SIP server (VOIP). Tak banyak boleh bagi komen utk Debian sbb saya pakai utk special purpose server, bukan general server macam web, etc. Saya rasa Debian sgt ringan. Saya tak recommend pakai Debian, Ubuntu LTS lebih baik utk penggunaan biasa. Masalah besar dgn Debian ialah tak banyak org yg nak maintain, jauh beza dgn Ubuntu.

    Untuk general production server (server saya kat dlm data center) saya pakai CentOS, sangat2 stabil. Support pun lebih panjang dari distribution lain. Saya pernah bandingkan CentOS dan Ubuntu, saya install dlm Xen-based virtual machine kat dlm 1 server, allocate memory yg sama 512MB bagi setiap virtual machine, dan login ke setiap distribution melalui Windows Remote Desktop (RDP protocol) dari Windows XP kat rumah. CentOS hanya guna setengah dari memori berbanding Ubuntu, dan penggunaan memori sgt stabil. Masalah dgn CentOS adalah software yg dimasukkan adalah software lama, sbb diorang ambik yg dah matang sahaja. Dari segi populariti, setakat pengalaman saya, 8 dari 10 client saya pakai CentOS utk server mereka dlm data center.

    Saya rasa, semua bergantung kepada penggunaan kita. Kalau nak cuba perkara baru, untuk penggunaan biasa di rumah/pejabat, gunalah Ubuntu atau Fedora. Kalau lebih suka kepada gaya Debian (apt-get / aptitude), gunalah Ubuntu; kalau lebih suka kepada gaya Red Hat (yum), gunalah Fedora. Tetapi untuk production server, gunalah CentOS, memang tak banyak masalah dan tak peningkan kepala. Bila ada masalah, semua boleh dijawab oleh Professor Google.

    Bila bercakap tentang mana2 Linux distribution, kena ingat bahawa semua tu Linux. Pakej mana2 pun boleh install kat mana2 distribution. Kalau rasa kernel tak stabil, boleh compile kernel sendiri (kalau nak la). Bergantung kpd kita sendiri macam mana nak customize.

    Cheers to all :)

    ReplyDelete
  14. mana-mana distro ada baik buruknya..
    jangan kerana sifat fanatik anda membuatkan pengguna yang mahu ke sumbar terbuka lari semula kepada penggunaan alas mereka..
    lagi pun trojan tu bukan boleh mengganggu sistem sangat pun..
    kecuali la mereka yang banyak buat mono development..

    btw, yum masih lambat dibandingkan apt-get :p

    ReplyDelete
  15. hmmmm...1st,sori da lamer xkomen..

    @khamis:ak malas nak ckp bnyk,kitrong as foss user pun xckp bnyk,ape peranan ko dlm dunia foss malaysia?even otai2 linux pun xbnyk skp n nak compare distro len.comeon la.name pun gnu/linux,(xleh ckp linux jerk,nti RMS marah..hhaha),so sume berpegang pada pokok yg same.ak bukan la user ubuntu sgt.in my desktop,im using fedora,in my server im using centos,n for windows recovery,ubuntu live cd.kalo ko xsuke distro nie,jgn gune,mybe distro nie ntuk newbie.so what?kalo org boleh belik buku for dummies,y not using linux for beginner?ape kate,ko wat distro sndiri,n then tgk..sape yang hentam n ape yg org ckp...

    =======================EOF=======================
    @zulmalc:gua sokong lu bro.ak nie baru nak bergiat aktf lam dunia open source.actually,baru nak keluar aktif.huhu.ak da tgk time foss,osconf,mostly,dorng bleh kawtim lgi.mmg ade segelintir yg berpuak,xde maknenyer nak berpuak2 nie.ak ade tgk org ubuntu-my yg gune fedora,lepak ngn dak fedora,org fedora lepak ngn ubuntu,suse,centos,sume2 la.just sesetengah jer yg berpuak2.n yg berpuak nie besenyer xtau ape itu prinsip open source...huhuhu

    =====================EOF==============================

    penat da naip...huhuhuhu...sorry..thats just my 2 cents...:D

    ReplyDelete
  16. Saya pon pengguna fedora dan apa yg khamis cakap tu mmg btl dan sedikit pembetulan, yum skrg dah laju with yum-presto plugin guna delta update. Tp aku tak penah la buat benchmark yum vs apt-get.

    Tp tu semua x penting, yg penting kita semua Linux user baper % je la kita dalam dunia komputer ni. Majoriti still windows + mac. Kalau kita dah gaduh2 pasal distro dan kutuk mengutuk, tak ke mana pon kita. Manusia biasa x tau pon wujud Linux desktop ni, x caya gi starbucks, mcd ke sumer pasal Windows / Mac kat Mesia. So dr nk gaduh2 baik kita fikir apa sumbangan kita kepada open source (developer, documenter, blogger etc) sblm nk gaduh2 pasal distro :)

    Selamat Berpenguin!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...

    bila nak launch ubuntu Karmic Koala ni...??
    saya da tunggu dari malam tadi...
    x sabar2 nak download ni....
    hurmmmm..sapa2 yg tahu jam brapa ubuntu akan di launch kan??

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...

    cepat2...download Ubuntu 9.10 Karmic Koala SEKARANG!!!
    www.ubuntu.com....
    hahaha..
    saya tengah download...akhirnya.......hahaha...

    ReplyDelete
  19. use ubuntu since hardy heron....came across 2 ur blog n look interested to subscribe....b4 this i depend much on my canadian frenz to solve probs on ubuntu...hopefully this blog will help me better...thanks...nice blog

    ReplyDelete
  20. Saya baru cuba Xubuntu Karmic menggunakan live USB. prestasi memang bagus kat laptop buruk saya ni. hehehe. Lepas habis exam baru bertukar ke Xubuntu 9.10.

    P/S: Teruskan menyumbang kepada komuniti sumber terbuka. Yang penting menyumbang bukan bagi sumbang (jahanam).

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum semua....

    Saya actually dah install Karmic Koala setelah saya selesai intall jaunty jackalope. tapi top2 masalah lah plak. tak leh install adobe flash player. dah cuba semua cara tapi tak berjaya.

    Pastu HDD saya plak kena bad sectors. my synaptic, update manager semua ade masalah. hmmm......so terpaksa lah saya install semula 9.04.

    Soalan saya...
    Ada tak tutorial installations yang details mengenai karmic koala 9.10?Tak kira lah dalam BI ke BM. sebab mostly saya jumpa review je.
    (saya nak ugrade lah memandangkan interface dan boot nya yang pantas.)

    Babye WINDOWS - Hello Ubuntu.

    ReplyDelete
  22. saya sedang mencuba ubuntu baru ini...
    upgrade to new ubuntu amat pantas dan tiada masalah. dokumen yang terdapat di Desktop tidak hilang dan masih kekal...
    kesimpulannya memang cepat dan pantas :-)

    ReplyDelete
  23. salam, saya pakai ubuntu 9.04 dan dah pun auto upgrade ke ubuntu 9.10 karmic kaola ni.. peh pada awalnya senyum pasal laju... tub2 selang beberapa minit destop gelap..mak aiii... restart dn restart still sama walaupun pada login user.... usha punya usha graphics card ATI Radeon ni tak leh nak support ( tak tau puncanya) lani guna balik 9.04 stabil jek... aduhai sedih tul tak dapat merasa karmic ni... kena tunggu versi LTS baru tu pulak nampak gayanya...

    ReplyDelete
  24. ha akunye probs bile upgrade ke karmic koala
    xleh connect streamyx
    ade sesape tau cre nak connect?

    ReplyDelete
  25. First aku guna puppy linux.mmg laju,ringan dan boleh berfungsi pada komputer lama mcm pentium 2.Tapi masalah bila tak boleh connect streamyx lalu aku bertukar kepada ubuntu 8.10..pergh..mmg best la ubuntu ni.walaupon namanya buntu tapi mmg tak membuntukan fikiran.tima kasih a pada orang yg buat blog melayubuntu ni.korang memang best!!

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum ,

    Pendapat peribadi saya, apa yang menjadikan Ubuntu berada ditempatnya sekarang adalah kerana banyak usernya datang dari penguna windows. ubuntu adalah satu perisian yang diwujudkan sebagai satu "jambatan" bagi penguna windows untuk melangkah ke linux. Disebabkan inilah ubuntu terpaksa menjadi satu perisian yang "bengkak" dengan peralatan peralatan yang bukan semua user yang terperinci mahu.

    Sebahagian user Linux melihat perkara ini sebagai satu benda yang negatif. Memang benar ia amat merimaskan apabila kita tidak dapat mengawal sepenuhnya apa yang disumbat didalam ubuntu secara teperinci, namun bagi user yang baru mencebur dalam bidang linux , ubuntu adalah sebagai satu jawapan bagi mereka yang inginkan perubahan pada mainstream.

    Benarlah kata beberapa user disini , pilihlah distro yang sesuai untuk anda. Seperti memilih pisau atau kapak untuk memotong bawang. kedua dua nya boleh memotong namun pisau lebih senang digunakan :)

    selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum smua...
    sy dah guna ubuntu 9.10...
    best...tp....
    selepas beberapa kali buat update,terus takleh boot..
    masalah dg grub loader.
    sebelum ni sy pakai 9.04 ok jerkkk...
    tolong sy insan yg lemah selesaikan masalh ni..

    azmi...

    ReplyDelete
  28. @azmi Waalaikumussalam.
    grub boleh akses lagi ke? (keluar menu?)
    cuba pergi ke recovery mode.
    pastu pilih update grub.
    Tak pun kalau tiba2 ada masalah hard disk, pergi ke recovery mode > Drop down shell mode (kalau tak silap) dan taip 'fsck'.

    ReplyDelete
  29. Salam teman dah guna pun versi baru nie...bes ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...