Sunday, October 25, 2009

Review Docky yang terpisah dari Gnome-Do

Masih ingat kepada docky? Ianya ciri baru yang diperkenalkan oleh aplikasi gnome-do verso 0.80. Dan apabila docky diumumkan terpisah dari aplikasi asal iaitu gnome-do, kelihatan terdapat beberapa perubahan samada dari segi panambahbaikan dan pengurangan yang boleh dilihat.

Saya melihat fungsi docky dalam gnome-do adalah sangat inovatif dan menarik. Dan apabila ia terpisah, docky tidak lebih hanyalah "dock" manakala gnome-do tanpa docky tidak lebih dari app launcher.


Docky tanpa gnome-do, hanyalah sebuah dock biasa. Seperti juga awn, cairo-dock. Tiada keistimewaa.



Setakat ini, ciri baru yang terdapat pada docky ialah, mempunyai 4 pilihan tema iaitu Classic, Air, Grayscale dan HUD. Manakala positioning pula boleh diubah-ubah samada bottom, left, right dan juga top. Dalam satu-satu masa, anda boleh membuat 1 atau lebih docky walaupun ianya tidak begitu diperlukan (bagi saya).

Install.
  • Buka terminal
  • Install bzr jika belum bzr dalam sistem ubuntu (sudo apt-get install bzr)
  • bzr branch lp:docky
  • cd docky/
  • ./autogen.sh
  • make && sudo make install
Untuk mencubanya dalam ubuntu karmic koala, gunakan command berikut sebelum "./autogen.sh"
sudo apt-get install automake bzr mono-gmcs libmono-cairo2.0-cil gtk-sharp2 libndesk-dbus-glib1.0-cil libndesk-dbus1.0-cil libgnome-vfs2.0-cil libgtk2.0-dev libtool intltool gnome-sharp2 ca-certificates gnome-desktop-sharp2 libgconf2-dev monodevelop-nunit libnotify0.4-cil
Semoga bermanfaat.

5 comments:

  1. salam..
    lama tol xdengar khabar.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. @syah : weh...call aku jap...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Sekadar dock.tu yang buat aku tak berapa minat ni.

    ReplyDelete
  4. aku baru sangat guna linux. ada la nak masuk 2 bulan. mula2 aku pakai awn kemudian cairo. nampaknya cairo lagi mudah nak configure.

    ReplyDelete
  5. sy baru lam linux, mcm2 nak tanya. mcm mana nak contact tuan blog ni? email saya untuk.kerja.saja@gmail.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...