28 October 2009

Gloobus Preview (QuickLook) dalam Karmic Koala.



Saya telah review aplikasi ini dalam entry lepas. Ada 2 perbezaan antara review kali ini dan yang sebelumnya iaitu
  1. Kali ini saya telah mencubanya sendiri dan review adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri
  2. Kali ini, kita menggunakan karmic koala!
Gloobus Preview versi 0.4.1 telah terbit dan antara fungsi terbarunya ialah menyokong karmic koala.

Untuk memasang Gloobus Preview 0.4.1 ini, anda perlu memasukkan PPA nya dari launchpad atau memasukkan PPA berikut ke software sources anda;
deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main 
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main 
Pertama sekali, saya sukakan kepantasan dan saya percaya ramai pembaca melayubuntu juga berkongsi kesukaan yang sama. Gloobus Preview adalah sangat pantas untuk tujuan preview fail yang ingin dibuka.

Ianya menyokong pelbagai bentuk fail seperti imej (jpg, png, gif...), dokumen (odt, doc, ppt, xls..), audio (mp3, mp4,wma..), video (avi, wmv..) dan sebagainya tanpa perlu membuka perisian yang berkaitan.




preview mp3
Pada asasnya - ini merupakan aplikasi yang saya kira diperlukan oleh setiap pengguna ubuntu untuk meningkatkan produktiviti ketika dalam desktop ubuntu. Kelihatannya pembangunan aplikasi ini masih lagi diteruskan untuk menambahkan kebolehgunaan, fungsi, dan kestabilan dimasa depan. Sila lihat video berikut beberapa ciri dan fungsi yang masih dalam pembangunan :


Semoga maklumat ini bermanfaat.

11 comments:

Anonymous said...

askom,bg zul.
saya ramzi,dari kedah.skrg ni saya tengah download SLAX.
ok tak SLAX ni bg zul?
kalau saya install ke partition D,boleh tak?
terima kasih bg zul
-ramzi-

Anonymous said...

nautilus / simplified nautilus ?

Aizat said...

Salam Zul,

Dulu saya selalu lepak kat melayubuntu ni.
Sekarang dah aktif balik berblog.
Saya nak install Ubuntu Karmic Koala dalam laptop saya tapi risau sebab saya tak boleh connect ke internet. Saya menggunakan modem ZTE MF626 dan perkhidmatan Maxis Broadband.
Kalau boleh, ada tak panduan untuk saya refer sebagai guide untuk membolehkan saya connect ke internet.

Anonymous said...

salam...zul...mana pautan blog otai otai ubuntu dulu ya?
kalau boleh,letak pautan itu semula untuk rujukan.kan pautan tu semua link otai otai linux..sekian terima kasih...

rochi said...

salamX

saya newbie yg baru install ubuntu 9.10 utk netbook.
nak tanya macam mana nak install gloobus preview ni. saya try tapi ada error.
rochi@rochi-netbook:~$ deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main
No command 'deb' found, did you mean:
Command 'debc' from package 'devscripts' (main)
Command 'derb' from package 'libicu-dev' (main)
Command 'dab' from package 'bsdgames' (universe)
Command 'debi' from package 'devscripts' (main)
deb: command not found

Ludba said...

salam brother, tak buat ulasan berkaitan ubuntu ME ke? (ubuntu muslim edition)
Urlnya kat sini :- http://www.sabily.org/website/

Beyta said...

terima kasih kerana berkongsi maklumat...

Anonymous said...

Salam kepada semua...
Saya nak tolong jawab soalan rochi pasal error tu, saya pun tak pandai sangat tapi rasanya step tu salah. Try ikut cara nih..

1) bukak terminal lepas tu taip:
sudo gedit /etc/apt/sources.list

2)masukkan password...kemudian source.list akan dibuka dalam Gedit

3) Scroll ke bawah sekali dan buat line baru, type:
deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main
deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main

4) Save dan exit Gedit

5) Kemudian type dalam terminal (add key):
sudo apt-key adv --keyserver keyserver.ubuntu.com --recv-keys 0624A220

6) Kemudian type dalam terminal:
sudo apt-get update

7) Kemudian type dalam terminal:
sudo apt-get install gloobus-preview

8) Lepas tunggu download dan install secara automatik

Kalau salah tolong betulkan...tima kasih

Anonymous said...

saya dah boleh install gloobus preview tu,tapi macammana nakguna?
sala klik dia tak ada apa2 pun?

Anonymous said...

Saya juga tak tahu nak gunakan gloobus preview. Siapa boleh terangkan?

bolang said...

wah ternyata ada aplikasi baru yang bernama gloobus preview ya?
Kalau saya sebelumnya menggunakan compiz untuk quick preview...
trims, salam dari blogger Indonesia :D

Post a Comment

Terima kasih atas respon..