Posts

Showing posts with the label review

Top 6: Aplikasi teruk untuk ubuntu daripada Datamation dan ShimGeek

Apa yang paling best pasal ubuntu ialah pilihan aplikasi yang banyak, daripada produktiviti pejabat seperti LibreOffice sehingga lah aplikasi yang mudah seperti gedit. Namun dalam banyak-banyak aplikasi Ubuntu ada yang prestasi jauh terkebelakang dek kerana di' abandon ', kekurangan support atau banyak lagi sebab-sebab yang lain. 1) Firefox extension manager Masalah timbul apabila firefox terlalu kerap di'update' menyebabkan berlaku compatibility isu. 2) Cheese Terdapat masih banyak bug yg terdapat dalam rilis Ubuntu 12.04 3) Istanbul Kesukaran untuk sharing ke laman web seperti youtiup. Lihat 7 aplikasi lagi di Datamation. Klik link di bawah... 3 apps pilihan Shimgeek untuk aplikasi yang paling teruk adalah: 1. caps lock indicator - Apa tujuan apps ni ada di bar untuk di klik? sedangkan di keyboard pun sudah ada. 2. unity dash - Launcher tidak mencakupi semua apps penting, tertinggal email client. Cuba taip 'email', tidak keluar apa yang d...

Alternatif Ubuntu : Pilihan korang?

Semua orang pasti ada feberet memasing kan, dalam memilih distro linux? Berikut dinyatakan feberet bagi Datamation, Softpedia dan aku... Datamation Linux mint Peppermint os Pear Os Softpedia Xubuntu Kubuntu Linux mint Sabayon Lubuntu Shimgeek Bodhi Linux Puppy Linux SliTaz Avlinux Uber student Pilihan korang yang mana? lontarkan dalam komen...berdasarkan apa korang pilih sesuatu distro tu...kalau bagi shimgeek, ia adalah berdasarkan simple, boleh integrate dengan semua distro, tak makan saiz yang besar sebab boleh sumbat bebanyak distro...paling banyak shimgeek trial n error adalah sebanyak 6 distro dalam satu komputer...buat pengetahuan korang aku ni distro hopper sama macam Abg Deen Sokmo ...lama x dengar cerita Deen, apa cer?... sumber : http://www.datamation.com/open-source/three-top-ubuntu-alternatives-2.html http://news.softpedia.com/news/Top-5-Ubuntu-Alternatives-215953.shtml

Left 4 Dead 2 lebih laju di Linux berbanding Windows :Valve

Image
Pada peringkat permulaan Valve versi pemula cuma pada 6 FPS(frame per saat) meningkat kepada 315 FPS, lebih laju pada versi windows iaitu 270.6 FPS tetapi setelah digodek2 OpenGL oleh pasukan valve, mereka berjaya meningkatkan kepada 303.4 FPS . Pasukan pengodek Valve meningkatkan prestasi Left4Dead dengan: Modifikasi dengan kernel Modifikasi dengan OpenGL Optimumkan grafik driver Berikut merupakan spek : Hardware Intel Core i7 3930k NVIDIA GeForce GTX 680 32 GB RAM Software Windows 7 Service Pack 1 64-bit Left 4 Dead 2 Ubuntu 12.04 32-bit   sumber: http://blogs.valvesoftware.com/linux/faster-zombies/

Pay What You Want( Bayar berapa yang anda suka) untuk Humble-indie-bundle 5

Image
Humble-indie-bundle 5 di masukkan ke dalam Ubuntu Software Centre Berita baik untuk gamers Ubuntu di luar sana, Humble-indie-bundle 5 adalah merupakan koleksi games untuk pelbagai platform OS(windows, Linux dan Macintosh), bebas DRM dan dicipta oleh pembangun indie. Yang menariknya ialah disamping kita membeli game ini, kita membantu menyumbang kepada badan amal kebajikan Child's Play(memberi game percuma kepada kanak-kanak sakit) dan Electronic Frontier Foundation(mempertahankan hak dalam dunia digital) Dan yang paling best adalah kita boleh tentukan sendiri berapa yang kita nak bayar kepada developers, charity dan humble-indie-bundle organizers. Game yang boleh didapati di dalam Humble-indie-bundle 5 adalah Limbo (ada preview kat bawah), Psychonauts, Sword and Sworcery dan banyak lagi. Cuma satu kekurangan yang dirasakan oleh ShimG adalah Humble-indie-bundle 5 bukanlah dalam kategori open source game. Namun berita baiknya : ia akan membantu indie game developer, ...

Lupakan PowerPoint : Perkenalkan Impress!ve

Image
Impress!ve : Gunakan ia untuk 'WOW'kan orang lain Impress!ve merupakan satu aplikasi untuk mempersembahkan slaid dengan lebih stylo. Menggunakan hanya format PDF yang selalu digunakan. Mulakan  Impress!ve dengan comand line(hanya dalam linux), Arahan biasa  Next : arrow bawah atau LeftMouse Prev : arrow atas atau RightMouse Spotlight : Enter adjust besar spotlight dengan butang + / - atau middle mouse button Highlight box : drag LM Overview : Tab dan klik LM utk pergi terus ke slaid Quit : Q atau Esc Sumber :  http://impressive.sourceforge.net/

(Review) IBM Lotus Symphony

Image
Sekiranya anda beranggapan OpenOffice adalah satu satunya alternatif bagi Microsoft Office, fikirkan sekali lagi. Sebenarnya, masih terdapat banyak perisian percuma untuk produktiviti pejabat di dunia Linux. Salah satunya adalah IBM Lotus Symphony. Pengenalan IBM Lotus Symphony adalah perisian yang dibangunkan oleh IBM China Development Laboratory, Beijing. Pada tahun 2010, IBM Lotus Symphony memiliki 12 juta pengguna seluruh dunia. Perisian ini adalah percuma, namun anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum muat turun. Versi 1.0 dirilis pada May 2008, dan versi terbaharu adalah 3.0 (September 2010). Ia dibangunkan untuk Windows (.exe), Linux Ubuntu (.deb) dan Mac Ia mengandungi 3 program paling umum iaitu untuk tugasan menaip (word), pengiraan data (spreadsheet) dan persembahan (slideshow). Secara umumnya, ia masih ketinggalan dengan OpenOffice dari segi fungsi, namun dari aspek antaramuka, IBM Lotus Symphony adalah antara perisian yang terbaik pernah dihasilkan. Antaramuka Antaram...

[Review bervideo] Mencuba Unity - Ubuntu Netbook Edition dalam komputer laptop

Image
Ubuntu mempunyai banyak edisi yang dibangunkan untuk memberi fokus tertentu kepada senibina dan teknologi perkakasan sesebuah komputer. Kerencaman versi ubuntu ini sebenarnya memberikan pengguna lebih ruang untuk memilih versi yang mereka sukai, sesuai dengan keupayaan, senibina komputer, dan citarasa pengguna yang pelbagai. Antara versi ubuntu yang terbaru ialah Ubuntu Netbook Edition dengan antaramuka Unity yang baru diperkenalkan oleh Mark Shuttleworth pada UDS (Ubuntu Developer Summit) sekitar Mei lalu. Sepertimana namanya, Ubuntu Netbook Edition memfokuskan kepada komputer berbentuk Netbook yang mempunyai keupayaan sederhana dan saiz serta resolusi skrin yang kecil. Oleh kerana saya tidak mempunyai Netbook, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba Ubuntu Netbook Edition dalam laptop Macbook versi 3,1 - Santa Rosa. Bagaimanakah prestasi Unity dalam laptop biasa? Memasang Unity. Dalam laptop yang sama, saya telah memasang Ubuntu Maverick Beta (Upgrade daripada Lucid) dan revi...

Tengok movie dalam terminal ubuntu

Jangan tak percaya pula, takkan saya nak berbohong. Terminal bukan hanya terhad kepada power user sahaja. Ia juga adalah sebagai saluran multimedia bagi end-user. Saya dah buktikan melalui artikel terdahulu. Menghantar E-mel dari terminal.[http://melayubuntu.blogspot.com/2010/06/hantar-e-mel-cara-linux.html] Ada banyak lagi potensi terminal ni. Macam dengar lagu, buat editing gambar pakai terminal, men game dalam terminal dan banyak lagi. Dalam artikel lainlah saya cerita nanti. Tunggu... Kali ini saya hendak tunjukkan bahawa command line taklah se'dull' yang disangka. Ini adalah video yang saya record daripada laptop saya. Jika, anda peminat Starwars, anda mesti cuba ni. Command yang digunakan adalah telnet towel.blinkenlights.nl pastu anda relaks dan nikmati filem star wars 4. video ni dalam 2 minit. Sempena bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan tingkatkan ibadah pada bulan ini. Banyak-banyakkan lah memberi pada bulan ini sebab kata orang putih ...

Memasang Ubuntu Control Center 0.5 dalam Lucid Lynx

Image
Ubuntu Control Center merupakan satu utility pengurusan sistem ubuntu yang diinspirasikan oleh Mandriva Control Center. Sebenarnya agak sukar untuk saya huraikan dalam bentuk tatabahasa apakah yang berbeza antaraUbuntu Control Center,  Ubuntu Tweak mahupun Ailurus . Masing masing manawarkan sistem pengurusan sistem ubuntu yang intuitif, mudah menggunakan interface yang senang untuk difahami. Pemasangan dalam Ubuntu Muatturun fail DEB dari laman muatturun Ubuntu Control Center . Saya nasihatkan anda memuatturun dan memasang pakej dependencies iaitu Font-Manager dan Jstest-GTK terlebih dahulu (dari page yang sama dengan diatas). Kemudian barulah dipasang Ubuntu Control Center. Antara yang menarik Saya tertarik dengan fungsi Retrieve PPA GPG Keys. Fungsi ini mampu mengaplikasikan PPA GPG Key kepada yang sepatutnya sekiranya anda menambah PPA ke dalam ubuntu secara manual (edit sources.list) Saya juga tertarik dengan satu butang upgrade ke latest development release. Oleh ker...

Awek aku dah guna ubuntu. Awek korang bile lagi?

Siap bagi video review lagi. =]

Pelayar web pilihan kalbuku dan mengapa

Image
Apakah pelayar web yang anda gunakan untuk membuka entry ini? Firefox? Google Chrome? Opera? Safari? Atau mungkinkah anda masih menggunakan Internet Explorer? Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan Ubuntu Maverick Meerkat 10.10 versi Netbook bakal menukar pelayar web dari Firefox kepada Chromium (versi open source bagi Google Chrome).  Ini disebabkan kerana Firefox mempunyai beberapa kelemahan jika dibandingkan dengan Chromium dan antaranya ialah penggunaan memori yang besar, dan penggunaan skrin berlebihan oleh firefox menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pengguna. Pengguna komputer seperti saya sememangnya menyedari hakikat ini sejak dari dulu lagi tetapi dulu kita tidak mempunyai banyak pilihan. Apabila chromium digunakan oleh google untuk membangunkan Google Chrome, ia segera mendapat perhatian ramai dan mendapat populariti yang tinggi. Dan disitulah pertama kali saya membuat keputusan mengucapkan さよなら(sayonara) kepada firefox. Ya! Firefox bukan lagi pelayar web uta...

Ubuntu LTS 10.04, Lucid Lynx : Imbasan Kesempurnaan

Image
29 April 2010, sepertimana dijanjikan dan diketahui ramai, Pembangun Ubuntu telah menerbitkan versi terbaru sistem operasi berasaskan linux iaitu Ubuntu memakai nombor versi 10.04 dan dikenali dengan kod nama Lucid Lynx dilepas secara rasmi, bebas untuk dimuatturun, ditempah, digunakan, dikongsi, dan disebarkan. Saya secara peribadi telah menggunakan versi baru ini sejak versi beta yang diterbitkan kira-kira sebulan yang lepas dan ketika ini sedang menggunakan ubuntu yang diupgrade ke lucid daripada karmic. Jika saya diberi peluang untuk memberikan sekadar sedikit komen untuk mengambarkan ubuntu terbaru ini, saya dengan senang hati ingin menjawab, ianya imbasan kesempurnaan! Lucid memperkenalkan integrasi sepenuhnya kepada sosial media dengan pengenalan Me Menu dan Broadcast bersama Gwibber. Lucid memperkenalkan brand baru ubuntu, pengubahsuaian tema yang drastik, boot experience menggunakan plymouth, dan paling penting keserasian sistem operasi dalam mana-mana komputer. Saya tida...

Gloobus Preview (QuickLook) dalam Karmic Koala.

Image
Saya telah review aplikasi ini dalam entry lepas . Ada 2 perbezaan antara review kali ini dan yang sebelumnya iaitu Kali ini saya telah mencubanya sendiri dan review adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri Kali ini, kita menggunakan karmic koala! Gloobus Preview versi 0.4.1 telah terbit dan antara fungsi terbarunya ialah menyokong karmic koala. Untuk memasang Gloobus Preview 0.4.1 ini, anda perlu memasukkan PPA nya dari launchpad atau memasukkan PPA berikut ke software sources anda; deb http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main deb-src http://ppa.launchpad.net/tualatrix/gloobus/ubuntu karmic main Pertama sekali, saya sukakan kepantasan dan saya percaya ramai pembaca melayubuntu juga berkongsi kesukaan yang sama. Gloobus Preview adalah sangat pantas untuk tujuan preview fail yang ingin dibuka. Ianya menyokong pelbagai bentuk fail seperti imej (jpg, png, gif...), dokumen (odt, doc, ppt, xls..), audio (mp3, mp4,wma..), video (avi, wmv..) dan sebagain...

Melancongi Karmic Koala - 9.10

Image
5 tahun dan selama itulah pengguna ubuntu terpaksa menunggu untuk pembangun ubuntu mengubah tema asas (default) nya. 5 tahun dan berselang beberapa hari lagi impian itu akan tercapai dengan terbitnya Ubuntu Karmic Koala memakai nombor versi 9.10. Ini saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia ubuntu, namun apa yang menanti bukan sekadar perubahan tema semata-mata. Saya mencuba Karmic Koala sejak versi alpha (tahap pembangunan) lagi dan saya dapat pastikan bahawa versi kali ini mungkin antara versi terbaik pernah pembangun ubuntu keluarkan. imej terkini desktop karmic koala zulmalc Perubahan dalam Karmic Koala

GNOME Tiga.Kosong

Image
Semalam, liferea saya dipenuhi oleh kemaskini dari Planet GNOME tentang apa yang dipanggil versi GNOME 3.0. Pembangun persekitaran desktop GNOME mula bersedia memikirkan konsep dan visi yang ingin dicapai oleh versi 3.0 bagi GNOME atau juga versi 2.30. Oleh kerana 18 hb lalu GNOME 2.26 telahpun dilepaskan, 6 bulan kemudiannya iaitu September ini GNOME 2.28 pula akan menyusul, maka logiknya GNOME 2.30 atau GNOME 3.0 akan menemui pengguna pada sekitar bulan Mac 2010. Yup! Ianya setahun dari sekarang! Lalu apakah yang mereka (pembangun GNOME) rancang untuk GNOME 3.0? Ada tiga kekungci asas iaitu; Penambahbaikan (keterampilan) pengalaman pengguna Memperkemaskan platform Promosi GNOME Dari segi penambahbaikan pengalaman pengguna, saya tertarik kepada idea GNOME Shell yang mengubah terus kewujudan panel dan pengurus tetingkap. Ia mengubah terus cara lama pengguna memulakan satu aktiviti, beralih dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dan cara menguruskan aktiviti pada desktop. GNOME ...

Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.

Image
klik untuk zoom fullsize. 1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE. Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable! Glossy. Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak seles...

Gnome Do 0.8 alpha : Do + Dock = Hebat!

Image
Do + Dock Apa yang lagi hebat jika dock tiba-tiba bertukar kepada satu launcher yang hanya memerlukan anda menaip nama aplikasi, atau mencari fail, melancarkan laman web, atau membuka tetingkap pidgin untuk menghantar mesej kepada rakan anda? Tekan ENTER dan tiba-tiba pula do launcher anda tadi bertukar kepada dock yang mendiami bahagian bawah skrin anda seperti dock dalam mac osx. Ianya bukan lagi idea apabila ciri-ciri ini sudahpun di implementasikan dalam Gnome Do 0.8 alpha release dan sedia untuk dicuba jika anda benar-benar berminat mencubanya. Berminat? Install dengan cara berikut; 1.Tambahkan repo berikut; deb http://ppa.launchpad.net/do-testers/ubuntu intrepid main deb-src http://ppa.launchpad.net/do-testers/ubuntu intrepid main 2.Update 3.Install Gnome Do atau Update! Untuk menggunakan fungsi diatas, anda perlu setkan preferences kepada Docky pada preferences seperti berikut; Enjoy! Via - Laman ini.

Rekod video desktop anda dengan ScreenToaster

12 Jam yang lalu saya ada menerima email pemberitahuan tentang pembukaan kepada umum website ScreenToaster ― menawarkan fungsi membuat screencasting pada desktop anda. Apa yang hebat berkenaan website ini dan fungsi yang ditawarkan ialah, anda boleh rekod video desktop anda tanpa perlu memasang apa-apa perisian dan ianya menyokong sistem operasi windows, mac osx dan linux . Anda mungkin terkejut tetapi ianya satu kebenaran. Screencasts and videos online Anda boleh register akaun anda secara percuma dan mula merekod dan berkongsi video desktop anda hari ini. Ini mungkin sangat-sangat membantu bloggers yang ingin membuat tutorial tertentu atau ingin berkongsi paparan video desktop anda dengan rakan-rakan. Enjoy!

Lajukan komputer anda dengan Enlightenment

Image
e17 Ada sesuatu yang menarik perhatian ketika saya bertemu dengan otai-otai di FOSS.MY'08 tahun lepas. Ianya ialah Enlightenment ― perisian window manager yang serba ringan dan ringkas. Ketika ini saya agak keliru antara window manager dan desktop environment. Lalu saya mencarinya di Wikipedia dan jawapan yang saya perolehi adalah seperti berikut; A window manager is computer software that controls the placement and appearance of windows within a windowing system in a graphical user interface. Most window managers are designed to help provide a desktop environment. They work in conjunction with the underlying windowing system which provides required functionality such as support for graphics hardware, pointing devices, and a keyboard, and are often written and created using a widget toolkit. Jika GNOME dan KDE terlalu berat untuk komputer anda, selain dari XFCE dan OpenBox, Enlightenment adalah sesuatu yang berbaloi dicuba. Versi stabil bagi Enlightenment ketika ini ialah v0.16 (...

Incollector : Uruskan maklumat dalam ubuntu dan windows

Image
Jika dahulu, maklumat dan nota dicatatkan dalam buku nota atau buku catatan. Sehinggalah komputer dicipta dan cukup murah untuk dimiliki oleh setiap orang, dan kemunculan teknologi internet menjadikan maklumat semakin mudah diperolehi dari laman web. Saya ingin bertanya secara peribadi, bagaimana anda menguruskan kesemua maklumat yang anda perolehi? Adakah anda hanya gunakan maklumat tersebut ketika inginkannya kemudian melupakannya apabila ia tidak diperlukan lagi? Jika itu sikap anda selama ini, anda masih ditakuk lama! Takuk seterusnya yang sepatutnya anda berada ialah menggunakan perisian pengurusan maklumat yang cekap. Oleh kerana otak anda "sucks" untuk mengingati maklumat dengan tepat, saya perkenal Incollector kepada anda. Ianya satu perisian yang mudah digunakan untuk anda mengumpulkan nota, perbualan, quote, serial number, source code, alamat web dan maksud perkataan. Kesemua maklumat itu pula diuruskan menggunakan tag untuk memudahkan anda mencarinya kembali dan j...