Saturday, January 31, 2009

Review KDE 4.2 dari seorang pengguna GNOME - Big is Beautiful.


klik untuk zoom fullsize.
1st impression saya tentang KDE 4.2 mungkin anda sudah baca dalam entri yang lepas. Ianya sesuatu yang menarik untuk "memaksa" diri sendiri menyukai sesuatu yang pada asalnya anda tidak suka. Saya menyahut cabaran yang melibatkan kekangan mind-set ini dengan harapan untuk mencari jawapan disebalik persoalan - mengapa peminat GNOME tidak menyukai KDE.

Icon yang terlalu besar (king size), toolbar yang sememangnya lebar, dan ditambah pula dengan font yang "bapak besau" dan fat-button menjadikan interface KDE seakan-akan keanak-anakan atau juga interface untuk orang-orang rabun. Oleh kerana KDE adalah DE Open Source yang difahami meletakkan kebebasan (freedom) sebagai asas pembangunannya, kebarangkalian untuk semua itu diperbaiki tetap ada secara teorinya. Dengan kata lain, ianya customizable!

Glossy.

Saya bukan peminat glossy. Efek glossy pada KDE ialah pada panel dan dashboard. Anda boleh aplikasikan theme yang lain jika mata anda tidak selesa dengan glossy.


Tetingkap appearance settings untuk menukar theme.

Icon besar?

Ketinggian panel boleh diubah mengikut keselesaan anda sekaligus akan mengubah saiz icon padanya. (NOTE : Icon dalam KDE menggunakan format SVG - scalable vector graphic, tidak seperti gnome yang masih menggunakan format PNG). Oleh kerana KDE menggunakan icon berformat SVG, icon yang anda resize tidak akan menampakkan pixel tidak seperti icon berformat PNG. Begitu juga icon yang besar dalam paparan windows manager dolphin. Saya kira dolphin cukup mudah digunakan dengan pelbagai fungsi seperti tab, split, preview dan sebagainya.

Font Besar?

Saya mendapati KDE 4.2 menggunakan font Dejavu sans secara default dengan saiz normalnya 9. Saya telah menukarkan saiz tersebut kepada 8 dan menggunakan font droid sans dan mendapati ianya selesa dengan mata saya. Saya masih lagi mencari bagaimana caranya untuk melembutkan paparan font dalam KDE.


Perhatikan jenis font dan saiznya yang telah ditukar. Sidebar dolphin juga telah dicustomize.

Integrasi dengan Compiz?

UPDATE : KDE tidak menggunakan Compiz. Ianya menggunakan KWin untuk menjana effect desktop. [Thanks to apz]
Apa yang bermain dalam fikiran saya pertama kali menggunakan KDE ialah, bagaimanakah untuk menaktifkan compiz fusion? Persoalan lagi besar yang melanda ialah, adakah saya perlu "belajar" kesemuanya ini sekali lagi? Dengan sumber rujukan yang terhad dan kepantasan internet yang juga terhad, jalan altenatifnya ialah try & error. Agak berisiko tetapi baik untuk kesihatan batin (=P).

Dalam KDE anda boleh aktifkan efek compiz yang sebenarnya telah diintegrasi dalam KDE dengan membuka System Settings > Desktop > Desktop Effect.



Window Preview.

Yup, jika anda pengguna vista mungkin ianya tidak begitu asing. KDE telah integrasikan windows preview secara default tanpa memerlukan compiz (kot).


Widgets.

Widgets sememangnya kepakaran KDE sejak versi 4 diperkenalkan. KDE mengadakan fungsi itu secara default dan boleh ditambah dan dikurang mengikut keselsaan pengguna. Selain itu, anda juga boleh memusingkan (rotate) widgets yang anda aktifkan untuk menjadikan desktop anda lebih menarik. Saya perasan yang saya terpaksa minimize semua tetingkap untuk membolehkan saya melihat widget. KDE 4.2 mempunyai fungsi show plasma dashboard seakan-akan mac osx yang akan menunjukkan widgets diatas tetingkap lain yang sedang terbuka. Cool.


Integrasi dengan GNOME.

Saya memasang KDE 4.2 dalam ubuntu 8.10 standard menggunakan repo Kubuntu. Persoalannya, adakah saya mampu menggunakan perisian yang diperuntukkan untuk GNOME seperti Firefox, Gnome Do, Ubuntu Tweak, dan seumpamanya? Jawapanya, BOLEH! Untuk interface yang lebih serasi antara KDE dan GNOME saya nasihatkan anda memasang package GTK Style untuk KDE (tak ingat nama package berkenaan - gtk-qt-blabla rasanya). Untuk Firefox pula, anda boleh memasang theme integrasi dengan KDE yang boleh didownload disini.



Untuk memasang KDE 4.2 dalam ubuntu biasa, sila ikuti tutorial disini : http://www.kubuntu.org/news/kde-4.2

Pada login session, pilih session > KDE dan login dengan akaun anda seperti biasa. Enjoy!

6 comments:

  1. 1st to comment

    1. glossy (sebab utama aku tak ke vista dari XP dan tidak juga ke 7 dari XP kerana aku tak minat glossy) pesal diorang tak buat review guna theme classic.. buat peminat plain ni :)) tapi sayang dah terlambat.. aku sekarang berada di Ubuntu gnome + KDE.. tapi macam kasar la aku rasa KDE ni.. kalau ko tahu nak lembutkan dia roger la aku

    2. icon ngan tulisan besar.. aku dah try settiing dan ok la.. tapi aku still biasa nak guna gnome lagi la. tak tahu la kenapa. (dengar kata linus dah tukar dari KDE ke gnome balik) tapi aku bukan linus

    3. dengan compiz tak de masalah. aku dah try masa beta hari tu.. dan yang latest ni pun tak de masalah

    4. windows preview, aku yang kat gnome pun tak guna sangat.. aku matikan fungsi ni.. dan dalam KDE pun tak nampak kenapa aku kene ada benda ni.. sebab tak banyak tab aku bukak :)

    5. widget.. hahah banyak tol.. dan google widget pun boleh.. dan widget sekarang boleh buat guna ruby :)

    6. integration - wow.. ni yang aku tunggu.. sebab bagi aku firefox dia uduh la.. tak mesra macam dalam gnome..

    ReplyDelete
  2. KDE tidak menggunakan compiz untuk desktop effect, semuanya terbina di dalam KWin

    ReplyDelete
  3. @Syafia : KDE kasar? hehe..dia punye butang2 mmg besar sket.pastu border dia 2 akan kasar jgk la..wakakka

    @apz : yg ni aku xpaham...KWin menatang apapun aku xsmpat nk check..thanks 4 the info..

    ReplyDelete
  4. 1.Kwin tu default effect KDE..
    tp nak install compiz pon bole..
    tp nk apt-get compiz dlu baru apt-get install compizconfig-settings-manager..
    nasihat aku pkai je KWin..lagi ringan..

    2. kurang gemar laa gne dolphin..ade cara nk gne naulitus kat KDE tak?? tnye jee..

    3. aku pn sekaki ngan ko laa zul..tk ske KDE..psl aku da tk leh nk setting ape2..dh lawa..huhu

    lagi satu, ko buat KDE 4.2 tu da mcm 3.5 daa..
    hehehe ;P

    ReplyDelete
  5. aku guna KDE dgn Kubuntu - bg aku x lawa psl Kubuntu mmg slalu ambik sebijik dari KDE asal. Tak tmbh fungsi mesra pengguna.

    dgn OpenSuse - dia adjust KDE jd bentuk yg menarik. warna dan tema sesuai. Tulisan x beso2 sgt. Tp opensuse ni tak mesra pengguna. contoh kalu kita pakai driver yg propietary. ubuntu akan kluar msj ks tau suh donlod.

    opensuse takde. pastu dia punya menu tu byk sgt. maksud aku lbh 3 klik baru dpt menu nak. tu pun sikit2 kena masuk passwd. naik muak aku.

    ReplyDelete
  6. 1. KWin tu nama bagi window manager yang digunakan oleh KDE, dalam GNOME tidak silap guna Metacity. Compiz juga adalah window manager. So pada aku lebih baik guna KWin yg memang sedia dibangun utk KDE.
    http://en.wikipedia.org/wiki/KWin
    http://en.wikipedia.org/wiki/X_window_manager
    http://techbase.kde.org/Projects/KWin/4.0-release-notes#Why_not_Compiz.3F

    2. sudo apt-get install nautilus

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...