Sunday, January 04, 2009

Palestin : Lipatan sejarahnya yang terus berlipat



Sejak munculnya fahaman nasionalisme (fahaman kebangsaan), islam, ajaran dan ummatnya terheret ke dalam satu ruang "kepelbagaian ideologi" yang kemudiannya menjadi racun yang paling berbisa bagi membunuh ketulenan ajarannya.Nasionalisme yang lahir di antara manusia yang dijajah dan colonialist, dilihat sebagai satu ideologi baru dan bertindak sebagai savior kepada sesuatu bangsa yang dijajah.

Sejarah dalam lipatannya yang tersendiri mencatatkan, perjuangan menuntut kemerdekaan oleh kebanyakkan bangsa di dunia adalah berpaksikan kepada semangat nasionalisme.Bangsa red indian di amerika, bangsa kulit hitam di afrika, bangsa melayu di malaysia, masing-masing ada cerita yang tersendiri di sebalik perjuangan nasionalisme mereka.

Tinggalkan bab nasionalisme, dan marilah kita merenung sejenak apa yang sedang terjadi kepada manusia di zaman ini dalam mencari titik penyatuan.Ternyata manusia terkial-kial dalam mencari formula yang paling sesuai untuk disatukan semua manusia diatasnya. Ada kalanya manusia bersatu diatas kesamaan bangsa, ada kalanya mereka bersatu atas kesamaan sempadan geografi, ada kalanya mereka bersatu atas kesamaan level ekonomi.Namun zaman yang berubah membuktikan bahawa, asas penyatuan yang dicipta sendiri oleh akal itu ternyata gagal dalam menyatukan manusia, apalagi untuk mewujudkan satu suasana harmoni di planet ini.

Bangsa yang kerdil ditindas dan dihina, negara yang kerdil diperbudakkan, negara yang miskin terus dengan kemiskinan, negara yang kuat sesuka hati menjajah dalam bentuk baru(new colonialism).Ternyata ketamadunan manusia tidak berkadar terus dengan keharmonian dunia.Awal millennium ke-2 menyaksikan satu lagi bukti kegagalan asas penyatuan yang diilhamkan oleh akal.Ternyata negara yang kuat(US) mengunakan segala kekuatan yang ada untuk memusnahkan negara yang lemah(Afghanistan).

Bagi saya, kegagalan dunia untuk mewujudkan keharmonian antara negara-negara ialah kerana terdapat "special case" yang dilihat dengan sebelah mata, tidak dihiraukan dan ditidakmengapakan.Ia ialah isu palestin-israel!

Terlalu sukar untuk difahami mengapa isu palestin-israel ini berpanjangan dengan begitu lama.Kemana perginya United Nation(PBB)?Jika seluruh kekuatan dan pengaruh dunia ditumpukan untuk menyelesaikan pertikaian ini, insyaallah ia akan dapat diselesaikan dengan mudah!Tetapi seluruh dunia diam, dan terus menganggap ianya special case yang tidak mengapa jika dibiarkan pun.

Mind-set dunia yang menganggap isu palestin-israel sebagai special case ternyata telah menjangkiti isu-isu ummat islam yang lain umpamanya isu penghapusan etnik di bumi Bosnia.Agak tidak keterlaluan jika saya katakan, dunia telah berfikiran "jika orang islam yang ditindas, ianya ialah special case"!



Dimana silap kita?

Pantun melayu ada menyebut;
Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasih orang,
Entahkan sudi entahkan tidak.
Ingin saya berbalik kepada nasionalisme, kesan racunnya ialah, ummat islam menjadi lupa kepada ajaran islam yang tulen yang mengajak manusia bersatu diatas kalimah lailahaillallah.

Apabila lipatan sirah dibuka kembali, pernah disuatu ketika apabila bapa saudara Rasulullah, Abu Talib datang kepada Rasulullah memberitahu bahawa dakwah baginda telah memutuskan ikatan kekeluargaan dan memecahbelahkan bangsa arab, lalu Rasulullah berkata, wahai bapa saudaraku, pergilah kepada Abu Jahal dan mintalah kepadanya satu formula yang boleh menyatukan seluruh ummat manusia.Lalu Abu Talib pergi menemui Abu Jahal dan Abu Jahal berkata, bukan sahaja satu formula, bahkan 10 formula dia boleh bagi.Apabila disampaikan kepada Rasulullah, baginda menggelengkan kepala lalu bersabda, "tidak!yang boleh menyatukan seluruh manusia(arab atau bukan arab) ialah kalimah lailahaillallah."

Kesan perjuangan kemerdekaan diatas nama bangsa telah menjarakkan muslim berbangsa palestin dan muslim berbangsa melayu.Kesan penyatuan diatas sempadan geografi menjarakkan muslim malaysian dan muslim palestinian.Kesan penyatuan diatas level ekonomi menjarakkan negara membangun malaysia dan negara palestin!

Saya memetik satu teori nasionalisme dari wikipedia yang menyatakan
Nationalist movements are surrounded by other nationalist movements and nations, and this may colour their version of nationalism. It may focus purely on self-determination , and ignore other nations.
Kerana itulah apa jua yang terjadi di Palestin, apa jua yang terjadi di Bosnia tidak begitu menguris perasaan sesetengah dari orang islam sendiri.Simpati kita kebanyakkannya didorong oleh sifat kemanusian bukannya keagaaman dan bukannya persaudaraan.Sekiranya ketidakadilan berlaku kepada keluarga kita, sudah tentu kita adalah pembela di barisan yang paling hadapan.Sekiranya kekasih kita cuba dirogol didepan mata, sudah tentu nyawa akan kita korbankan untuk mempertahankannya.

Suasana yang sama tidak berlaku antara kita dan rakyat palestin.Kita dan mereka terlalu jauh!Ini membuktikan bahawa kita terlalu lemah dalam menghadamkan makna penyatuan diatas kalimah lailahaillallah.Dalam sedar atau tidak, kita turut menjadi sebahagian dari dunia yang terus menerus memandang palestin sebagai special case.



Apakah gunanya OIC yang hanya mampu bersidang?
Apakah rasionalnya PBB yang hanya mampu bersidang?
Apakah gunanya Liga Arab yang bisu?
Mengapakah terlalu sukar untuk dunia berubah?

Note: Petikan dari tulisan saya dalam blog yang telah lama ditinggal untuk direnung bersama. Blog ini bukan hanya untuk ubuntu. Percayalah..

10 comments:

  1. hmmm...apa yg aku leh ckp..aku nak tuliskan sini satu puisi oleh seorang paderi kristian yang ditulis pada batu kuburnya. walaupun kristian tp kita tgk apa di sebalik intipati yg ingin disampaikan.

    "Aku mahu mengubah Dunia tapi aku tak mampu
    lalu aku mahu mengubah masyarakt tapi tak terdaya
    Aku mahu mengubah keluargaku tapi tiada yang mengikut
    baru aku sedar jika aku mahu mengubah dunia, masyarakat dan keluarga maka aku perlu mengubah diriku sendiri,
    Tapi apakan daya aku sudah tua dan kini aku dikubur tak terdaya"

    jadi kesimpulannya, jika umat islam tak mau ditindas maka umat Islam perlulah mengubah diri sendiri dahulu..baru boleh ubah dunia. liga arab, hamas dan fatah pun tak mampu nak bersatu. masakan Islam mampu mengorak langkah menyatukan dunia Islam.

    Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  2. Hapuskan dasar perjuangan diatas dasar kebangsaan! tetapi berjuanglah diatas dasar islam!

    “Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan bukan dari kalngan kami yang mati atas dasar asobiah.”

    Seorang sahabat bertanya:
    “Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”

    Nabi Muhammad menjawab:
    “Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”

    (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

    Jahanam Yahudi! Jahanam Semangat Kebangsaan! Jahanam Zionis! Jahanam Amerika! Idup Islam! AllahuAkbar!

    ReplyDelete
  3. Nasionalisme ialah fahaman yang menjadikan ikatan bangsa, keturunan, bahasa atau kawasan sebagai matlamat perjuangan bagi menegakkan kepentingannya. Ia tidak mengira batas-batas keadilan menurut Islam sehingga fahaman ini menjadi falsafah politik, ekonomi dan kegiatan-kegiatan yang lain.

    Fahaman ini juga lahir daripada fahaman memisahkan agama dengan dunia. Agama tidak dijadikan dasar dan panduan dalam kepentingan ekonomi, politik dan lain-lain tetapi ia lebih cenderung pada semangat kebangsaan. Fahaman ini menjadi ukuran dalam semua perkara sehingga mengatasi kepentingan akidah yang menjadi pegangan hidup.

    Pada masa dahulu, fahaman ini lebih dikenali sebagai asobiah (fanatik perkauman). Definisinya masih sempit iaitu perjuangan bagi kelompok kecil yang dikenali kabilah atau keluarga yang mesti dipertahankan walaupun atas dasar dan tindakan yang zalim. Definisi ini disebut dalam hadis Nabi Muhammad:

    “Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah, bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan bukan dari kalngan kami yang mati atas dasar asobiah.”

    Seorang sahabat bertanya:
    “Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”

    Nabi Muhammad menjawab:
    “Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”

    (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)

    Islam dan Nasionalisme

    Islam mengiktiraf perasaan kasih pada bangsa dan tanah airnya kerana Allah berkata kepada Nabi Muhammad dalam surah al-Syuarak ayat 214,

    “Berilah amaran kepada keluargamu yang hampir.”

    Nabi Muhammad pernah berkata pada Hari Pembukaan Kota Mekah,

    “Demi Allah, sesungguhnya engkaulah (Mekah) sebaik-baik bumi Allah, dan bumi Allah yang paling Allah kasih kepadanya. Kalaulah tidak kaumku mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak keluar.

    (Riwayat oleh at-Tirmizi)

    Walau bagaimanapun, Islam melarang kasih pada sesuatu yang melebihi daripada Allah, Nabi Muhammad dan Islam. Lebih membimbangkan apabila seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah dengan meletakkan kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan melampaui batas-batas Allah. Kerana Allah menyebut dalam surah at-Taubah, ayat 24,

    “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).”

    Allah menyebut lagi dalam surah al-Mujadalah, ayat 22,

    “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.”

    Ini adalah bukti akidah Islam mengatasi segala hubungan yang lain sama ada hubungan keluarga, keturunan dan bangsa. Al-Quran melarang Nabi Muhammad dan umat Islam memohon ampun untuk orang musyrik walaupun mereka daripada kaum keluarga. Allah menyatakan kisah Nabi Nuh yang kasihan kepada anaknya yang ditenggelami banjir tetapi Allah tidak mengizinkan beliau untuk memohon ampun kepada anaknya. Kisah nabi Ibrahim dengan ayahnya yang tidak beriman juga menunjukkan kasih sayang keluarga tidak boleh dijadikan asas bagi memohon keselamatan dunia dan akhirat sekiranya Islam tidak dijadikan teras dalam kehidupan

    ReplyDelete
  4. SubahAllah
    Semoga ALLAH mncucuri roh rakyat Palestin yang tidak bersalah itu..

    p/s:baru lps baca artikel kat mingguan m'sia..jom boikot AS!!

    ReplyDelete
  5. Orang Islam palestin,dunia arab am nya tak leh bersatu pun melayu islam MALAYSIA begitu juga................

    ReplyDelete
  6. syabas melayubuntu, namun kita termasuk saya hanya mampu bersuata tetapi apakah resolusi penamatnya? seolah-olah kita lumpuh dan pekak..

    semoga kita dipimpinNya

    ReplyDelete
  7. OOooooo I Seeeeee... !!

    ReplyDelete
  8. Moga Palestin jatuh ke tangan Islam semula. Allahuakhbar.

    ReplyDelete
  9. Allhamdulillah seperti yang saya sangkakan ..penulis blog ni memang ada tujuan tertentu iaitu mengubah sistem yang digunakan oleh rakyat Malaysia kalau tak silap.Saya tidak berapa yakin maklumat negara dalam keadaan yang selamat jika masih bergantung menggunakan os daripada orng yahudi..Malang nya banyak programmer malaysia menghabiskan masa belajar sistem mereka.Sistem kira-kira,banci,dan banyak lagi termasuk lah sistem online.Ia nya membantu mereka mudah untuk dapat maklumat negara.lebih lagi sektor kerajaan masih lagi pkai sistem mereka.

    ReplyDelete
  10. mungkin laman web ini membantu...
    theunjustmedia.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...