Fasa Ke2 Perkembangan Ubuntu : Adakah Kita Perlukan Buku Panduan Ubuntu?
Setakat yang saya tahu, masih belum terdapat sebuah buku (bukan ebook) panduan ubuntu yang dihasilkan sendiri oleh komuniti ubuntu malaysia (sila beritahu saya jika sudah ada). Lalu, saya ingin bertanya, jika sekiranya terdapat sebuah buku panduan ubuntu dalam bahasa malaysia, adakah anda akan mendapatkannya? Dan adakah pengguna ubuntu betul-betul perlukan sebuah buku panduan? Adakah blog sahaja sudah mencukupi? Apakah agaknya anjakkan yang bakal berlaku sekiranya komuniti mempunyai sebuah buku panduan ubuntu? Sebenarnya berbagai persoalan muncul dalam fikiran saya. Bukan senang untuk memenuhi kehendak semua orang dalam semua masa. Paling penting ialah kita perlu lakukan yang terbaik dalam semua masa. Lalu idea menghasilkan buku panduan ubuntu muncul dalam fikiran saya. Namun saya tidak akan membuat keputusan itu berseorangan. Banyak perkara perlu diambil kira dan untuk itu banyak masa perlu digunakan. Akibatnya, blog ini mungkin akan jarang dikemaskini oleh saya. Jadi, apa pilihan...