Sesuatu yang berjaya membuatkan minda saya tergamam adalah apabila beliau mengungkapkan kata-kata beliau ;
Orang melayu lebih cenderung menjadi pengguna dari penjual.Sebenarya teorinya sama. Saya pernah menulis satu artikel penting bertajuk "Sampai bila ingin menjadi End User?" satu ketika dahulu. Ramai kawan-kawan seperjuangan bersetuju dengan saya tentang isu tersebut dan saya yakin anda yang membaca artikel ini juga bersetuju.
Balik dari seminar semalam, saya secara terus terang bertanya kepada mak saya,
Mak, pernah tak mak nampak ada orang cina bawa anak ramai-ramai bawak pergi membeli di pasar malam?Mak saya menjawab spontan,
Tak pernah!Saya yakin, samada kita bincangkan isu ini dalam medan apapun - samada medan pengkomputeran atau juga medan bisnes konvensional biasa, isunya tetap sama : melayu suka mengguna dari menjual.
Chef Li menceritakan bagaimana pengalaman beliau ketika menjadi pegawai bank - orang melayu ialah bangsa ke-5 teramai menyimpan wang di bank. Bangsa teramai ialah cina diikuti dengan india dan termasuk warga asing. Namun, pergilah ke mana-mana shopping kompleks seperti Giant, Tesco, Jusco, Maidin, Mall, dan sebagainya, bangsa manakah yang memonopoli market share kepenggunaan?
Hampir RM12 billion setahun dibelanjakan oleh orang melayu HANYA semata-mata untuk mengadakan kenduri kendara dan lihatlah betapa mentaliti pengguna begitu kuat mencengkam minda bangsa melayu.
Maafkan saya, saya bukan racist dan saya bukan pejuang bangsa. Tetapi sekurang-kurangnya marilah kita sama-sama bangkit dalam bidang yang kita boleh kuasai - sedikit demi sedikit merubah mentaliti pengguna yang melekat dalam minda kita.
Maafkan saya. Sekadar lontaran idea.
Huh ngko ... kat sini sama banyak jer (Puchong) ... Hang dok ganu memang la ramai Melayu ...
ReplyDeletePecahan kaum nie puak UBN jer dok racun ... kita Malaysia sedang menuju ke arah satu kaum yang mempunyai campuran Melayu+Cina+India.
Satu penghinaan jika anda masih membuat perbandingan antara kaum. Rezki masing-masing ... siapa yang berusaha dia akan dapat
@cipodet : err..rasanya ko xpaham topik..sekian.
ReplyDeletememang dia tak paham sebab dia guna vindoz muahahahahah
ReplyDeleteini lah melayu...
ReplyDeletehnya reti mnjadi pngguna..
tkut nk jdi pncipta..
terasa malu pd dri sendri..
kalu kat KL nie mmg ada byk pasar malam khas utk org cina, mmg berduyun2 satu family
ReplyDeleteada satu persoalan lagi, 'Pernahkan tgk org cina jual burger tepi jalan?' hehe...
kenduri kendara untuk kawin ke mcmaner zul? kalo bab kawin nie, org cina lg mewah dia punya belanja..cuba bandingkan...
pdgn kawe, bab mentaliti nie org melayu lewat terima sbb ajaran dr org tua dulu yg tidak ada kesedaran bab kewangan & perniagaan nie..Allhamdulillah, lani dah ramai org sedar hasil maklumat tanpa sempadan internet...
skdr pdgn ;)
Same applies pd ubuntu/os/computing world. Kita asyik dok jd pengguna je, download, pastu install. End-user a.k.a pengguna. Cuba kita design, develop, create, cipta our own apps. Compile, create our own distro ke. Kalau tak utk jual pun, utk guna sendiri.
ReplyDelete@senok: nak tanya pulak banyak mana org melayu yang bertahan lama jual burgur kat tepi jalan tu? dan berapa ramai yang ada berusaha nak naikkan taraf hidup mereka dari pekerjaan tu? plus, siapa tak nak buat majlis kawn mewah-mewah? tujuan, nak ingat hari yang manis tu :)
ReplyDeletejangan salahkan orang tua sebab kita boleh belajar dari kesilapan mereka. itu semua atas diri sendiri. sebab melayu ni suka membeli puncanya senang je, nafsu. jiran ade barang baru je pantang membeli :D, ade jualan murah je pergi serbu. kenapa tak gunakan barangan murah tu untuk buat satu lagi lapisan perniagaan? mungkin bukan di tempat yang sama, tapi tempat yang lain? taktik ni sama je yang peniaga cina gunakan. apa barang yang unik dan murag 'terjumpa' kat Tanah Besar diorang, bawak balik Malaysia banyak2 dan jual, orang pun tengok 'wahh', tapi orang kat china dah tak heran dah. inilah namanya penjajahan perniagaan keatas orang melayu. ~sekadar pandangan dari pemerhatian dan pengalaman~
Wah... bagus2. Saya faham semua yang tekandung dalam pos tersebut. :)
ReplyDeleteDan saya juga memahami setiap komen2 di atas (kecuali no 1 sbb ayat dia gramatis sgt) dan contoh2 situasi yang dipaparkan. Takde yang salah walau sekulumit pun. Tidak sy bangkangkan mana-mana pendapat kerana semua mempunyai hujah yang bernas, cantik.
Dan pada hemat saya, semua yang membaca post ini sudah mempunyai kesedaran tersebut sebelumnya.
Selamat maju jaya. :)
mungkin kita je tak nampak tauke2 melayu ni, sebab minda kita sentiasa di set "bangsa lain selalu jadi tauke" .. ini orang panggil "jutawan dalam diam"
ReplyDeletekalau end-user oss ni plak, rasanya dah byk projek yang orang malaysia buat..cuba tengok myfreebsd. kalau tak create projek pun..at least yang contribute dalam patch/development utk linux (bukan ubuntu) ni pun lebih dari ramai ..ini orang panggil "penyumbang senyap tanpa habuan"
yang tak berapa eloknya, developer spisis orang-buat-dia-nak-buat-juga-tapi-sekerat-jalan-hilang. contoh: ketupatlinux ha ha ha
@all : thanks kat semua yg komen..so aku rasa matlamat aku tulis entri ni dah berjaya...hehe...
ReplyDeletehehe melayu normal la..suka megah2 orang..kalo kutuk bngsa sendiri melenting...uikss aku pon melayu
ReplyDeleteOrang cina dia simpan duit untuk anak dia sejak dari lahir. Bila dah besar anak tu, bayangkan berapa duit anak tu ada. Then ada la modal nak berniaga. Jadi tokeh-tokeh. Pekerja dia orang melayu la.
ReplyDeleteTidak berniat untuk racist tapi kita kena fikir melayu dah ketinggalan. Kena kerja kuat lagi
1. Melayu (tak semua) tak suka menabung. (tak caya tengok statistik pembelian saham 1Malaysia) - sinis - takkan nak harapkan pinjaman MARA je nak buat bisnes?
ReplyDelete2. Banyak komplen
3. Malu nak meniaga tepi jalan - sebab banyak kemungkaran & sikap peniaga jalanan melayu akan diketahui (well...)
kita ni kadang2..bg pendapat je boleh.melambung melangit...seumpama macam la kita ni bagus sangat..lu pikir2 la sendiri kata nabil
ReplyDeleteYups.. skeptikalnya mcm 2 la..
ReplyDeleteTapi ni ttg kesedaran..dan mcm mana nak hubungkan kesedaran kearah tindakan..
semua ni bkn overnight punya kerja..take time.
melayu lebih banyak yang suka kondem dari yang bekerja dan beri idea yang membangun
ReplyDeleteOk, baru berpeluang nak komen tulisan Zulmac ni. Aku rasa tak berapa tepat kalau nak guna hujah orang Cina tak pernah atau pun jarang bawa anak ramai-ramai ke pasar malam.
ReplyDeleteKawan aku pernah pergi ke pasar malam di Cheras. Ramai sahaja bangsa Cina yang sekeluarga ke pasar malam.
Korang semua pon sama, semua end user.. setakat install, mod, apt-get.. ceh..ckp tinggi melangit... try la developed app sendiri. +olc
ReplyDelete