Friday, August 15, 2008

PC Fair 08 Terengganu : Bendape tu?



Sejujurnya, inilah kali pertama saya pergi ke PC Fair - Percaya atau Tidak? Saya tidak tahu apa itu PC Fair atau dengan kata lain, saya tidak tahu apakah pengisian sesuatu PC Fair. Hari ini selepas solat jumaat lantas menunggu jarum jam memintas angka 3, saya merempit ke Terengganu Trade Center (TTC) tempat berlansungnya PC Fair bagi Terengganu.

Kereta berderetan menghiasi pinggiran jalan TTC. Bermotosikal menjimatkan masa mencari parking, lantas saya memilih parking "VVIP" yang masih kosong.

Dengan lagak selamba, saya masuk kedalam bangunan tempat berlangsung event tersebut. Saya kosongkan fikiran mencari sesuatu yang "eye catchy". Melepasi satu booth ke booth yang seterusnya tanpa apa-apa tanda saya akan menemui benda yang saya nak jumpa. Hinggalah saya keluar dari bangunan tersebut dan terus membeli sebotol nira nipah. Best jugak air tu. Tak sangka nipah pun ada nira. Huhu..

Saya masuk kembali kedalam bangunan dengan harapan mencari Printer All-in-one yang support paling tidak pun mac osx. Saya pun berhenti dan bertanya dengan seorang budak perempuan tengtang printer PIXMA MP 145. Saya tanya, printer ni support komputer apple ke tak?Budak perempuan tu lansung blurr sambil memanggil seorang abang "Otai". Otai tadi datang dan cakap driver bagi komputer apple boleh didownload dari internet. Hmm.. Takpelah. Sekurang-kurangnya otai tadi tak buat muka blurr. Saya bercadang nak tanya pasal linux, tetapi dengan cepat membatalkan niat tersebut. Faham-faham ajelah..

Saya meneruskan pencarian lantas terpaku kepada benda ni;



Owh. Rupanya model ni support linux 2.4 dan 2.6 termasuk mac osx. Saya tidak bercadang membeli dan mencubanya. Cuma dalam pencarian saya, produk diatas yang tertera linux pada kotaknya. Mungkin saya tidak sempat untuk "godek" produk lain tetapi rumusan kasar yang dapat saya buat ialah, microsoft windows masih sebati dalam minda masyarakat malaysia. Apabila anda membeli sesuatu peralatan komputer, penjual tersebut secara automatik membuat anggapan bahawa anda pengguna windows, walaupun anda sebenarnya pengguna ubuntu.

Perjalanan masih terlalu panjang dengan kabus dan kabut yang memenuhi jalanannya. Jangan mengalah! Itulah syaratnya.

27 comments:

  1. sebenarnya saya pon gna wlan adapter ni jg...yg plg bestnya gn benda ni klu g cucuk kat ubuntu x perlu install driver....trus blh gn

    ReplyDelete
  2. @chaz : oo yeke?? wahhh...thanks 4 the info! amat berguna utk pembaca lain..

    ReplyDelete
  3. @chaz, boleh guna untuk wireless cracking?

    pc fair nie, mengingatkan masa saya cari laptop baru tak lama dulu. Saya cakap saya nak computer kosong, untuk pasang os lain, orang pandang saya semacam.
    Malas betul..............

    ReplyDelete
  4. nak marah rakyat Malaysia pun tak guna gak melayubuntu....sekurang-kurangnya ada orang cam kita nie. Lagi pun bukan salah depa. Mungkin Linux tak berapa fokus atau meluas di Malaysia. Cam promosi pun takde sangat jadi kurang tau, melainkan yang rajin cari maklumat.

    ReplyDelete
  5. berapa harga wireless tu melayubuntu? tak berapa jelas le..teringin gak nak pakai kalu leh jalan kat linux.

    ReplyDelete
  6. @sweemeng : hehe..2la pasal.. tp biasanya linux user ni ske wat muka kerek ble berhadapan situasi cam 2...termasuk la aku...hahaha

    @pujangga ubuntu : ntah la..RM68 kot... xdela mahal sgt tu..hehe

    ReplyDelete
  7. kalau nak wireless pci card, try d-link, plug play

    ReplyDelete
  8. org2 pc fair tu xde yg pngguna ubuntu ke??

    ReplyDelete
  9. lain kali kalau nak g tu. kabo le kat aku .. boleh le buat perjumpaan blogger terengganu yang tak rasmi.. aku g belah malam hari pertama.. hek hek hek .

    ReplyDelete
  10. @xordy : oo yeke? ko pakai yg 2 ek?

    @abcz : xde kot..atau 100% xde...haha

    @adi : mane aku tau boh..hahha..aku pun g sorang2..bosang gilerr..

    ReplyDelete
  11. maaf mencelah.. mengenai device ni.. saya telah mencubanya beberapa bulan lepas pada ubuntu.. memang dibekalkan driver untuk linux pada cd driver nye.. tetapi apabila saya melakukan proses pemasangan driver, ader beberapa masalah yang berlaku samasa proses pemasangan/intall.. dan menyebabkan ia tidak dapat digunakan.. mohon cadangan juga mungkin saya tersilap...

    ReplyDelete
  12. zul . bile kita boleh buat perjumpaan skali ? . menarik nih . banyak benda boleh dibincangkan.. kedai mamak 24 jam kat maidin jadi gok hahah.

    ReplyDelete
  13. @Dark Lord : Device mana ni bro? USB wireless 2 ke?tnya chaz tuh..rasanya xyh install apa2 driver..

    @adi : yup2...bile2 masa bleh. bagi no cntact pastu leh uruskan..aku pun dlm mood bincang2 nih..haha

    ReplyDelete
  14. @abcz: ade, cuma diorang gune distro lain... aku pegi tanye kat seller yang sekor tuh, diorang cakap diorang jual laptop tanpa window vista... diorang gunaakan linux... huhuhuh..

    @melayubuntu: aku pun nak join sekaki kalau nak gi lepak kat kedai mamak mydin tuhh...

    ReplyDelete
  15. kepada semua pengguna linux kat sini, gambar wifi adaptor yang zul tunjukkan kat atas memang BOLEH TERUS PAKAI kat ubuntu 8.04 ni..tak perlu nak install2 lagi, pasang terus jalan..aku dah pakai kat laptop dan juga pc sampailah sekarang..

    Pasal PC FAIR, survey harga dulu sebelum beli dan pastikan anda tahu dengan siapa anda beli.perlu tahu alamat kedai tu sebab mudah untuk buat tukar ganti nanti.

    bagi aku yang berlokasi dekat kl, PC FAIR hanya untuk beli barang2 aksesoris sahaja sebab kalau nak beli pc atau laptop aku lebih senang berurusan di low yatt ataupun imbi..kalau nak tengok gambar2 masa last day kat KL Convention Center boleh singgah kat blog aku jap, klik kat nama aku kat atas nun (carik kat label pc fair 2008).

    p/s zul - kat sini harge wifi tu boleh dapat rm45 (abg ipar aku beli) dan paling mahal rm55 (model sebijik cam tu).

    ReplyDelete
  16. @syah : nnti aku roger bro..hahah

    @rizq : owh..cam 2 ek.. murah plak kat tmpat ko ek? cmne leh jd camtuh. sib baik aku xbli.

    ReplyDelete
  17. murah? memang pun.kalau ko datang sini melambak2 kedai komp..MACAM2 ADA.

    pasal harge murah - tentulah sebab persaingan - lagi ramai orang jual lagi murah jadiknyer.

    amik contoh telco kite yg ade skrg - digi, celcom, maxis, umobile - tupun dah berlumbe2 turun harge, bygkan kalu ade lagi 10 telco, maunye sms free (kat negara luar sms dah free pun).

    lagi satu yg perlu diambil PERHATIAN, kadang2 ade kedai jual murah gile berbanding kedai lain untuk barang yg sama.antara sebab2nya:
    1. barang 2nd
    2. import taiwan, yg lain mungkin dari negara asal
    3. stok lama
    4. dia beli banyak berguni2
    5. lokasi kedai. contoh cam kedai kat imbi plaza tingkat paling bawah jual murah berbanding tingkat lain, sewa kedai murah kot.
    6. kedai yg banyak cawangan akan jual lebih murah.
    7. pelanggan tetap. yg ni aku tak nafikan memang akan dapat harge baiiiiikkkk punyerrrrrrrrr..

    ReplyDelete
  18. rizq, kat low yatt tu ko selalu beli kat mana? sri komputer ke?

    ReplyDelete
  19. @Dark Lord: pastikan ndiwrapper telah di install, tp rasanya mmg dah ada scr default.x pon cb cek kat networ monitor.ubah lo kpd eth01

    ReplyDelete
  20. Assamualaikum dan salam sejastera.

    Kita sebenarnya adalah satu bangsa ynag cukup sinonim dengan konsep gunalah apa yang ada atau bersyukurlah setakat mana kita perolihi. Kalau kita atau ada yang cuba maju sedikit, lebih ramai buat perangai tunggu dan lihat. Kalau gagal kita gagal, kita akan kutuk atau kita berjaya, diserahnya bulat2 kerja untuk kita buat. Ataupun kalau dibelakang mesti kita dilabel sebagai manusia yang "balagak pandai". Itu lah ralitinya.

    Sebenarnya saya pernah mempromosikan ubuntu atau edubuntu kat kekawan hebatnya os ini. Apa jawapan diperolehi?

    1. Sebelum ko sebut pasal linux, kawan aku dah guna. Tak ada istimewanya pun.

    2. Bleh ker linux buat kejer cam windows? Tak cayer aku...

    3. Ko ni sibuk2 citer pasal linux la, windows la, apple la.... Ko dulu study sains computer kat university aner? Kalu setakat sijil komputer beli tak 'yah nak sembang, Wat malu kat orang jer.

    4. Ko sibuk2 promosi ubuntu ning, ko dapat komesen ker? Kalu dapat cd free tu, tak yah lah. Kat umah pun banyak. Nak berapa?

    5. Tak yah lah nak buat perubahan dasar tempat kerjer kita. Dah di install windows, guna jer ler. Buat aper nak sesak kapla ko tu nak mikir perkara bukan2. Baik fikir perkara lain, lagi bagus.

    So fikir la sendiri.....

    ReplyDelete
  21. Bila ubuntu nganu nak perjumpaan. Aku nak join gak!

    ReplyDelete
  22. @anonymous : mentaliti 2 la yg nak diubah...mungkin ssh, tp klu xcuba mana tau akan berjaya atau x...hehe

    @anonymous : bro...org ganu gak ker? jom minum2...hehe

    ReplyDelete
  23. Assamualaikum

    Melayubuntu, kamu ning org nganu ker? kalu yea, apakata kita buat satu perjumpaan dengan pengguna ubuntu pantai timur khususnya di negeri terengganu.

    ReplyDelete
  24. @ayem36 : wslm...yup org ganu....bro org ganu gak ker? cntact aku dn bg no phone...jom minum2 air gelas besar..haha

    ReplyDelete
  25. @ayem36: AKU SETUJU!!!

    ReplyDelete
  26. Nak join ubuntu ganu,bila nak dot...dot

    ReplyDelete
  27. dok ske plop aku orang ganu ni rama gok hok paka linux...ganah2...ambe dalang setahung doh dok usha2 linux ni...rasa nak tra tapi mecam payoh je..kene tunggu lu r..nak mantap ilmu pasal linux dulu..kene wat research dulu baru paka...

    kepada zul, boleh wat review sket dop pasal PCLinuxOS nge LinuxXPDesktop..macam menarik je distro 2...

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...