Friday, August 15, 2008

Senarai Klien BitTorrent Dalam Ubuntu

Petikan dari jomlinux.com

BitTorrent ialah nama bagi sebuah protokol pengagihan fail pengguna ke pengguna, dan juga nama bagi klien perisian bebas bagi protokol tersebut. Pada asalnya, protokol BitTorrent direkabentuk dan dicipta oleh Bram Cohen, seorang pengaturcara, tetapi kini ia diuruskan oleh BitTorrent Inc.

BitTorrent merupakan satu cara perkongsian fail yang bersaiz besar tanpa memerlukan kos lebar jalur, pelayan dan perkakas oleh pengedar fail yang asal.

Penggunaan protokol ini telah menyebabkan berlakunya permintaan perkhidmatan jalur lebar yang inggi oleh masyarakat dunia amnya kerana ia memudahkan perkongsian fail walaupun dalam saiz dan bilangan yang amat besar.

Klien BitTorrent yang asal ditulis dalam bahasa Python. Pada versi 4.0, kod sumbernya mula diterbitkan di bawah Lesen Sumber Terbuka BitTorrent. Terdapat juga pelbagai klien lain yang ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan dan dijalankan dalam pelbagai platform pengkomputeran.

Berikut antara senarai klien BitTorrent yang terdapat dalam Ubuntu :

1. Vuze (Nama lama Azureus)
2. Bittorrent (GUI)
3. ktorrent-kde4
4. qtorrent
5. rtorrent
6. torrentflux
7. bitstormlite
8. deluge-torrent
9. clutch
10. bittornado
11. ctorrent
12. Transmission

13. Tribler

14. FrostWire
15. Qbittorrent
16. Linkage

2 comments:

  1. banyak rupanya aplikasi bittorrent utk ubuntu!?

    yang aku guna pakai sekarang ialah frostwire, agak stabil dan memuaskan.

    ReplyDelete
  2. aku ada gak pakai frostwire. tapi komp aku ni lama sikit. kekadang jem pakai froswire pasal dia guna Java...sekarang yg ringan pakai Transmission..mudah dan menjimatkan.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...