Thursday, August 21, 2008

Tutorial install ubuntu menggunakan Wubi : Ubuntu Forum

Wubi ialah aplikasi termudah memasang ubuntu kedalam komputer yang menggunakan sistem operasi windows. Jika 5 tahun dahulu ada orang kembang kempis hidungnya bangga kerana kebolehannya memasang sistem operasi linux kedalam komputer, kini memasang linux semudah memamah kacang cap ayam (bukan jenama sebenar). Apa yang lebih mudah dari menggunakan wubi? - hanya seperti memasang perisian lain dalam windows.



Hari ini rakan saya bro AreRich telah postkan satu tutorial memasang ubuntu menggunakan wubi dalam forum ubuntu malaysia. Antara sebab mengapa saya tidak pernah membuat tutorial menggunakan wubi ialah kerana saya tidak ada windows untuk dicuba.

Antara kebaikan memasang ubuntu menggunakan wubi ialah anda boleh uninstall ubuntu jika tidak menyukainya. Tetapi saya tidak begitu menggalakkan penggunaan wubi kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang telah saya tulis dalam entri lepas.

Apapun, ia bagus untuk dicuba oleh newbie yang baru berjinak-jinak dengan sistem operasi sumber terbuka yang percuma. Ianya pilihan, dan anda bebas memilih.

2 comments:

  1. Saya berminat dengan system ubuntu nie...tapi masih belum menggunakannya...nak survey dan belajar dulu sesikit... terima kasih kerana mewujudkan ruangan versi BM ni.



    mancai
    http://rillys.uber.com

    ReplyDelete
  2. Kepada owner blog..

    aku salah seorang user malaysia yang baru berjinak dgn UBuntu..
    sekrang aku pakai ubuntu hardy 8.04..
    semua setup dah siap..tak pakai dual boot..
    pakai full..
    but aku ada masalah dgn wireless la...
    susah setup wireless..yang lain dah setel...
    aku pakai laptop acer 4520 amd64..
    penat ni setup tak dapat2...mana tau ko boleh ajar..
    silakan ajar yer..

    tak pon..ko bukak satu thread dalam blog ni ajar setup wireless kat acer aku..setup dah..tapi signal tak jumpa..padahal wireless besepah2 kat area aku ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...