Saturday, August 16, 2008

Kerajaan Pahang Menyokong OpenOffice

Petikan dari JomLinux.com

Nampaknya perisian sumber terbuka makin mendapat tempat. Tak kurang juga di Malaysia, di mana kita sendiri tercari-cari arah dan alasan untuk menempatkan perisian sumber terbuka. Tapi, itu mungkin dahulu. Sekarang ini, dari berita yang penulis dapat kerajaan Pahang telah pun secara rasmi menyarankan penggunaan OpenOffice berbanding Microsoft Office dengan rasminya.

Dari pihak penulis, syabas diucapkan kepada kerajaan Pahang. Ini secara tidak langsung menaikkan lagi sumber terbuka di Malaysia dan metampakkan arah yang jelas tentang peluang sumber terbuka di Malaysia. Bagi penulis harap kerajaan akan cuba pula sistem operasi sumber terbuka seperti Ubuntu digunakan pada desktop di sektor kerajaan.


Penulis meletakkan sekali imbasan surat tentang penggunaan OpenOffice pada komputer pejabat.

4 comments:

  1. hai..
    tribute utk Ubuntu@IPT Kuantan kerr??
    ngahahaha ;P

    Ubuntu@IPT 9 days to go

    ReplyDelete
  2. untuk pengetahuan semua, atas arahan KSU (Ketua Setiauaha Negara)pada April lepas (kalu tak silap aku ye) telah mengeluarkan akta pekeliling mengenai penggunaan perisian sumber terbuka di semua pejabat kerajaan, dalam kes ni lebih kepada openoffice atau lebih spesifik menyokong open document format (ODP)..

    ReplyDelete
  3. wow wow wow... bagus bagus bagus... x lama lagik satu negara akan pakai software sumber terbuka... aku akan cadangkan kat bakal perdana menteri malaysia... huhuhu... tunggu je tau...

    ReplyDelete
  4. orang Pahang memang bagus2.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...