Saturday, August 02, 2008

Ulasan iTunes 7.6 dalam ubuntu menggunakan WINE


Hari ini saya membuat keputusan untuk memasang iTunes 7.7 kedalam ubuntu. Memandangkan koneksi internet saya agak tidak mengizinkan lalu saya hanya memasang versi 7.6 (yang telah saya download beberapa lama dahulu) dengan tujuan untuk:
  • Melihat prestasi iTunes didalam WINE versi 1.*.*
  • Memastikan iTunes yang diinstall menggunakan WINE mampu menguruskan iPod 3rd Generation atau tidak
  • Review didalam blog dan ulasan yang bakal berguna untuk projek buku saya
Jika anda ingin jadikan ulasan ini sebagai panduan, jangan lupa membaca tutorial saya berkenaan cara install safari didalam ubuntu dalam artikel terdahulu kerana dalam entri tersebut terdapat beberapa trick yang harus diaplikasikan terlebih dahulu sebelum memasang apa-apa perisian windows kedalam ubuntu menggunakan WINE.

Proses installasi:
Proses ini berjalan dengan agak lancar dengan saya tidak memilih autoupdate dan memilih untuk memasukkan secara manual fail muzik kedalam itunes library. Saya juga mendapat prompt yang menyatakan autorun tidak dapat berfungsi jika tidak memasang fungsi tersebut terlebih dahulu. Proses seterusnya adalah sama seperti anda didalam windows. Next..next.

Lancarkan iTunes melalui Applications > Wine > Programs > iTunes > iTunes.



Prestasi:

  • Saya mendapati sedikit masalah grafik yang tetiba menukar keseluruhan skrin kepada warna hitam dan hilang apabila anda klik pada tetingkap tertentu. Adakah ia berkonflik dengan compiz?
  • Umumnya proses import fail muzik dan memainkan muzik tidak mempunyai apa-apa masalah.
  • iTunes tak dapat detect iPod mini 3rd generation saya.
  • iTunes Store dapat diakses dengan jayanya.
  • Tindakbalas iTunes terhadap aktiviti cursor yang sedikit lambat
  • Efek shadow yang dihasilkan oleh compiz tidak teraplikasi dengan baik
Mungkin terdapat beberapa trick lain yang perlu diaplikasi untuk membuatkan iTunes berfungsi sepenuhnya didalam ubuntu. Namun progress yang telah berlaku keatas WINE itu merupakan sesuatu yang harus difokuskan. Tidak mustahil apabila WINE telah mencapai tahap kestabilan dengan nombor versi tertentu, kesemua masalah ini dapat diatasi dengan jayanya tanpa apa-apa trick.

Untuk ulasan iTunes 7.7 dalam WINE, sila rujuk sini.

4 comments:

  1. Assamualaikum dan salam sejastera.

    Masalah yang anda hadapi sama juga dengan saya hadapai. Akan tetapi saya hanya menggunakan xubuntu 7.10. Itunes yang saya install adalah untuk ipod classic dan apabila dibuka ia bukan menjadi gelap akan tetapi ia menjadi hitam pekat buat seketika. saya sendiri tidak tahu apa sebabnya.

    selain dari itunes, saya cadangkan saudara mencuba floola (sama gak dengan itunes) dan juga satu lagi rockbox. Ia hanya ipod generasi 5.5 ke bawah jer. untuk ipod classic tu mintak maaf la...

    Baru-baru ni saya telah mencuba floola. not bad la omputeh kata. akan tetapi ia tidak boleh convert fail muzik dan mengubah birate fail muzik (untuk menjimatkan ruang).

    ReplyDelete
  2. @ayem36 : floola bleh guna utk 2rd generation kebawah..apple dh ketatkan firmware dia utk ipod 3rd generation...itunes je yg bleh sync...tp klu tukar setting kat mount 2 bleh kot...tp xtau option dia plak...huhuhu..

    ReplyDelete
  3. salam...

    floola boleh transfer untuk ipod 6th. cuma ia tak boleh tukar bitrate atau convert ke acc jer. Cara masuk lagi senang. drag and drop jer.

    so untuk ubuntu dicadang floola dan nak tukar birate atau convert file dicadangkan aplikasi any-audio-converter. tapi kena guna wine ler....

    ReplyDelete
  4. Saya belum mencuba lagi i-Tunes ni..

    Wine pun tak gunakan sepenuhnya lagi. Setakat ni guna Cross Over aje..

    p/s: Tak sabar menunggu Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...