Petikan dari jomlinux.com
Haha...berita baik lagi kepada pengguna linux terutamanya pengguna Ubuntu. Baru-baru ni Dell telah pun menambahkan lagi dua produk keluarannya berbanding dengan 3 produk sebelum ini (dua laptop dan satu desktop). Sebelum ini Dell meletakkan Ubuntu 7.1, Gutsy Gibbon dan sekarang akan meletakkan pula Ubuntu 8.04 Hardy Heron pada keluaran terbarunya. Semua Ubuntu yang dipasang disertakan sekali pemain DVD yang sah yang mana berita ini mula diwar-warkan pada Disember 2007.
Dua model Dell terbaru ini termasuklah- Studo 15 - Sebuah laptop skrin lebar, Intel Core 2 Duo T5750 dengan 2MB cache, 667Mhz FSB, paparan 14" 1280x800 dan slot pemacu ntuk DVD+/-R dengan harga dalam USD 750 (RM 2400)
- XPS M1530 -- Sebuah laptop skrin lebar, Intel Core 2 Duo T5850 dengan 2MB cache, 667Mhz FSB, skrin 15.4" 1440 x 900, web cam 2MP dan slot pemacu DVD+/-R. Harga dalam USD 1750 (RM 5600).
Komputer - komputer Dell yang sebelum ini yang dipasang dengan Ubuntu 7.10
- Inspiron 1525N -- laptop berkos rendah, Intel Pentium Dual-Core T2370 (1.73 GHz) dengan 533Mhz FSB dan 1 MB cache.
- XPS M1330 --laptop kecil dan ringan dengan skrin 15.4", 1280x800, DVD+/-RW.
- Inspiron 530N -- Pentium dual-core E2180 (2 GHz),800MHz FSB dan 1MB cache. Ini desktop berkos rendah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..