Monday, August 04, 2008

Tutorial Inkscape : Ubuntu Badge

Tujuan utama tutorial ini bukan untuk design yang dihasilkan tetapi memahami perkara asas dalam menggunakan perisian inkscape.

BULATAN
1.Pilih pelukis bulatan dan lukiskan satu bulatan tepat (drag dan tekan Ctrl). Anda boleh ubah saiz bulatan yang terhasil kepada 300 x 300px kemudiannya. Warnakan bulatan tersebut kepada 999999ff. [Rujuk SC]


Lihat 300 x 300 px. Lihat Duplicate. Lihat warna 999999ff.

2.Right click pada bulatan dan pilih duplicate. Oleh kerana bulatan yang diduplicate tadi akan berada didepan, tekan butang lower selection to bottom. Pergi ke menu Object > Fill and Stroke.. (atau double click pada ruang memilih warna) dan satu sidebar baru terbentuk. Dengan bulatan tadi masih dipilih, setkan blur = 4.




Lower selection to bottom (kiri sekali)


Blur = 4. Warna = 999999ff

3.Kemudian pilih bulatan diatas dan klik pada gradient tool.Drag gradient dari atas kiri ke bahagian bawah kanan seperti dalam SC.Terdapat 2 titik pada garisan hujung gradient.Klik pada titik atas (bentuk petak) dan setkan warnanya (pada sidebar) kepada f2f2f2ff. Pilih titik pada garisan gradient kedua iaitu bahagian bawah (bentuk bulat) dan setkan warnanya kepada 666666ff.


Gradient tool.


Drag gradient dari atas kiri ke bawah kanan. Perhatikan 2 titik pada garisan gradient.


Perhatikan titik bulatan (warna biru menandakan ia dipilih) dan setkan dalam kotak warna kepada 666666ff.


TEXT DAN LOGO

1.Pilih alatan text dan pilih font OpenLogos (rujuk artikel sebelum ini berkenaan font ini). Tekan "U" untuk menghasilkan logo ubuntu dan setkan saiz kepada 144.



2.Klik pada alatan Fill Bounded Areas dan isikan setiap ruang dalam logo ubuntu dengan warna baru (bebas). Kemudian, sambil menekan Shift klik pada bahagian-bahagian logo ubuntu yang terbina hasil dari tindakan mengisi warna tadi (bahagian itu akan terpisah apabila diisi warna baru menggunakan Fill Bounded Area).Kemudian drag bentuk logo ubuntu itu menjauhi induk asalnya (pastikan semua bentuk dipilih terlebih dahulu).Warnakan setiap objek dalam logo ubuntu mengikut warna standard seperti dalam tutorial sebelum ini. Pilih kesemua objek yang diwarnakan tadi kemudian pergi ke menu Object > Group.


Pilih alatan Fill Bounded Area dan klik pada ruang dalam logo.


Pilih kesemua objek dalam logo dengan tekan Shift dan pilik (klik)


Drag ke tempat lain.


Warnakan kepada kombinasi warna tertera.

3.Pilih alatan text sekali lagi dengan font yang berbeza seperti berikut;



4.Pilih kesemua text dan logo dan groupkan. Kemudian masukkan efek shadow seperti yang anda buat pada bentuk bulatan diatas.



SAVE

1.Anda boleh save hasil kerja dalam bentuk svg. Selain itu sila ke menu File > Export Bitmap untuk eksport hasil kerja untuk disave dalam bentuk PNG.

3 comments:

  1. rajin betul ko yer..terima kasih sebab sudi kongsi satu lagi ilmu berguna..aku tengah sibuk giler skang, ada masa aku update blog ko dengan entri terbaru ye...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Tutorial macam ni lah yang saya cari-cari.

    ReplyDelete
  3. @rizq : hehe..biasa jer...ngah mood ok skrg ni...huhu

    @farimi : bagus...klu mana2 yg xpaham 2 tanya la erk..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...