Oleh kerana kebanyakkan pengeluar wireless card tidak menyediakan driver untuk linux, maka wujudlah sesuatu yang dinamakan NDISwrapper. Secara teori,
NDISwrapper mengimplematasikan API kernel windows dan NDIS API didalam kernel linux. Dengan sesuatu yang mudah difahami, NDISwrapper membolehkan sistem linux menggunakan driver windows bagi wireless card dan digunakan didalam linux.
Dengan DNISwrapper, kebanyakkan miniPCI (built-in) , PCI , PCMCIA (pc card) , atau USB wireless card akan berfungsi sepertimana biasa didalam linux.
Apa yang perlu dilakukan ialah, meletakkan beberapa fail driver iaitu
driver.sys dan
driver.inf bagi windows kedalam /etc/ndiswrapper/ dan kemudian install driver tersebut dengan command sudo ndiswrapper.
Dimana nak dapatkan fail .sys dan .inf tersebut? Di;
- CD-ROM yang disertakan semasa pembelian wireless card
- Website Pengeluar
- Dalam system file didalam partition windows. (dalam system32/drivers)
Jadi, bagi anda yang memiliki komputer atau laptop yang tidak dapat akses ke internet secara wireless kerana tiada driver, pastikan anda mengkaji NDISwrapper ini dengan mendalam. Saya dengar sedikit masa dahulu mustahil untuk menggunakan USB wireless card didalam linux. Sekarang tak tahulah..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas respon..