Tuesday, August 05, 2008

Promosi ubuntu di kolej ShahPutra Update

Jika anda belum baca artikel pertama, sila rujuk sini.
Oleh kerana maklumat ini telah berlegar dikalangan penggiat ubuntu malaysia termasuk dalam mailing list ubuntu-my, rasanya bagus untuk saya membuat beberapa update.

Pertama : Berkenaan Sponsorship. Walaupun saya tidak bertanggungjawab mencari sumber kewangan, tetapi saya sedar bahawa agak susah untuk mencari penaja kepada aktiviti yang baru untuk bermula seperti ini. Kita tidak ada apa-apa "report-card" untuk membuktikan bahawa organisasi ini sememangnya aktif dalam mempromosikan ubuntu.

Lalu, dimana sumber kewangan ini boleh diperolehi?Kutip dari ahli komuniti! - Penyelesaian desperado sebegini sudah tentu menjadi pilihan terakhir. Kerana itulah saya beranggapan komuniti ubuntu malaysia haruslah;
  • Membentuk organisasi kuat dan aktif
  • Mempunyai kestabilan kewangan
  • Kewujudannya disedari dan berperanan secara lebih proaktif
  • Organisasi yang tersusun dengan laporan aktiviti lengkap
  • Tetapkan fokus dan destinasi tujuan
Kedua : Peralatan seperti Demo PC, Projector, Bahan elektronik seperti Video demo ubuntu , bahan bercetak seperti newsletter dan sebagainya.

Ketiga : Sukarelawan harus memakai uniform...err...maksud saya baju yang menunjukkan kita ialah satu pasukan. Setahu saya, pihak ubuntu malaysia sudah mempunyai sesuatu seperti itu tetapi saya pun tak mempunyai sehelai untuk diri sendiri.

Keempat : Konsep pengisian. Jika semua ketiga-tiga items diatas beres, tahap keempat ini adalah paling penting supaya apa yang diusahakan itu efektif. Sebenarnya terdapat beberapa cadangan dari pengguna ubuntu sendiri supaya;
  • Ada demo video yang diedit khas untuk pengisian
  • Ada demo pc untuk pengunjung mencuba sendiri ubuntu
  • Ada bahan bercetak untuk diedar
  • Ada CD Ubuntu untuk diedar secara percuma ( letak la cara nak install dan panduan ringkas)
  • Menjual sticker ubuntu dan bahan berkaitan ubuntu (untuk kewangan komuniti)
  • Lain-lain. (Cadangan dibuka)
Oleh kerana hari ini sudah 5 Hb 8, kita tidak mempunyai begitu banyak masa. Hanya ada 20 hari sahaja lagi untuk menentukan samada perancangan ini hanya tinggal rancangan atau kenyataan. Berilah sokongan anda! Hubungi saya segera [rujuk sidebar]

8 comments:

  1. demo pc maybe takde masalah, boleh guna pc aku. and maybe boleh pinjam dari member2 berdekatan

    ReplyDelete
  2. laptop aku pn leh gak..
    leh tnjuk sikit dual boot vista dan ubuntu..
    biar org dpt rasakan betapa ringannya dan lajunya ubuntu berbanding vista

    ReplyDelete
  3. nak jugak join.. tp, saya di Miri.. aduhai..

    ReplyDelete
  4. @xordy : ok..bagus2..

    @terazzatale : ko nk jd sukarelawan gak ker??huhuhu...kasitau aku..

    @abdusfauzi : alahai...jauhnyer...camne nk join tuh..hehe

    ReplyDelete
  5. dah ada kesedaran tentang OSS ni. elok buat di lembah klang kat sini banyak IPTA/S, sambutan pasti hebat.

    ReplyDelete
  6. aku kalo ikut hati mmg nak jadi sukarelawan..
    tp xsilap aku hari 2 isnin kan..aku sekolah la..mana leh ponteng,kesian student2 aku anti..hahaha..
    tp nak pjam laptop 2 no hal la..
    tp laptop aku buruk je..janji leh run vista ngan paling penting ubuntu..

    ReplyDelete
  7. bro..
    harap ape2 ttg boot kite call je sye..
    mereka2 yg nk join pn boleh call sye utk maklumat lanjut..
    013-9045027 (no. free jee...hehe)

    ReplyDelete
  8. heheh
    nak buat tshirt ke..
    biar sy tlg design kan

    hahah

    yang ala2 digi tu pun boleh
    dr jauh org dh kenal
    ngee

    appepun teruskan usaha murni itu
    sy pasti dengan semangat yang ada
    suatu hari nanti
    pasukan anda akan di kenali

    apa yang perlu anda lakukan

    usaha
    usaha
    usaha
    usaha

    =]

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...