Thursday, July 31, 2008

Cadangan promosi ubuntu di Kolej ShahPutra

Ini adalah sesuatu yang saya fikirkan sejak meetup ubuntu malaysia tempoh hari iaitu masuk ke IPT dan kolej pada temasya atau program tertentu untuk memperkenalkan ubuntu. Baru sebentar tadi seorang sahabat mencetuskan idea ini dan terus menghubungi saya melalui YM. Cadangannya ialah untuk mengadakan satu khemah promosi ubuntu sempena program "Exploring Modern Science" di kolej ShahPutra Kuantan. Detail adalah seperti berikut;

Tarikh : 25 Ogos 2008 (8:00 pg-4:30 ptg)
Sempena :
Exploring Modern Science yang turut menjemput DATUK DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA sebagai tetamu.
Sewa tapak (sekali dgn kemah) : 2 pilihan RM100 dan RM150 untuk 1 tapak.
Peralatan diperlukan : Banner, demo PC atau laptop, CD/DVD ubuntu (cadangan dibuka)
.....dan beberapa perkara berbangkit lain.

Saya menulis entri ini dengan 4 sebab;
1 ⇢ Saya inginkan cadangan bernas dari pembaca sekalian berkenaan pengisian dan beberapa perkara berbangkit.
2 ⇢ Saya ingin buka program ini untuk tajaan. Anda tahu, kami sebagai pihak promosi memerlukan sumbangan tajaan dari pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah sewa tapak dan peralatan seperti banner dan penghasilan CD ubuntu. [Hunbungi saya : zul.malc (@) gmail.com atau rujuk sidebar]
3 ⇢ Program ini juga memerlukan sukarelawan. Sudah tentu mereka yang berdekatan boleh menjadi sukarelawan!
4 ⇢ Saya ingin mengutarakan hal ini supaya dimasa akan datang program seperti ini boleh diadakan di tempat anda pula.

Untuk itu, cadangan ini haruslah dibincangkan secara lebih serius dan fokus. Insyaallah saya akan forwardkan cadangan ini kepada ubuntu malaysia untuk tindakan susulan. Saya buka untuk cadangan dan respon =)

12 comments:

  1. jipang_menjerit@UbuntuSeekersJuly 31, 2008 at 11:56 PM

    thanks bro..
    ape2 sye contact nnt

    UbuntuSeekers and MelayUbuntu Live@Kolej Shahputra

    ReplyDelete
  2. bro, bile nk datang miri ni? hehe.. nnt my uni ade open day. x mo amek booth?

    ReplyDelete
  3. @jipang : welcome bro!

    @abdusfauzi : wah...upm miri ker? klu ada rezki insyaallah datang...tp paham2 jele...rezeki xbape ada..huhuhu

    ReplyDelete
  4. sukarelawan reporting! shahputra depan rumah aku je, contact xordmetzger@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Sori...komen lari tajuk.

    Video pemasangan Ubuntu+Windows yang saya buat...sebarkanla.

    http://www.mydungun.net/ubuntu/?p=55

    ReplyDelete
  6. @xordy : tu dia...sukarelawan pertama..xmo sponsor pe2 ker? hehhe..

    @en.lanun : waaa..lama xnmpak en.lanun..bz kelaut ker?
    hehehe...

    ReplyDelete
  7. alah jauhnye shah putra... aku kat uitm segamat...
    kenapa pergerakan Open source kat Malaysia ni tak der yang sudi menaja... daripada taja Inul begelek lebih baik taja pergerakan OSS ni kan.. lagi berfaedah dan menjimatkan duit negara...

    ReplyDelete
  8. hehehe..maklum la. Sekarang musim persidangan agung cawangan, lepas ni peringkat cawangan plak....opss

    ReplyDelete
  9. Lagi satu..akhir-akhir ni sy kerap mengadakan Kursus Asas Persekitaran Desktop OpenSUSE kepada kakitangan kerajaan negeri Terengganu. Yang latest nanti pada 10,11 dan 13 Ogos. Penat woo...ajar kakak-kakak serta makcik-makcik dan juga pak cik- pakcik mengenali Linux. Pedih.....

    ReplyDelete
  10. Hmm yg aq persoalkan dari mane ko nak dapat fund?, adalah 2 perkara berbeza promote di internet dengan secara live mcm cadangan ko nih.Dia memerlukan kos,tenaga,dan usaha.well aq kat sabah tak boleh bantu apa-apa lah tapi,kalu aq ada cadangan hmm nnt aq YM ko - AfeaZD

    ReplyDelete
  11. Program tu tak confirm lagi rasanya. Cuba check kat website ShahPutra (http://www.kolejshahputra.edu.my) bawah section ShahPutra Calendar. Nampaknya takde dalam tu.

    Anyway, kalau nak buat promosi kat ShahPutra boleh contact aku. Aku kerja situ.

    ReplyDelete
  12. @anonymous : hmmm...2 la...klu xdpt sponsor trpaksa self-sponsor la kot..huhu

    @zamri : Ooo yeke? aku check dia ada letak kalendar aktiviti utk julai jer...website x diupdate kot..ko keje c2 erk? ok2..aku cntact ko..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...