Monday, July 21, 2008

Jalankan Web Server anda sendiri menggunakan XAMPP di dalam Ubuntu.

Tentu anda pernah berangan-angan untuk mempunyai serta menguruskan sendiri laman web dari pc anda sendiri di rumah. Entri kali ini akan menunjukkan cara-cara bagaimana membina web server tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan pun (kecuali sambungan internet serta tenaga dan masa anda yang amat berharga).

Apa yang diperlukan:
  1. XAMPP versi terkini untuk Linux (Apache 2.2.9, MySQL 5.0.51b, PHP 5.2.6 & 4.4.8 & PEAR + SQLite 2.8.17/3.3.17 + multibyte (mbstring) support, Perl 5.10.0, ProFTPD 1.3.1, phpMyAdmin 2.11.7, OpenSSL 0.9.8h, GD 2.0.1, Freetype2 2.1.7, libjpeg 6b, libpng 1.2.12, gdbm 1.8.0, zlib 1.2.3, expat 1.2, Sablotron 1.0, libxml 2.6.31, Ming 0.3, Webalizer 2.01, pdf class 009e, ncurses 5.8, mod_perl 2.0.4, FreeTDS 0.63, gettext 0.11.5, IMAP C-Client 2004e, OpenLDAP (client) 2.3.11, mcrypt 2.5.7, mhash 0.8.18, eAccelerator 0.9.5.3, cURL 7.18.2, libxslt 1.1.8, phpSQLiteAdmin 0.2, libapreq 2.08, FPDF 1.53, XAMPP Control Panel 0.6)
  2. Sambungan internet untuk download XAMPP
  3. Ubuntu versi terkini
  4. Sedikit masa berharga anda.
Sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Sila donwload XAMPP versi terkini di sini (xampp-linux-1.6.7.tar.gz).

2. Selesai download, buka terminal dan pastikan anda berada di dalam direktori yang sama dengan file xampp yang telah di donwload tadi.Contoh:
rizq@lapbuntu:~$ cd Download
rizq@lapbuntu:~/Download$
3. Ekstrak fail xampp tadi ke dalam /opt. Gunakan command di bawah
sudo tar xvfz xampp-linux-1.6.7.tar.gz -C /opt
4. Tunggu hingga proses ekstrak selesai. Dan hasilnya, keseluruhan web server anda akan berada di dalam direktori /opt/lampp/.

5. Gunakan command di bawah (guna terminal) untuk jalankan web server anda
sudo /opt/lampp/lampp start
.. dan jika ingin berhentikan web server anda, gantikan parameter 'start' dengan 'stop'
sudo /opt/lampp/lampp stop
6. Untuk memastikan bahawa proses di atas berjaya, sila buka pelayar internet anda dan isikan diruangan 'address' http://localhost. Hasilnya adalah seperti berikut:



7. Kini anda telah berjaya memiliki web server anda sendiri. Mudah dan yang lebih penting TANPA KOS.


Maklumat:

1. XAMPP secara default tidak dilengkapi dengan tahap keselamatan yang diperlukan bagi sesebuah web server, dimana ianya boleh diakses tanpa memerlukan kata laluan. Masalah ini boleh diatasi dengan hanya menjalankan command di bawah pada terminal anda.
sudo /opt/lampp/lampp security
..cuma ikut sahaja arahan yag diberikan dan web server anda akan dilindungi dengan tahap sekuriti yang afdal (afdal ni kira maksudnya pada tahap permulaan).

2. Keseluruhan laman web anda akan berada di dalam direktori /opt/lampp/htdocs. Namun demikian, oleh kerana Ubuntu anda mungkin telah di set ke tahap yang tinggi, meletakkan laman web anda ke dalam direktori di atas mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan seperti 'permission access denied' apabila anda cuba jalankan laman web anda. Terdapat cara mudah bagi mengatasi ketidakselesaan di atas, iaitu dengan meletakkan laman web anda pada direktori lain dari di atas. Paling mudah dengan meletakkan direktori laman web anda di dalam direktori 'Home'.

Mulakan dengan membuat satu direktori baru di dalam 'Home' anda, sebagai contoh direktori baru dengan nama 'Public'. Kemudian pada terminal, jalankan command di bawah:
sudo ln -s ~/Public /opt/lampp/htdocs/$USER
Kini anda bebas menggunakan direktori 'Public' anda. Untuk akses ke direktori public, hanya taipkan http://localhost/(nama user anda). Lihat contoh dibawah:

Kandungan direktori di dalam direktori Home/Rizq

Screenshot dari laptop penulis:

phpMyadmin - antaramuka untuk MySQL.

WordPress sendiri.

Webalizer - statistik untuk web server anda.

Laman web penulis

Nota :

1. Jika cara start,stop XAMPP menggunakan terminal menjengkelkan anda, terdapat cara lebih mudah untuk melakukan tugas tersebut.

Pada terminal, taipkan arahan di bawah:
sudo gedit /usr/share/applications/xampp-control-panel.desktop
Paparan editor Gedit akan kelihatan, copy script dibawah dan pastekan ke dalam editor tersebut, kemudian 'save'.
[Desktop Entry]
Encoding=UTF-8
Name=XAMPP Control Panel
Comment=Start and Stop XAMPP
Exec=gksudo "python /opt/lampp/share/xampp-control-panel/xampp-control-panel.py"
Icon=/usr/share/icons/Tango/scalable/devices/network-wired.svg
Terminal=false
Type=Application
Categories=GNOME;Application;Network;
StartupNotify=true
Kini terdapat shortcut baru di menu Applications->Internet->XAMPP Control Panel. Lihat gambarajah di bawah, anda kini lebih mudah mejalankan web server tanpa perlu menaip sebarang arahan pada terminal.


2. Langkah-langkah di atas lebih sesuai digunakan untuk kegunaan peribadi sahaja (contoh jika anda ingin memcuba dahulu laman web sendiri sebelum pindah naik ke web hosting anda).

3. Untuk memastikan laman web anda boleh diakses dari luar (public), anda perlukan sedikit pengetahuan mengenai 'port forwading' serta pendaftaran 'dynamic domain'(bagi yang tiada fixed IP) seperti DYNDNS, NO-IP dan sebagainya (perhidmatan ini adalah percuma dan alamat web anda akan kelihatan seperti ini http://rizq.dyndns.org atau http://rizq.no-ip.org).

Penulis berharap agar rakan-rakan di luar sana dapat berkongsi bersama-sama menjayakan entri terbaru khusus untuk menjalankan web server secara capaian 'Public' dan pendaftaran DDNS.


11 comments:

  1. To the author of this blog,I appreciate your effort in this topic.

    ReplyDelete
  2. Thanks to the owner of this blog. Ive enjoyed reading this topic.

    ReplyDelete
  3. bagus artikel nih...ni la bab yg aku xceburi lagi...hahaha...

    p/s : arini smangat aku nk wat entri meluap2...rizq, ko sama gak ker? hehhee

    ReplyDelete
  4. yup bro...baru la ni aku dapat rasa camne puasnya dapat berkongsi sikit ilmu yang ade ni ha....

    dari kite duk sibuk nak kenalkan APE ITU UBUNTU, mungkin dengan menunjukkan APE YANG UBUNTU BOLEH BUAT dapat menarik minat orang lain..

    entri ko pasal safari kat atas nun pun menarik gak..tahniah...

    ReplyDelete
  5. @rizq : huhu..bagus2..camni la yg kite nak...ahha.

    ReplyDelete
  6. Well for me its better to be more realistic.

    ReplyDelete
  7. Alla hu akhbar!!!

    ReplyDelete
  8. cayalah bro.. tak lama lagi pakcik pon memang akan kena buat gak 1 pc server kat komputer nie...

    ReplyDelete
  9. wahh..nice tutorial..before this aku dh gn xampp tp kt windows..he2..lpas ni nk try kt ubuntu plk,ngn ade ttrial dlm malay ni dpt memudahkn pemahaman aku..good work bro!!

    ReplyDelete
  10. Perlu install ssh x?
    tq?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...