Posts

Showing posts with the label design

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk membawa konsep design tersebut ke Linux Desktop iaitu Quartz OS . Amacam, cun tak idea diorang?

Default Wallpaper bagi Ubuntu 12.04

Image
Imej berikut ialah default wallpaper bagi Ubuntu 12.04 Sejak 2 tahun kebelakangan ini, bermula dari versi Ubuntu 10.04, tidak begitu banyak perubahan dilakukan terhadap wallpaper default bagi ubuntu. Antara alasan yang diberikan ialah supaya ubuntu mempunyai jenama identiti tersendiri. Apa pendapat pembaca berkenaan wallpaper baru ini?

Memasang Inkscape 0.48 ke dalam ubuntu lucid lynx

Image
Kelihatannya aplikasi reka grafik illustrator kegemaran saya telah menerbitkan versi terbarunya iaitu versi 0.48 (walaupun saya menggunakannya sejak alpha lagi). Inkscape 0.48 menawarkan beberapa perubahan terutama sekali dari segi interface (rujuk screenshot) dan beberapa lagi ciri yang dihighlightkan oleh pembangun inkscape iaitu; multipath editing improved text tool: subscript, superscript, numerical input for text kerning, tracking and more new Airbrush tool LaTeX export with PDF/PS/EPS JessyInk extension to create presentations numerous bugfixes Apapun versi 0.48 ini sekiranya anda perasan kitarannya agak pendek berbanding versi yang terdahulu dan ini adalah kerana pihak pembangun inkscape ingin memperkenalkan teknologi baru yang dibangunkan dengan kerjasama projek Google Summer of Code (GSoC). Memasang ke dalam ubuntu lucid lynx sudo add-apt-repository ppa:ferramroberto/linuxfreedomlucid sudo apt-get update && sudo apt-get install inkscape Sekiranya anda sudah ...

Ubuntu Branding Polka Dot dan Inkscape

Image
Ubuntu 10.04 tampil dengan branding terbaru bukan sahaja dari segi logo malah dari segi feel pada design iaitu efek polka dot. Sekiranya anda perasan juga, dalam cover CD ubuntu 10.04 (official CD), juga terdapat efek polka dot yang membentuk imej lynx (rujuk foto diatas) yang sangat menarik dalam bentu yang ringkas. Baru-baru ini, blog design.canonical.com mendedahkan rahsia bagaimana mereka menghasilkan efek sebegitu untuk apa jua imej yang ingin dibentuk oleh polka dot. Ianya hanya menggunakan perisian percuma altenatif kepada adobe illustrator iaitu Inkscape yang juga merupakan perisian kegemaran saya untuk menghasilkan sesuatu design dalam ubuntu. Imej disebelah adalah antara contoh imej yang dihasilkan menggunakan efek polka dot dan menghasilkan paparan meerkat yang sangat menarik. Ianya akan lebih menarik sekiranya dijadikan banner untuk sesuatu program yang melibatkan ubuntu dan versi terbaru yang bakal muncul pada 10.10.10 nanti (maverick meerkat). Buat masa ini saya...

Jadi kartunis dalam masa 5 minit dengan TBO dalam Ubuntu Lucid Lynx

Image
Saya tidak ada bakat dalam melukis kartun. Kebanyakkan pembaca entry ini juga pastinya berkongsi ketidakpandaian yang sama dengan saya. Tetapi kalau saya kata anda boleh hasilkan komik simple dalam masa 5 minit dari sekarang, apa kata anda? Saya ingin perkenalkan satu perisian dipanggil TBO . Perisian ini memudahkan segala kerja dalam penghasilan komik simple ala-ala senyum kambing dalam akhbar utusan malaysia. Anda tidak perlu melukis, mewarna, kerana semua karakter, bentuk mata, mulut, bubble, dan sebagainya telah tersedia. Apa yang perlu dilakukan ialah drag and drop item tersebut ke dalam canvas dan mulakan editasi! Pemasangan TBO ke dalam ubuntu Buka terminal dan copypaste command berikut; sudo add-apt-repository 'deb http://sugus.eii.us.es/debrepo sugus main' sudo apt-get update sudo apt-get install tbo Selepas pemasangan, ia sepatutnya berada dalam menu grafik! Dibawah merupakan interface perisian ini; Amacam? Ada berani nak jadi kartunis? Jom hasilkan komik ...

Tutorial Vektor Grafik Inkscape : Spiro Swirls

Image
Altenatif kepada perisian Adobe Illustrator dalam ubuntu ialah satu perisian yang dinamakan Inkscape. Ia percuma, open source, boleh dipasang terus menggunakan Ubuntu Software Center dan hebat! Untuk makluman, logo melayubuntu di design menggunakan inkscape versi 0.47. Saya masih belum menerokai sepenuhnya kebolehan terbaru dalam versi 0.47 ini. Namun melalui pembacaan saya, antara kebolehan terbaru inkscape 0.47 ialah sesuatu yang dinamakan spiro swirls. Saya menemui satu tutorial yang sangat mudah untuk diikuti bagi sesiapa yang ingin mempelajari spiro swirls menggunakan inkscape 0.47. Anda boleh membacanya di; http://verysimpledesigns.com/vectors/inkscape-tutorial-spiro-swirls.html Alangkah best kalau ada banyak masa untuk mempelajarinya =)

Ubuntu.com berwajah baru

Image
Sejak saya mengenali dan menggunakan ubuntu, rasanya inilah pertama kali website ubuntu.com didesign semula kepada sesuatu yang sangat cantik dan kemas. Design ini adalah sejajar dengan perubahan brand baru ubuntu yang diperkenalkan baru-baru ini. Apa pendapat anda?

Logo E-Maj 2?

Image
Amacam? Ok-ok aku tau la aku tak pandai design. Nanti aku try buat lain rr..huhu

10 Koleksi fonts, design dan penggunaan

Image
Font telah menjadi "bahan mentah" paling penting dalam design. Font berbeza, penampilan dan kegunaan juga berbeza. Jika anda professional, sekali imbas sahaja anda mengetahui sesuatu font itu sesuai untuk design berkongsep apa, mudah baca atau tidak dan sebagainya. Pemilihan sesuatu font sangat kritikal dan bakal mengubah persepsi pembaca atau orang yang melihat design anda terhadap sesuatu yang anda design. Berikut saya sertakan contoh penggunaan font dalam logo sumber terbuka dan beberapa contoh lain. 1. Ubuntu. Font yang digunakan ialah Ubuntu Title. Font ini didesign menggunakan Inkscape dan FontForge. Dalam ubuntu, font ini boleh dipasang dengan command berikut; sudo apt-get install ttf-ubuntu-title Jika anda pengguna windows atau mac osx, anda boleh download font ini disini . 2.Debian. Font yang digunakan ialah Laudatio BQ Condensed. Ini ialah font berbayar dan sila rujuk disini untuk maklumat lanjut. 3.OpenSUSE. Font yang digunakan ialah Cholla. Ianya font berbayar da...

Download, pasang dan cuba ubuntu title font

Image
Download : UbuntuTitling-Bold.otf Font ubuntu-title digunakan dalam logo default ubuntu. Kemudian saya menemui seorang pembangun font yang telah upgrade ubuntu-title ke satu font yang lebih elegant dan professional - UbuntuTitling-Bold. Untuk pengetahuan pembaca, semua design saya berkenaan program ubuntu@ipt di design menggunakan inkscape dan menggunakan font ini bagi title "ubuntu". Ternyata hasilnya sangat memuaskan hati dan insyaallah saya akan tulis tutorialnya dalam blog ini selepas semuanya selesai. Untuk tujuan itu, sila download font ini dan install kedalam ubuntu didalam folder ~/.fonts. NOTE : .fonts ialah hidden folder. Bina jika folder ini tiada.

T-Shirt Ubuntu : Ada cadangan?

Image
Design macam mana ok? Simple atau berkolar yang agak professional? Pastu, kat mana nak tempah t shirt ni area-area kuala terengganu nih?? Harga dalam berapa yang cun?? Warna background? Huh.. SOri, entri pendek sebab bizi.

Phatch - Konsep baru memanipulasikan imej yang hebat

Image
Ini ialah perisian yang saya cari-cari selama ini untuk digunakan dalam ubuntu. Terima kasih kepada blog minda ict yang menulis tentang perisian ini. Damn cool! Jika anda blogger seperti saya, perisian sebegini WAJIB dimiliki (dengan sah) dan apalagi jika ia percuma, cross-platform, dan...damn, ianya open source! Dalam ubuntu, Phatch boleh diinstall menggunakan Add/Remove Apps. Taipkan "phatch" dan anda berada dilandasan yang betul. Bagi pengguna windows mahupun mac osx sila ke laman web phatch untuk tutorial tentang cara installasi yang betul. Ok, mengapa saya suka perisian ini? Ini kerana, perisian ini menyokong efek berikut; Auto Contrast - Maximize image contrast Background - Put colour under transparent image Border - Crop or add border to all sides Brightness - Adjust brightness from black to white Canvas - Crop the image or enlarge canvas without resizing the image Colorize - Colorize grayscale image Common - Copies the most common pixel value Contrast - Adj...

Eksperimen GIMP : Superb Wallpaper & My Wallpaper

Image
Aku teruja membaca satu tutorial photoshop di web blog PSDTuts berkaitan dengan menghasilkan "grass text effect" menggunakan photoshop. Seperti yang aku nyatakan sebelum ini , aku bercadang nak aplikasikan tutorial photoshop kepada gimp dan berkongsi dengan pembaca disini. Setakat ini aku masih dalam peringkat eksperimen demi eksperimen, try and error, create and delete, dan yang sama waktu dengannya. Screenshot diatas menunjukkan desktop yang dihiasi wallpaper pertama dari aku menggunakan gimp dengan mengaplikasikan tutorial untuk photoshop dalam website PSDTuts itu tadi. Setakat ini peratus kejayaan bolehlah dikatakan 50% dengan beberapa fungsi yang masih belum aku kuasai (atau aku tak tahu fungsi apa yang bersamaan dengan photoshop untuk effek tertentu dalam gimp). Download wallpaper: Follow link ke wallpaper - Spectacular Grass Text Effect Wallpaper aku buat - [2:30] 1280x800 (download jer, 100% buatan malaysia..huhu) Aku bercadang nak upload jugak source file untuk di...

Eksperimen Inkscape : Konsep T-Shirt Ubuntu

Image
©All Right Reserved Saya cuba membuat satu design tshirt untuk ubuntu menggunakan inkscape berdasarkan kepada template tshirt rekaan GoPurify . Hasilnya adalah seperti diatas. Buat masa ini, rekaan diatas hanyalah konsep dan masih tidak siap sepenuhnya. Saya masih tidak berpuas hati kepada adunan warna dan kewujudan 3 belang yang mungkin menimbulkan isu kerana ia kelihatan seperti trademark Adidas. Selain itu, jika anda perasan simbol ubuntu dibahagian depan itu saya pusingkan (rotate) supaya sudut-sudutnya seiring dengan corak yang mengelilingi. Erm.. boleh ke camtu?? Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan konsep ini yang pada saya menepati keseimbangan rekaan, simple, kemas dan saya agak teruja untuk memakai tshirt seperti ini. Hehe.. Ada pendapat??