Monday, July 05, 2010

Ubuntu Branding Polka Dot dan Inkscape


Ubuntu 10.04 tampil dengan branding terbaru bukan sahaja dari segi logo malah dari segi feel pada design iaitu efek polka dot. Sekiranya anda perasan juga, dalam cover CD ubuntu 10.04 (official CD), juga terdapat efek polka dot yang membentuk imej lynx (rujuk foto diatas) yang sangat menarik dalam bentu yang ringkas.

Baru-baru ini, blog design.canonical.com mendedahkan rahsia bagaimana mereka menghasilkan efek sebegitu untuk apa jua imej yang ingin dibentuk oleh polka dot. Ianya hanya menggunakan perisian percuma altenatif kepada adobe illustrator iaitu Inkscape yang juga merupakan perisian kegemaran saya untuk menghasilkan sesuatu design dalam ubuntu.

Imej disebelah adalah antara contoh imej yang dihasilkan menggunakan efek polka dot dan menghasilkan paparan meerkat yang sangat menarik. Ianya akan lebih menarik sekiranya dijadikan banner untuk sesuatu program yang melibatkan ubuntu dan versi terbaru yang bakal muncul pada 10.10.10 nanti (maverick meerkat).

Buat masa ini saya sedang mencuba beberapa kombinasi imej untuk menghasilkan efek polka dot terbaik dan insyaallah tutorial lengkap akan menyusul sedikit masa lagi.

Bagi yang telah mencuba, kongsikan imej anda bersama saya di facebook. Terima kasih =)

10 comments:

  1. Power la Inkscape ni... Sapa kreatif bleh design kerawang kad kenduri banyak-banyak... dengan teknologi polka dot ni.

    ReplyDelete
  2. kalau kaver karmic koala ada jugak dalam case tu, tapi gambar koala simple je la :)

    ReplyDelete
  3. hehe..bagus gak idea tu. xde org buat lagi kot..hehe

    ReplyDelete
  4. hehe..style polka dot ubuntu ni start lucid lynx ni je baru..huhu

    ReplyDelete
  5. MohdnoorazlanabdullahJuly 6, 2010 at 7:05 AM

    MANE NAK DAPAT BENDA NIE

    ReplyDelete
  6. MohdnoorazlanabdullahJuly 6, 2010 at 8:57 AM

    saya dah cuba buat.......tapi lepas tekan button create pc jd hang n barang kerja hilang.......boleh beri petunjuk.............tq.................coz saya newbie guna ubuntu dalam 1bulan nie..........

    ReplyDelete
  7. inkscape je kan yang gray..dia bkn hang tapi sedang bekerja.
    biasanya berlaku jika pc kurang RAM. sila biarkan beberapa waktu..

    ReplyDelete
  8. Cukup senang dan output memang cantik. Lepas ni berpolka dot la plak

    ReplyDelete
  9. fuyooo..
    pakai inkscap je ke..
    macam susah je nak guna..

    ReplyDelete
  10. sebenarnya teknologi polka dot ni, kita dah guna lama gak... contohnya printer... monitor... teknologi dot bila lihat dari jauh nampak smooth... bila dekat nampak la dot-dot tu... betul tak?

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...