Android merupakan sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan secara sumber terbuka dan berasaskan kernel linux yang diubahsuai. Sehingga suku pertama 2010, perkongsian pasaran menunjukkan Android menguasai 9% dari pasaran telefon pintar, dan selebihnya didominasi oleh RIM Blacberry 35%, iPhone OS (sekarang iOS) 28%, dan Windows Mobile 19%.
Apa yang menariknya, Android dijangka akan mengubah angka-angka diatas dengan begitu dramatik dan mungkin akan menjadi kuasa besar dalam pasaran telefon pintar dalam sedikit masa lagi disebabkan banyak faktor antaranya pertambahan bilangan aplikasi, bilangan pembangun aplikasi yang sentiasa meningkat dan paling mengejutkan apabila satu statistik yang dikeluarkan menunjukkan 57% daripada aplikasi Android (dalam Android market) adalah percuma. Angka ini jauh mengatasi sistem operasi telefon pintar yang lain yang mana kesemuanya didominasi oleh aplikasi berbayar.
Dari segi harga pula, harga purata aplikasi untuk Android adalah jauh lebih murah daripada harga purata aplikasi untuk iPhone dan Blacberry menjadikan Android sistem operasi telefon pintar yang mempunyai masa depan yang sangat cerah.
Saya ingin mengulas satu lagi statistik yang diperolehi hasil dari kaji selidik tentang sistem operasi telefon pintar yang diterbitkan oleh Appcelerator Inc menunjukkan para pembangun aplikasi memilih android sebagai platform yang mempunyai potensi jangka panjang mengatasi iOS daripada Apple. [sumber]
Melihat kepada perkembangan ini, ramai berpendapat bahawa android adalam masa depan sebagai platform sistem operasi bagi telefon pintar. Namun, tidakkah kita tertanya-tanya, sekiranya android yang berasaskan linux itu mempunyai masa depan yang begitu besar, maka apa pula masa depan sistem operasi desktop yang berasaskan linux seperti ubuntu?
Dalam kaji selidik yang saya sendiri jalankan, faktor utama yang menghalang pengguna komputer menggunakan ubuntu adalah disebabkan oleh kebanyakkan perisian sistem operasi microsoft windows tidak boleh digunakan dalam ubuntu. Namun sebenarnya, ia tidak ada kena mengena dengan perisian didalam microsoft windows. Seseorang itu sebenarnya terhalang dari menggunakan ubuntu kerana ubuntu kekurangan perisian yang mampu menjadi altenatif yang baik kepada perisian tadi.
Apa kata anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome
Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...
-
Nota Penting : Sila pastikan anda mengisi borang atau sms setelah melakukan pembayaran. Oleh kerana ramai yang bank in duit, amat sukar bagi...
-
ShimG pernah melakukan satu kajian mengenai Persepsi masyarakat terhadap penggunaan perisisan sumber terbuka untuk projek tahun akhir. Ber...
bro, ko buleh bagi sample hp jenis ape pakai android ni?
ReplyDeletesebenarnya byk hp yg pakai android ni. kebnykn adalah htc. selainnya adalah samsung, LG sonyericsson
ReplyDeleteyup saya blom fully nak guna ubuntu/linux sbb "ubuntu kekurangan perisian yang mampu menjadi altenatif yang baik".
ReplyDeletemotorola phone..using android...and alwiz use opensource ...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan ayat dari perenggan akhir dari artikel bro. ;)
Setuju sangat dengan ayat last tu... Harap2 masa akan datang alternatif perisian Windows semakin banyak.
ReplyDeletehurm betul3 ayat last sekali tu..
ReplyDeleteBanyak je perisian alternatif bro. Agaknya apa perisian yang tiada alternatif tu?
ReplyDeleteAndroid adalah ms depan - touchscreen lebih responsif, surfing lbh laju, lebh user friendly, freedom n free of charge. Apple? da abis kena ngap, windows? just forget it. tgk kat youtube, brp rmai pnyokong android.
ReplyDeleteaku dah try pakai android kat pc...mmg best.. nak beli hp android tak mampu lg..
ReplyDeletebro ley bgi link camner nk gune android kat pc?
ReplyDelete