1.Tab Candy
Seorang pelayar web hardcore biasanya membuka tidak kurang 5 tab dalam satu masa dan 10 tab keatas adalah kebiasaan. Tab candy adalah satu fungsi sistem pengurusan tab yang lebih efisyen dan penerangan lanjut dan detail adalah dalam video dibawah;
An Introduction to Firefox's Tab Candy from Aza Raskin on Vimeo.
2.TaskFox
Masih belum pasti adakah fungsi ini akan diaplikasikan dalam Firefox 4.0 tetapi ianya salah satu inovasi yang kreatif dan terkedepan. Sekiranya anda menggunakan Gnome Do, anda mungkin biasa dengan sesuatu seperti ini iaitu pengawalan dan pengarahan task adalah menggunakan keyboard dan ia menjadikan kerja yang memerlukan 5~6 langkah menjadi 2~3 langkah sahaja. Penjelasan lanjut di dalam vidoe dibawah;
Taskfox Prototype from Aza Raskin on Vimeo.
3.AppTabs
Ada beberapa website yang anda wajib buka setiap kali melayari internet dan anda ingin ianya terbuka tanpa gangguan. Firefox 4.0 membawakan AppTabs, iaitu tab yang bertindak sebagai aplikasi untuk laman web tertentu pada browser. Pastinya fungsi ini lebih praktikal berbanding prism yang kelihatan agak ketinggalan zaman di tahun 2010 ini.
4.Tab di bahagian atas
Rasanya ramai yang dah ketahui tentang perubah UI ini iaitu Firefox 4.0 akan meletakkan tab pada bahagian atas dan bukan lagi dibahagian bawah
5.Pengurus Add-Ons serba baru
Nampaknya mozilla inginkan pengurusan add-ons yang serba baru bagi memudahkan pengurusannya pencarian, pemasangan, kemaskini dan pembuangan.
6.Dan banyak lagi..
Kesimpulan
Perubahan UI, pengenalan fungsi dan ciri yang inovatif dan saya mengharapkan kadar pengunaan memori yang lebih efisyen, pastinya akan memberi saya sedikit masalah untuk memilih browser kegemaran di masa hadapan. Saya mengharapkan juga agar Google Chrome dapat memperkenalkan ciri baru yang dapat bersaing dengan firefox 4.0 supaya yang untung akhirnya ialah pengguna itu sendiri. Internet Explorer? Tak yah inovasi pun takpe..kami faham..
sebagai pengguna tegar Firefox, rasa berbangga jugak la dengan pencapaian firefox setakat ni.. penah cuba tukar ke Chrome tp rasa sangkut2 sbb kat Chrome aku takleh buat bende2 yg biasa buat guna firefox..
ReplyDeletetak sabar nk tunggu versi penuh Firefox 4.0! :D
mesra pengguna..
ReplyDeletetolong...
ReplyDeleteInstall Problem. the configuration defaults of Gnome power manager have not been correctly installed..please contact your administrator.
macam mana nak fix??
newbie here
Kita dah ble pki ker FF4.0 ni?
ReplyDeleteayat terakhir tu sungguh x boleh blah.. hahaha.. still guna IE utk buka web kerajaan jer. aku pun x paham kenapa web kerajaan pakai IE ok jer berbanding web browser lain. ader konspirasi ke aper.. =P
ReplyDeletetanya syarikat (satu-satunya syarikat?) yang dapat tender buat web kerajaan..
ReplyDelete