Wednesday, July 28, 2010

Koleksi tema empathy yang membuatkan anda gilakan chatting kembali

Yahoo Messenger merupakan aplikasi yang disetkan pada aplikasi startup siap bersekali dengan auto login suatu ketika dahulu (zaman guna windows) untuk mengambarkan betapa pentingnya aktiviti chatting ketika itu. Kini, nak buka empathy pun kadang-kala terlupa dek kerana twitter dan facebook yang menawarkan perkhidmatan yang lebih digemari. Namun, dengan tema empathy yang akan saya paparkan ini, mungkinkah mood chatting tersebut kembali?

Memasang tema pada empathy.
Anda boleh menggunakan tema Adium (IM dalam Mac OSX) dalam empathy seperti yang telah diulas sebelum ini dalam blog ini dan cara memasang tema tersebut ialah dengan meletakkan folder yang berakhir dengan .AdiumMessageStyle ke dalam /usr/share/adium/message-styles/. Itu adalah penjelasan secara teori dan secara praktikalnya adalah seperti berikut;



masukkan kata arahan
sudo mv example.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/
sekiranya folder berkenaan berada dalam direktory home sahaja.

Antara tema empathy yang boleh anda cuba ialah;

1.Dark Chat
Tema yang seolah-olah anda berada dalam terminal. Sesuai untuk mereka yang geek atau juga kepada mereka yang ingin membiasakan diri dengan terminal


2.Paraphernalia

3.Metal Chat 2


4.Grape's Glassy Style v1,1

5.Ethreal



6.iPhone Message Style

7.Candybars


8.Cinematic

9.h4xor

10.Blackened



Selesai siap memasukkan folder tema ke tempat yang dinyatakan diatas, sila pilih tema yang anda suka untuk diaplikasikan pada empathy dengan pergi ke menu Edit - Preferences - Themes pada Empathy.

Anda paling suka tema yang mana?
[via : techdrivein]

18 comments:

  1. masokis kau mesti peminat red alert / comamnd conquer

    ReplyDelete
  2. aku sedang guna no. 1..mmg cun..hehe

    ReplyDelete
  3. salam bro zul...
    saya nak tanya soalan nie...
    bila saya plug in headphone saya sound tetap keluar dari speaker saya jugak...
    macam mana saya nak solve benda nie?
    Saya guna laptop acer aspire 5550 dan ubuntu lucid...
    dah puas saya cari and cuba dalam macam2 forum tapi tetap tak menjadi...
    thanks...

    ReplyDelete
  4. semua cantik2..dan lawa ni.. Ini nak kena pasang nih..

    ReplyDelete
  5. bila aku pergi ke Edit - Preferences - Themes dan pilih theme yg baru dipasang tadi..(Metal Chat 2) tapi kenapa tiada apa2 perubahan? aku cuba theme yang lain pun sama juga.. kenapa?

    ReplyDelete
  6. start balik tetingkat chat tuh..nak lg snang restart empathy..

    ReplyDelete
  7. Apa lah aku ni.. benda senang camni pun leh lupa..lepas restart Empathy..dan ok dah..hee.hee terima kasih broo..

    ReplyDelete
  8. bro, prob aku sekarang, aku x dapat nak copy folder chat tu ke message-styles/ tu r, dia asyik cakap, error je

    ReplyDelete
  9. Bro... Empathy memang x senaraikan buddy/friends ke? ke aku nyer ubuntu jer ek... FYI aku nyer ubuntu ni upgrade sejak dari 8.04 hingga sekarang 10.04....

    empathy tu duk dekat atas kanan sebelah icon2 weather, volume etc.

    ReplyDelete
  10. error apa yg kuar? dah follow instruction kat atas lom?

    ReplyDelete
  11. klik jer kat chat tu..nnti tetingkap dia kuar rr..huhu..

    ReplyDelete
  12. macam mane nak copy theme nie kt dalam .AdiumMessageStyle ke dalam /usr/share/adium/message-styles/ 2?????
    aku da try copy tp xboleh.....
    plzzz...help me

    ReplyDelete
  13. guna command yg aku bg kat atas utk copy..

    ReplyDelete
  14. kt ats 2 yg mne???ak da try...tp xleh jgak....
    bleh ko command kt cnie x????

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...