Koleksi tema empathy yang membuatkan anda gilakan chatting kembali
Yahoo Messenger merupakan aplikasi yang disetkan pada aplikasi startup siap bersekali dengan auto login suatu ketika dahulu (zaman guna windows) untuk mengambarkan betapa pentingnya aktiviti chatting ketika itu. Kini, nak buka empathy pun kadang-kala terlupa dek kerana twitter dan facebook yang menawarkan perkhidmatan yang lebih digemari. Namun, dengan tema empathy yang akan saya paparkan ini, mungkinkah mood chatting tersebut kembali? Memasang tema pada empathy. Anda boleh menggunakan tema Adium (IM dalam Mac OSX) dalam empathy seperti yang telah diulas sebelum ini dalam blog ini dan cara memasang tema tersebut ialah dengan meletakkan folder yang berakhir dengan .AdiumMessageStyle ke dalam /usr/share/adium/message-styles/ . Itu adalah penjelasan secara teori dan secara praktikalnya adalah seperti berikut; masukkan kata arahan sudo mv example.AdiumMessageStyle /usr/share/adium/message-styles/ sekiranya folder berkenaan berada dalam direktory home sahaja. Antara tema empathy...