Friday, July 16, 2010

Mencuba Android dalam ubuntu tanpa perlu membeli telefon Android

Android adalah sistem operasi untuk telefon yang kian popular hari demi hari. Sekiranya anda ingin mencuba sistem operasi ini tanpa perlu membeli telefon android, hari ini saya ada tutorial istimewa buat anda. Sila ikuti tutorial dibawah dengan sabar.

Langkah-langkah
1.Muatturun Android SDK di http://developer.android.com/sdk/index.html

2.Extract fail yang dimuatturun tadi di lokasi yang anda kenalpasti. Kemudian masuk ke folder berkenaan (android-sdk-linux_86)  dan masuk ke folder tools. Double klik pada fail android dan klik run pada tetingkap dialog yang muncul.


3.Satu tetingkap akan muncul. Klik pada Available Packages dan tandakan pada package yang dikeluar. Kemudian, klik butang Install Selected.



4.Disini satu lagi tetingkap muncul yang membenarkan anda memilih package mana yang ingin dimuatturun dan diinstall. Sila pilih package yang perlu sahaja dan klik butang Install.


5.Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.


6.Selepas selesai pemasangan (akan memakan masa untuk memuatturun package -sila tunggu dengan sabar), klik pada Virtual Devices kemudian klik pada butang New... untuk membina device android maya.


7.Paparan tetingkap seperti dibawah akan muncul. Masukkan apa sahaja nama yang anda ingini kemudian isikan ruang-ruang yang diperlukan seperti dalam screenshot dibawah. Kemudian klik pada butang Create AVD. Ini akan mengambil sedikit masa dan tetingkap mungkin akan tidak respon beberapa ketika. Sila tunggu dengan sabar.


8.Tahniah anda berjaya membina AVD. Klik pada Ok.


9.Kembali kepada tetingkap utama kemudian klik pada Virtual Device yang anda baru bina tadi kemudian klik pada butang Start...


Kemudian klik pada butang Launch.

10.Tetingkap Android anda akan muncul dan ia akan mengambil masa untuk load terutamanya ketika dilancarkan buat pertama kali. Sekali lagi, sila menunggu dengan sabar.


11.Whoops! Selamat datang ke dunia Android! Rasanya saya tak perlu dah untuk menjelaskan apa yang perlu anda lakukan selepas ini. Sila bermain-main dengan android sepuas hati.


Jadi kesimpulannya, siapa yang nak sponsor aku beli telefon android nih? Hmm...

15 comments:

  1. Zul mmg menarik Android niee..baru plan nak angkat HTC Desire..:)

    ReplyDelete
  2. mmg menarik pown..mawu try.haha.eh..apsal sound output kat ubuntu xley dgr..p bile smbungkn earphone bole plak dgr..kena psng driver die ke?

    ReplyDelete
  3. klik ikon speaker. pergi ke sound preferences. Kat Tab output, tgk connector dropdown list tu apa dia tulis. Kalau "Analog Headphones" bunyi keluar kat earphone je. Pilih "Analog Speakers".

    ReplyDelete
  4. Macam mane nk surf internet gune emulator android ni?

    ReplyDelete
  5. xbole la kaibathelegacy..same gak.masih xde sound output.cuma ade tulis internel audio analog stereo sahaje..harap dapt dibantu:)

    ReplyDelete
  6. taip je kat google 2 bro..pastu search..hehe

    ReplyDelete
  7. gila kemas..
    boleh touch screen tak..hehe

    ReplyDelete
  8. dah click run kat memula tu tapi tak kuar apa2 pun..... ada silap mana2 ke?

    ReplyDelete
  9. zul ko try la crak android install dlm nokia & sony ericson..baru best best bro

    ReplyDelete
  10. same..xkuar pape gak.pehal ntah.

    ReplyDelete
  11. wow. menarik! blh lah test2 walaupun tak mampu beli. hehe

    ReplyDelete
  12. Dah cuba livedroid?
    http://code.google.com/p/livedroid/

    ReplyDelete
  13. dah buat kat windows tapi kena pakai Eclipse nak upkan, kat linux tak lagi... cam lagi senang jek kat ubuntu ni aa...

    ReplyDelete
  14. Hi, Nexus One user reporting in ;-)

    ReplyDelete
  15. @ubuntu: kalau dah close, buka balik dengan run android dlm folder yang sama..

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...