Tuesday, June 08, 2010

Jadi kartunis dalam masa 5 minit dengan TBO dalam Ubuntu Lucid Lynx


Saya tidak ada bakat dalam melukis kartun. Kebanyakkan pembaca entry ini juga pastinya berkongsi ketidakpandaian yang sama dengan saya. Tetapi kalau saya kata anda boleh hasilkan komik simple dalam masa 5 minit dari sekarang, apa kata anda?

Saya ingin perkenalkan satu perisian dipanggil TBO. Perisian ini memudahkan segala kerja dalam penghasilan komik simple ala-ala senyum kambing dalam akhbar utusan malaysia. Anda tidak perlu melukis, mewarna, kerana semua karakter, bentuk mata, mulut, bubble, dan sebagainya telah tersedia. Apa yang perlu dilakukan ialah drag and drop item tersebut ke dalam canvas dan mulakan editasi!

Pemasangan TBO ke dalam ubuntu
Buka terminal dan copypaste command berikut;
sudo add-apt-repository 'deb http://sugus.eii.us.es/debrepo sugus main'
sudo apt-get update
sudo apt-get install tbo
Selepas pemasangan, ia sepatutnya berada dalam menu grafik!

Dibawah merupakan interface perisian ini;


Amacam? Ada berani nak jadi kartunis? Jom hasilkan komik tentang ubuntu jom! =)

7 comments:

  1. fulamak.. stail la hehe..
    senang la nak buat kartun..
    dulu aku cuba software 2D kartun dalam Ubuntu tapi tak reti sebab complicated hehe

    ReplyDelete
  2. wah best2 nak kopy masuk blog aku la

    ReplyDelete
  3. owh yeke..software pe 2 bro?
    biasa la komplikated sket tu..hehe

    ReplyDelete
  4. dah install mantap nihhh... tq bro

    ReplyDelete
  5. kemas bro...tq2...
    eh kejap nak tnya aku dah install jdownloader tapi kalau klik tak dak response apa2...nape erk??

    ReplyDelete
  6. test..
    [img]http://signatures.mylivesignature.com/54488/191/E7434E82D5FE82C2B2688130D98C1674.png[/img]

    ReplyDelete
  7. cara install......... cara guna wubi....dan yg sewaktunya denganya.... tolong sikit bro

    ReplyDelete

Terima kasih atas respon..

Quartz OS: Material Design + Linux = Awesome

Konsep Material Design pertama kali diperkenalkan oleh Google untuk Android 5.0 Lollipop. Nampaknya, ada developer yang berminat untuk ...